Followers

Tuesday, April 26, 2011

Tekanan Perasaan..

Assalamualaikum..


Baru kejap tadi maz dengar suara orang perempuan menyanyi sambil menjerit-jerit di sebuah kondo dalam KL ni. Ni bukan cerita hantu ke polong ke puntianak harum sundal malam ke. Ni berkaitan dengan masalah mental perempuan tu. Huhu.. Kasarnya bahasa maz hari ni. Ok-ok, maz minta maaf. Entah apa masalah yang dihadapi perempuan tu sampai menjerit-jerit tengah-tengah malam buta ni. Bukan perlahan, terlalu kuat. Sampaikan boleh dengar hingga beratus-ratus meter. Tensyen tak dapat masuk akademi fantasia kot. Tu yang menjerit macam orang gila. Boleh jadi jugak disebabkan tekanan perasaan. Betul tak?

Thursday, April 21, 2011

Masalah Yang Sama Je..

Assalamualaikum..


Bila kita buat survey tentang masalah seharian, macam-macam masalah yang akan kita dengar. Bangun lambat, malas, panas baran, dan segala bagai la. Kalau kita tanya 10 orang maknanya lebih kurang 20 lebih jawapan yang akan kita dapat sebab belum tentu seseorang tu mempunyai hanya 1 masalah. Betul tak? Tepuk dada tanya minda sendiri. Teeehehehe...

Wednesday, April 13, 2011

Tak Salah Cuba Yang Baru..

Assalamualaikum..


Buat pertama kalinya dalam sejarah maz cuba untuk pakai shawl. Selama ni duk tengok je orang pakai, sampai terpusing2. Tengok pun pening. Lepas tu bermacam-macam gaya dibuat. Ada yang pusing sekali, 2 kali, ikat hujung pangkal segala bagai la. Yang terbaru pulak, cekak rambut tu pun boleh jadi hiasan. Haish, macam-macam.

Wednesday, April 6, 2011

Hina Sangat Ke Blogspot??

Assalamualaikum..


Maz tersentak bila maz terbaca satu benda ni. Blogger yang guna wordpress cuma pandang sebelah mata je pada blogspot. Maz nak tanya korang semua, hina sangat ke blogspot sampai korang cakap macam tu? Salah ke kitorang berblogging guna blogspot? Asalkan nak berblogging je syarat utama mesti beli hosting dengan domain la ye? Macam tu ke maksud korang? Macam mana pulak orang yang tak berkemampuan. Maz tak nak ambik contoh orang lain, maz ambik contoh diri sendiri kenapa maz memilih blogspot berbanding wordpress.