Assalamualaikum
Lama betul rasanya tinggalkan blog ni. Nasib baik takde sarang labah-labah. Kalau ada, entah macam mana nak bersihkan. Pejam celik pejam celik mau dekat sebulan lebih jugak la tak post apa-apa. Tak sempat. Lagipun takde internet kat kampung. Jangan kata blog, fb pun dah lama x jengah. Bila buka fb, notification berlambak-lambak. Rasa tak larat nak baca semua.
Lupa nak cerita kenapa blog ni dah lama tak diupdate. Sebenarnya abang maz baru saja diijabkabul dengan puteri pilihan dia. Orang Temerloh gitu. Alhamdulillah semoga perkahwinan mereka dirahmati Allah dan berkekalan hingga ke anak cucu cicit piut segala bagai gitu la.
Dalam masa yang sama ada jugak kawan yang hantar wedding card, tapi tak sempat nak pergi sebab nak uruskan majlis sambut menantu kat rumah pulak. Meriah jugak la majlis, ramai orang datang. Seronok tengok. Tapi paling-paling best sebab bff2 kesayangan maz sudi datang dari jauh. Bayangkan la 6 orang naik kereta Myvi 3 jam dari KL ke Segamat. Rasa terima kasih yang tak terhingga pada diorang semua.
Seronok rasanya bila tengok orang kahwin. Kadangkala terberangan sendiri majlis perkahwinan sendiri macam mana. Baju apa, tema apa, macam-macam lagi. Bila fikir pasal keseronokan, kemeriahan majlis memang sampai tak lena tidur. Tapi bila fikir balik tentang tanggungjawab yang akan digalas lepas kahwin nanti buatkan hati ini tertanya-tanya, bersediakah kita menghadapi semua perubahan yang berlaku.Kehidupan akan berubah. Kalau dulunya kita hanya memikirkan diri dan keluarga sendiri, kini kita perlu fikirkan keluarga kedua-dua pihak, kena fikirkan hala tuju keluarga dan macam-macam lagi. Tapi yang penting mental dan fizikal kena bersedia.
Kakak maz selalu bercerita, perkahwinan ni indah, tapi dalam indah ada jugak onak dan durinya. Ada jugak halangan dan cabaran yang perlu dilalui. Kesabaran amat penting dalam menghadapi sesuatu masalah. Berbincang sama-sama. Buat keputusan sama-sama. Namun bila tidak sekata, jangan la terus melatah, bawak berbincang semula, mana tahu kalau-kalau ada bahagian yang terlepas pandang. Sambil tu bacalah buku-buku tentang rumah tangga, insyaAllah ada panduan yang boleh diikuti.
Bila fikirkan semua perkara tu terasa diri ini masih keanak-anakan lagi. Belum mampu menggalas tanggungjawab yang besar. Tapi bukan itu caranya. Sampai bila kita nak larikan diri, sampai bila kita perlu mengelak, lambat laun kita akan hadapi jugak. Dah sampai masanya kita kena pandang ke hadapan dan matangkan fikiran. Cakap boleh la, nak buat sendiri? Aduhhh Macam mana dengan korang, dah bersedia?
sya belum sedia nak kahwin..ekekeke
ReplyDeleteKahwin ?
ReplyDeletebelum lagi ..hehe
matahati : same la..tp kena sedia jugak..bukan leh lari pun kan
ReplyDeletenelly : lambat laun perkahwinan tu tetap akan dtg jugak kan
Saya tak dewasa lagi..
ReplyDeleteBerdasarkan pengalaman saya, berkahwin pada usia muda kalau dah mampu untuk berkahwin tak perlu lah menangguhkannya..(perkara baik tidak harus dilengah2kan)..semua orang akan kata belum bersedia seperti saya juga masa mula2 nak kahwin. tapi Alhamdullillah jiwa lebih tenang sekarang ..sebenarnya berkahwin nie memberikan ketenangan jiwa..sekian untuk celoteh sya yg panjang lebar..haha...
ReplyDeletehehehe patut la lama x update..bz rupanya ....semoga abang cik maz kekal bahagia dengan isteri yang tersayang...x lama lagi cik maz kita boleh dapat anak buah la..hehehe
ReplyDeleteselalu orang akan berubah selepas berkahwin.
ReplyDeletehai..
ReplyDeletefirst time singgah
boleh jengok tajuk saya
http://ritsfiy-mamacollections.blogspot.com/2011/02/valentines-day-ada-apa-dengan-cinta.html
gimi : kita semua akan dewasa jugak nanti
ReplyDeletetintasanubari : mekasih atas nasihat yang diberikan..(^_^)
69 : tu ler..kat kampug xde internet..tu yg x dpt update
zikery : tul2..berubah lebih matang..lebih berusaha/...lebih penyayang..byk lg la lebihnye ..(memandai jer) hehehe
eyna : mekasih jenguk maz
hehe dah ada tenet tu update3 la selalu ok cik maz...
ReplyDeleteinsyaAllah...tq encik 69
ReplyDelete