Followers

Saturday, December 17, 2011

Kabhi Kushi Kabhi Gham vs Qabil Kushri Qabil Igam


Assalamualaikum..







Lenggang … lenggang..
Lenggang ala lenggang kangkung..

Lenggang … lenggang..
Lenggang ala lenggang kangkung..

Muka garang macam beruang..
Rambut pendek hidungnya kembang…

Ingat lagi tak lagu ni? Fenomena ni dah lama. Cerita pun dah lama.


Yang satu tu cerita Hindustan satu lagi cerita melayu.


 

Kedua-duanya best. Muncul saja cerita Hindustan tu, terus muncul cerita melayu. Tapi langsung  takde persamaan dari segi jalan cerita.

Saturday, November 12, 2011

Tengokla Siri I'm Alive & I Shouldn't Be Alive....

Assalamualaikum…


Dua-dua siri tu memang best. Tapi bukan maz saja nak promosi free kedua-dua siri tu. Apa yang maz nak tekankan di sini adalah moral bagi keduanya. Sama saja iaitu jangan mudah putus asa. Selagi ada nafas, selagi tu teruskan perjuangan untuk hidup. Tak percaya? Tengok dulu kedua-dua siri tu.

Thursday, October 20, 2011

Orang Tua Itu..

Assalamualaikum..



Pagi itu seperti biasa maz bangun bersiap untuk mencari rezeki. Masa dalam tren, sewaktu tren tiba di Stesen Damai, masuk 2 orang tua yang kemungkinannya suami isteri dalam lingkungan 60-70 tahun. Memakai pakaian lusuh sambil menarik troli berisi makanan yang siap dibungkus untuk dijual. Waktu tu memang tren penuh sesak. Takde langsung kerusi kosong. Jadi orang tua tu hanya mampu berdiri memaut tiang sambil membetulkan troli supaya tak mengenai orang lain.

Wednesday, October 19, 2011

Ish ish Ish..Pelik-pelik Perangai Orang Sekarang...

Assalamualaikum..

Manusia ni macam-macam ragamkan. Bila kita lihat keliling kita, macam-macam perangai pelik yang kita nampak. Mana yang baring tak tentu hala dekat kaki lima, mana yang duduk bertenggek dekat tepi tembok-tembok tinggi. Kalau jatuh macam mana. Tak ke menyusahkan diri sendiri dan orang lain?

Part orang baring dan tidur bersepah tu mungkin sebab dia homeless. Kita tak tahu masalah orang. Part orang duduk bertenggek kat tembok tinggi tu memang dia cari penyakit, macam takde tempat lain nak melepak. Tapi ada satu lagi perangai manusia yang maz rasa maz tak tahu nak simpulkan macam mana.

Tuesday, October 18, 2011

Abah..

Assalamualaikum..


Sebelum ni entry maz banyak berkenaan dengan ibu, untuk ayah belum ada lagi. Kali ni maz nak bercerita tentang ayah. Tak kisah la apa panggilan kita padanya, ayah, daddy, papa, abah, ataupun walid, sama saja maksudnya.Ayah amat penting dalam hidup kita, sama pentingnya dengan ibu. Tanpa ayah, kita takde kat dunia ni.

Saturday, October 8, 2011

Rindu Seorang Ibu..



Bila mak tanya anak-anak mak tak balik ke...
Itu maknanya mak rindu nak jumpa anak-anak...

Tapi apa yang anak-anak jawab..
Sibuk la mak, banyak kerja la mak..

Mak terdiam tanpa kata...

Friday, September 9, 2011

Handbag Lagi????

Assalamualaikum..


Kalau sebelum ni Maz ada cerita pasal terlupa barang-barang yang tertinggal dalam handbag; klik sini, kali ni Maz nak cerita pasal handbag yang jernih. Mesti lepas ni aku kena hentam, tak sudah-sudah duk complain pasal handbag. Takkk..Bukan tu maksud Maz, Maz buat pendedahan ni untuk kita kongsi bersama. Ok, shall we start it??

Tuesday, August 23, 2011

Alamak!!! Lupaaaaa!!!

Alamakkkkk!!!!




Assalamualaikum..

Pernah tak korang alami situasi macam ni...Korang dah sampai kat office then baru korang sedar kad access korang tertinggal dalam  beg yang lain. Mesti panik gila kan. Macam mana nak keluar masuk office kalau takde kad tu kan. 

Tu salah satu antara masalah yang kita mungkin akan hadapi bila kita kerap bertukar handbag. Actually bukan  tertuju pada ladies je, guys pun kena ambil berat perkara ni sebab korang pun boleh alami perkara yang sama cuma buat masa ni biar la maz tekankan pada wanita.

Sunday, August 21, 2011

Grafiti..Seni @ Vandalisme..

Assalamualaikum..

Sesiapa yang pernah naik LRT Putra dari arah Setiawangsa menuju ke KLCC ada perasan tak sepanjang-panjang tepi parit  errr..longkang besar kot.. ada grafiti. Dari arah KL Sentral menuju ke Masjid Jamek pun ada. Seriusly kalau dipandang dari segi seni, memang kita akan cakap kreatif betul tangan yang buat ni. Tapi ada tak kita fikir, benda ni sebenarnya seni ke vandalisme??

Saturday, August 13, 2011

Blog Makin Berhabuk..

Ya Allah banyaknya habuk kat blog ni....kejap ye nak bersihkan....

Assalamualaikum..

Lama betul tak update blog. Tak sempat sungguh nak update. Sejak mula kerja baru ni nama nak online sampai 3 4 jam memang tak la kan. Lebih baik tidur . Ceiit, kuang asam punya bahasa. Maz dah mula kerja baru, sekarang ni boleh la dikatakan memasuki fasa kehidupan yang baru. Bagi yang berfikir terlampau jauh, maz nak cut kan ye. Belummmm..maz belum kahwin lagi. Sebelum ni seperti yang sedia maklum maz bekerja dengan akak maz. Tapi sejak dari bulan 6 hari tu maz dah mula dengan kerja baru kat Bangsar. Company legal firm. Sebab musabab maz tukar kerja biar la maz saje yang tahu. 

Wednesday, June 22, 2011

Kuasa Allah..

Assalamualaikum..


Selama ni maz ingatkan puting beliung cuma berlaku di luar negara. Tak kisah la negara apa, tapi yang penting luar negara. Dan selama ni jugaklah maz ingatkan negara kita yang sekecik tapak tangan ni jika dibandingkan dengan negara luar selamat dari bencana yang sebegitu. Habis-habis pun setakat banjir la, tapi rasanya banjir ni pun orang dah lali sebab setiap tahun berlaku banjir. Kiranya boleh la dikatakan ada sesetengah penduduk Malaysia ni akan stanby dan tahu banjir akan berlaku. Seolah-olah perkara biasa untuk mereka.


Friday, June 17, 2011

Aku Benci Belonnnn!!!!!

Assalamualaikum


Poommm!!! Panggg!!! Pommm!! Opocot kau meletup!! Benci benci benciii!!! Maz benci belon. Kalau meletup, boleh gugur jantung. Bunyi dah macam mercun bola. Kalau budak-budak yang main logik le jugak, ni kadang-kadang orang tua pun join venture. Tak terkejut ke dengar bunyi meletup macam tu, kalau orang sakit jantung kan ke membahayakan. Biasanya budak-budak la yang seronok bila sambut birthday dan setiap birthday party diorang mesti kena ada belon. Aduiihh, dah jadi macam adat la pulak mesti kena ada belon. Kalau takde tak lengkap majlis. Tapi nanti kalau future children maz, memang tak la maz nak bagi diorang main belon. Maz pisko diorang sikit . ' Nak mummy mati cepat ke?'. Agak-agak lepas tu diorang nak main belon lagi tak ?

Friday, June 10, 2011

Hargai Pemberian Orang..

Assalamualaikum

Rindunya nak update blog, tapi tak sempat-sempat. Bukan tak sempat apanya, tapi sebab balik kampung seminggu. Tu yang tak dapat nak update. Ni pun masih di kampung. Nasib baik kakak maz bawakkan berukband ni, dapat la nak online. Tapi linenye aduhaiiii.. tahap serupa je macam siput berlari. Paham-paham je la tahapnya macam mana. 


Friday, May 27, 2011

Hidup Anak Perantau..

Assalamualaikum..


Yay yay..esok balik kampung. Setelah sekian lama tak balik. Chewah nak kata lama sangat tu tak la, ada la jugak sebulan 2, hari tu plan dah elok dah nak balik, sekali tak jadi, tapi bukan sebab apa pun, sebab parent maz nak datang sini, so tak jadi la balik kampung. Walaupun tujuan asal dah tercapai, nak jumpa family, tapi suasana kampung dan bandar tu yang membezakan. Hati ni rasa tak puas kalau tak dapat balik. Percayalah, siapa yang jadi perantau, memang akan rasa perkara yang sama, rindu yang sama, hati yang sama, perasaan yang sama. Betul tak?

Thursday, May 26, 2011

1st time..

Assalamualaikum..


Perghhh...1st time in my life lari dari roadbloack. Aduuhhhh..terasa gila kejap. Tu la, gatal keluar malam-malam, amik sedas .Pak polisi dah terpacak depan mata. Nasib  baik ada simpang depan tu, sempat drift kejap, untung takde kereta dari depan, kalau tak penaya je. kalau dah berdentum jangan tanya kenapa.. Tak sempat tanya kot. Hahahaaaccchuuumm...

Wednesday, May 25, 2011

Follower Ku.. Sayang-Sayangku...Huhuhu

Assalamualaikum..
Maz.....Behave...Ok Ok.. Saja je bagi gempak tajuk. Huhuhu.. Sebenarnya tak sangka sangat yang follower maz dah separuh dari 1000, nak bagi ayat lagi sedap. So far sekarang ni dah 552 ( ya ampun, maz x reti nak screen shot, x sempat-sempat nak belajar). Tapi maz agak terkilan sebab lately asyik tak sempat je nak BW, asal update je lepas sehari 2 baru sempat BW. Siapa-siapa yang meaz terlepas pandang untuk follow balik, maz minta maaf sangat-sangat, bukan tak nak follow, tapi kekangan masa tu yang menghalang, tapi maz try trace jugak follower maz, ada yang maz jumpa blognya, ada yang tak sebab tak appear, yang appear just blog yang that person follow. Maz minta maaf sangat-sangat kepada siapa yang dah follow maz, tapi maz tak follow balik. Masalah tak dapat di elak. Ampun ye pak, buk...hehehe...

Thursday, May 19, 2011

Kejapnya Masa Berlalu..

Assalamualaikum..


Haaacchhuuummm..Alhamdulillah..minta maaf ye..entry ni maz post masa tengah demam. Siapa-siapa yang terjangkit demam maz ni..ya ampun pak...saya enggak bersalah... Hehehe..Tengah demam-demam macam tak tahu la kenapa, gatal pulak tangan ni nak mengupdate. Tengah ada idea la katakan. Walaupun otak sikit lagi nak mereng, wayar dalam kepala ni sikit lagi nak short. Kalau tangguh-tangguh nanti takut hilang idea segala bagai, langsung blurr kan. Penyudahnya termenung ngadap laptop ni.

Entry maz kali ni saja-saja nak mengajak reader semua mengenang masa silam. Rasanya sekejap je masa berlalu kan. Terasa-rasa macam baru semalam masuk tadika, hari ni kalau nak menikah rasanya dah boleh dah. Gatal!!

Perginya Dia...

Assalamualaikum..


Maz rasa entry antara terpendek yang maz postkan. Perginya salah seorang blogger yang pada maz cukup best. Blog arwah adalah antara blog yang paling best maz rasakan. Setiap kali maz online, blog arwah yang maz tuju, sebab maz tahu, blog ni mesti ada cerita  baru. Kalau tak pun mesti ada  gambar yang pelik-pelik. Seronok view blog arwah. Lepas ni dah takde lagi semua tu. Walaupun maz tak kenal siapa sebenarnya arwah, tapi pemergian beliau dirasai. Dengar khabar arwah mengalami jangkitan paru-paru dan asma.Cerita sebenarnya, sila klik sini Lepas ni hanya blognya sahaja yang tinggal sebagai kenangan arwah. Alfatihah. 






Thursday, May 12, 2011

Tak Matang Ke?

Assalamualaikum


Maz suka tengok kartun, maz suka tengok filem fantasi, maz akui maz jenis yang suka berimaginasi, tapi bukan bermaksud maz tak matang, jauh sekali macam budak-budak. Tapi kenapa mentaliti orang yang kononnya 'dewasa' selalu duk condemn kata tengok kartun macam budak-budak. Salah ke orang yang tak berapa nak 'dewasa' macam maz ni tengok kartun? 

Maz memang suka tengok kartun, filem fantasi macam Magika, Harry Potter, Lemony Snicket The Unfortunate Event. 

Wednesday, May 11, 2011

Kata - Kata Hikmah..

Assalamualaikum


Sebelum ni maz postkan entry fakta auta part 1(sila klik), part 2(sila klik) dan part 3(sila klik) kan. Kalau terlepas, sila klik pada part-part pilihan anda ye. Kali ni maz postkan tentang kata-kata hikmah dari luar negara. Kata-kata hikmah ni tak lain tak bukan maz dapat dari majalah kesayangan maz. Mastika la, apa lagi kan. Hehehe. Jangan kata maz copy paste ye, maz taip sendiri tau, copy info je. Tak salah kan?? Sekadar berkongsi...

Saturday, May 7, 2011

Jangan La Terlalu Selfish

Assalamualaikum..


Perasan tak..kadang kala kita tak sedar yang kita ni berlaku selfish pada orang lain. Kalau tak memberi effect sangat tu takpe la, tapi kalau dah sampai ke tahap menyusahkan orang lain tu macam mana pulak kan. Kan ke tak pasal-pasal boleh jadi gaduh. Kita hidup dalam masyarakat, jangan la pentingkan diri sendiri. Disebabkan nak kemudahan lebih, sanggup buat orang lain sampai tercekik. Orang pun nak hidup aman damai jugak. Bertimbang rasa la sikit.

Wednesday, May 4, 2011

Fakta Atau Auta ? Part 3

Assalamualaikum


Banyak sebenarnya fakta yang diperolehi dari mastika ni sebenarnya. Bagi yang terlepas kat sini maz sediakan linknya :

Part 1(klik sini)
Part 2 (klik sini)


Untuk yang ketiga pulak, maz mulakan dengan ;


1)
Zirafah membersihkan telinganya menggunakan lidahnya sepanjang 50cm, badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia, kuda liar tidur secara berdiri, obor-obor mengandungi 95% air dan kanggaru boleh melompat sejauh 9 meter sekali lompatan. Kanggaru sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi kerana ekornya itu bertindak sebagai topang.

2)
Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka). Sementara itu, di Virginia Barat, Amerika Syarikat pula terdapat sebuah tempat bernama 666.

Fakta Atau Auta ? Part 2

Assalamualaikum..




Sebelum ni maz ada postkan mengenai fakta atau auta part 1 (klik sini) . Kali ni maz nak postkan untuk part 2 pulak.

1)
Amalan meletakkan gambar organ-organ yang rosak akibat merokok pada kotak rokok seperti yang dilakukan oleh negara kita sekarang telah dpraktikkan oleh negara Kanada sejak 2001.

2)
Apabila Perang Dunia Kedua berakhir, penduduk Jerman terkejut keran didapati jumlah kapal terbang tentera negara itu melebihi daripada jumlah yang mereka miliki sebelum peperangan tercetus.


Budak-Budak Sekarang..

Assalamualaikum..


Ingat tak lagi permainan galah panjang? Ada sesetengah tempat diorang panggil belon acah. Maybe tempat lain-lain, tu yang nama pun lain-lain kan. Tapi corak permainan sama je. Permainan teng teng korang tahu tak? Tempat maz dulu ada 3 jenis teng-teng, ada teng teng kapal terbang, ada teng teng gula batu, ada teng-teng entah apekename lagi, lupa dah. Teng teng ni banyak kena melompat. Semput tak semput la. Tapi budak-budak kan, apa kisah penat ke tak. Apa lagi ye...oh ye,..gasing, guli, gelang getah, korang main tak semua tu dulu-dulu? Ni biasanya mainan budak lelaki la. Budak perempuan biasanya main masak-masak. Hehehe..


Macam mana dengan congkak ayam? Korang ingat tak? Kalau tanya budak-budak sekarang, kompom diorang cakap ayam tu main congkak. Boleh jadi kan. Permainan apa lagi ye? Ha....batu seremban.. Ingat lagi tak? Permainannya lambung batu, then cepat-cepat ambik batu lain yang ada kat lantai, then sambut balik batu yang dilambung td. Seronok kan? Belum campur lagi permainan ceper ataupun tutup botol. Huiii..nak cakap pun tak terungkap betapa rindunya semua permainan tu. Hidup di kampung. Membesar dengan permainan tu semua. Kalau la ada geng lagi yang boleh ajak main permainan semua ni, kan best.

Tuesday, April 26, 2011

Tekanan Perasaan..

Assalamualaikum..


Baru kejap tadi maz dengar suara orang perempuan menyanyi sambil menjerit-jerit di sebuah kondo dalam KL ni. Ni bukan cerita hantu ke polong ke puntianak harum sundal malam ke. Ni berkaitan dengan masalah mental perempuan tu. Huhu.. Kasarnya bahasa maz hari ni. Ok-ok, maz minta maaf. Entah apa masalah yang dihadapi perempuan tu sampai menjerit-jerit tengah-tengah malam buta ni. Bukan perlahan, terlalu kuat. Sampaikan boleh dengar hingga beratus-ratus meter. Tensyen tak dapat masuk akademi fantasia kot. Tu yang menjerit macam orang gila. Boleh jadi jugak disebabkan tekanan perasaan. Betul tak?

Thursday, April 21, 2011

Masalah Yang Sama Je..

Assalamualaikum..


Bila kita buat survey tentang masalah seharian, macam-macam masalah yang akan kita dengar. Bangun lambat, malas, panas baran, dan segala bagai la. Kalau kita tanya 10 orang maknanya lebih kurang 20 lebih jawapan yang akan kita dapat sebab belum tentu seseorang tu mempunyai hanya 1 masalah. Betul tak? Tepuk dada tanya minda sendiri. Teeehehehe...

Wednesday, April 13, 2011

Tak Salah Cuba Yang Baru..

Assalamualaikum..


Buat pertama kalinya dalam sejarah maz cuba untuk pakai shawl. Selama ni duk tengok je orang pakai, sampai terpusing2. Tengok pun pening. Lepas tu bermacam-macam gaya dibuat. Ada yang pusing sekali, 2 kali, ikat hujung pangkal segala bagai la. Yang terbaru pulak, cekak rambut tu pun boleh jadi hiasan. Haish, macam-macam.

Wednesday, April 6, 2011

Hina Sangat Ke Blogspot??

Assalamualaikum..


Maz tersentak bila maz terbaca satu benda ni. Blogger yang guna wordpress cuma pandang sebelah mata je pada blogspot. Maz nak tanya korang semua, hina sangat ke blogspot sampai korang cakap macam tu? Salah ke kitorang berblogging guna blogspot? Asalkan nak berblogging je syarat utama mesti beli hosting dengan domain la ye? Macam tu ke maksud korang? Macam mana pulak orang yang tak berkemampuan. Maz tak nak ambik contoh orang lain, maz ambik contoh diri sendiri kenapa maz memilih blogspot berbanding wordpress.

Thursday, March 31, 2011

Rimas LaHH!!!


Pergi la kau! Jangan ganggu hidup aku lagi, aku rimas tau tak!! Kau paham tak?!! Rimas rimas rimasssssss... Dihalau tak mau jugak pergi, ditendang terajang apatah lagi..Menyusahkan hidup aku je. Pergi la kauuuuuu!!!!


Friday, March 25, 2011

Siapa Boleh Jawab??

Assalamualaikum..


Hari ni plan nak masak sotong masak sambal dengan sayur goreng. Entah apa kename sayur tu pun tak tahu la, tapi yang penting namanya macam ala-ala sayur cina sikit. Lantak p la, janji boleh makan. Sedap jugak. Hehehehe. Puji diri sendiri.

Tuesday, March 22, 2011

Fakta Atau Auta??? Part 1

Assalamualaikum



Maz suka sangat baca buku mastika. Dalam buku mastika ni ada macam-macam info. Kadang-kadang sampai benda tu kita tak terfikir. Bak kata orang, tak terjangkau dek akal. Nak tau apa info-info nye?

Monday, March 21, 2011

Allah Maha Penyayang..

Assalamualaikum..


Allah Maha Penyayang, Maha Pengasih, walau macam mana musibah pun Dia turunkan pada kita, Dia turunkan sekali cara penyelesaiannya. Walaupun Dia tutup pintu rezeki kita, Dia akan buka pintu rezeki yang lain, cuma kita perlu berusaha. Jangan ada istilah putus asa dan jangan sekali-kali mengalah dengan ujian dari-Nya. Dan jangan sekali-kali bila kita ditimpa kesusahan, kita salahkan Dia, kita kata Dia tak pandang pada kita,silap besar tu. Allah tak pernah terlepas pandang walau sebesar zarah sekalipun. 

Friday, March 18, 2011

Tak Sudah - Sudah..

Assalamualaikum..


Geram ada, marah pun ada. Tapi tak tau nak marah sape. Tak sudah-sudah duk terlajak subuh. Asal bangun je mesti dah hujung-hujung waktu. Hish, bukan tak set alarm. Sudah..Tiap malam set, letak hp kat telinga lagi. Tipu sangat kalau tak boleh bangun, dia punya bunyi pun boleh pecahkan gegendang telinga, tapi bangun lambat jugak. Hish payah-payah..Macam mana nak buat yer?. Maz tau bukan maz sorang je yang hadapi masalah ni maybe ramai lagi kat luar sana yang sama dengan maz. Bukan liat bangun tau, jauh sekali malas nak bangun.

Thursday, March 17, 2011

Terima Kasih Kepadamu Ya Allah..

Assalamualaikum..


Syukur alhamdulillah maz masih diberi peluang menghirup udara di muka bumi ini, masih diberi peluang menatap wajah ayah dan ibu tercinta. Terasa bertambah tua pulak Hari ni. Dah genap 23 tahun dah. Aduihhh. Don't call me aunty ok. Muda lagi tau.

Tuesday, March 15, 2011

Impian Maz...

Asslamualaikum


Semua orang ada impian, macam-macam impian diorang, ada yang nak hantar mak ayah pergi haji, ada yang nak kereta besar, rumah besar, barang kemas, nak melancong, nak naik bulan, senang cerita macam-macam la. Kalau buat buku tentang impian semua orang, mau berjilid-jilid ada. Siap boleh penuhkan 1 kedai kinokuniya KLCC tu.

Tuesday, March 8, 2011

Bagus Yang Ni Ke..Elok Yang Tu?

Assalamualaikum


Sememangnya dalam hidup ni penuh dengan pilihan. Tak kira samada urusan kerja, keluarga, rumah tangga mahupun peribadi. Terlalu banyak pilihan sampaikan tak tahu yang mana perlu diutamakan. Kadangkala kita jadi keliru, tertekan adakah pilihan yang kita buat betul atau tidak. Nak bertanyakan pendapat orang boleh, tapi tak semua dapat selesaikan masalah, kadangkala mereka lagi tambah masalah dan menambah tekanan ada la. Lagipun mereka tak menghadapi sendiri situasi tu, jadi mereka boleh bercakap apa saja yang mereka rasa betul walaupun hakikatnya mereka hanya pandai bercakap saja.

Saturday, March 5, 2011

Masalah...

Assalamualaikum.. 


Banyak permasalahan yang dilalui dalam hidup ini. Kadangkala berat kadangkala ringan. Kadangkala masalah yang tidak diminta kadangkala masalah yang memang dicari. Mencari penyelesaian untuk setiap permasalahan bukan muda. Kadangkala ia sungguh menyeksakan dan kadangkala ia memakan diri sendiri. Persoalaannya sampai bila?

Tuesday, March 1, 2011

Peristiwa Minggu Ini..

Assalamualaikum..


Banyak perkara yang terjadi dalam minggu ni, tapi kalau nak cerita banyak-banyak macam karangan SPM pulak kan. Ada jugak orang yang boring nanti baca panjang-panjang. Dulu ada member tegur "maz, blog ko panjang sangat la, malas aku nak baca". Aduh, pedih dengar tapi takpe, teguran membina kan. Dulu memang sekali dah menaip, tak reti nak stop, tapi sekarang dah tahu dah, yang penting isi kena padat, baru la reader nak baca apa yang kita tulis kan. As newbie, setiap teguran memang maz akan ambil kira sebab kita nak orang berpuas hati dengan apa yang kita buat, tulisan kecik ke besar ke, blog berat ker,tak kira la apa-apa sekalipun yang reader komen memang maz akan betulkan balik, tapi lumrah alam, tak semua puas hati, tu takpelah, nak buat macam mana, yang penting kita dah cuba yang terbaik.

Friday, February 25, 2011

High Heeled...Cantik Tapi.....

Assalamualaikum


High heeled...memang cantik. Sekarang ni wanita-wanita korporat memang sentiasa pakai high heeled ni. Jangan kata wanita korporat, budak IPT, budak sekolah menengah, silap-silap budak sekolah rendah pun pakai. Macam-macam jenis, colour dan style yang ada sekarang ni. Sebut saja la jenama apa, Vinci, Verns macam-macam lah, payah nak sebut semua, mau tergeliat lidah. Baru kata pasal jenama belum lagi cakap pasal tingginya berapa, tutup penuh ke, petak ke tajam ke, bak kata tok wan, macam-macam adaaaa.

Tapi ada apa sebenarnya dengan high heeled? Kenapa wanita sekarang duk terkejar-kejar nak pakai high heeled macam ni?

Thursday, February 24, 2011

Perkahwinan..Bersediakah Kita Menghadapinya?

Assalamualaikum

Lama betul rasanya tinggalkan blog ni. Nasib baik takde sarang labah-labah. Kalau ada, entah macam mana nak bersihkan. Pejam celik pejam celik mau dekat sebulan lebih jugak la tak post apa-apa. Tak sempat. Lagipun takde internet kat kampung. Jangan kata blog, fb pun dah lama x jengah. Bila buka fb, notification berlambak-lambak. Rasa tak larat nak baca semua. 

Lupa nak cerita kenapa blog ni dah lama tak diupdate. Sebenarnya abang maz baru saja diijabkabul dengan puteri pilihan dia. Orang Temerloh gitu. Alhamdulillah semoga perkahwinan mereka dirahmati Allah dan berkekalan hingga ke anak cucu cicit piut segala bagai gitu la. 


Dalam masa yang sama ada jugak kawan yang hantar wedding card, tapi tak sempat nak pergi sebab nak uruskan majlis sambut menantu kat rumah pulak. Meriah jugak la majlis, ramai orang datang. Seronok tengok. Tapi paling-paling best sebab bff2 kesayangan maz sudi datang dari jauh. Bayangkan la 6 orang naik kereta Myvi 3 jam dari KL ke Segamat. Rasa terima kasih yang tak terhingga pada diorang semua. 



Friday, January 28, 2011

Erti Sebuah Kehidupan..

Assalamualaikum


Balik dari kerja tadi, macam-macam senario gelagat manusia singgah di mata. Dalam perjalanan yang pendek tu, bermacam-macam kerenah dipamerkan oleh insan sekeliling. Kelihatan seorang bapa membawa bakul berisi nasi lemak di kiri kanan tangannya, menjaja dari sebuah kedai ke sebuah kedai mencari sesuap nasi cukup meruntun hati, cekal seorang bapa mencari rezeki halal demi keluarga tercinta memberi pengajaran kepada maz tentang semangat juang dalam hidup demi mencapai sebuah kebahagiaan. Tanpa segan silu si bapa bertanya dari seorang ke seorang samada mahu membeli nasi lemak yang dijual, bila orang itu menggeleng, si bapa masih lagi mampu tersenyum. Mungkin di fikirannya, tidak mengapalah, bukan rezeki aku hari ini. Namun si bapa tidak berputus asa, berpindah ke tempat lain menjaja nasi lemak dengan harapan ada yang membeli. Senario tu maz tinggalkan di situ.

Kasih Seorang Ayah

Assalamualaikum..

Dalam blog lama maz, maz pernah ceritakan nilai seorang ibu di mata anak. (Sayangnya blog lama dijangkiti virus, tak boleh nak bukak). Kali ni maz nak bercerita tentang kasih seorang ayah. Maz baru saja blogwalk menyinggah suka suki ke blog orang. Tiba - tiba maz terlihat 1 gambar yang meruntun hati. 

Tuesday, January 25, 2011

Habit Dalam Lift Yang Perlu Dielakkan

Assalamualaikum..


Sebenarnya tanpa kita sedar banyak benda boleh berlaku dalam lift dan banyak jugak habit yang buatkan orang lain yang berada dalam lift rimas dengan kita. Lift ni kegunaan awam, jadi jangan la sampai orang rasa macam nak tendang korang keluar. Apa yang maz perasan kat sini lift ni semakin disalah gunakan dikalangan kita.

Friday, January 21, 2011

Haaaa....Kan Dah Kantoi!!!

Assalamualaikum..


Semalam maz dengan kawan-kawan naik Bukit Broga di Semenyih, nak tengok matahari naik. Punyalah ramai orang, kalaunak ikutkan mau beratus-ratus jugak orang yang naik Bukit Broga semalam. 

Tuesday, January 18, 2011

Aku Dah Mula Boring

Assalamualaikum


Serius, maz dah mula boring. Boring yang amat sangat. Cukup-cukuplah bagi honeymoon kat maz. Bagi la maz kerja. Rindu gila zaman busy tak cukup tangan nak siapkan quotation segala bagai. La ni memang ada, tapi tersangat la kurang. Memang la kerja bila deal dengan gov, lepas bulan 3 baru busy sebab depa belum masuk budget lagi. Selagi depa x masuk budget, selagi tu la kitorang tak dapat job, dan selagi tu la maz melangut. Nak update blog takde idea. Balik-balik tambah koleksi resepi n petua. Mau biol otak kejap. Youtube tu dah beratus-ratus kali masuk, BW kat blog orang, baca, mana yang lawak gelak, mana yang sedih, duk diam, takkan nak nangis tiba-tiba kat opis kot. Tapi serius, otak dah penat nak buat benda yang sama. I need something new.