Followers

Wednesday, April 13, 2011

Tak Salah Cuba Yang Baru..

Assalamualaikum..


Buat pertama kalinya dalam sejarah maz cuba untuk pakai shawl. Selama ni duk tengok je orang pakai, sampai terpusing2. Tengok pun pening. Lepas tu bermacam-macam gaya dibuat. Ada yang pusing sekali, 2 kali, ikat hujung pangkal segala bagai la. Yang terbaru pulak, cekak rambut tu pun boleh jadi hiasan. Haish, macam-macam.




Maz akui maz bukan jenis yang uptodate fesyen. Biasenya tu la blause or t shirt dengan tudung bawal. Pada maz, yang ringkas tu lagi memudahkan. Buat apa nak peningkan kepala pusing-pusing tudung berlilit-lilit kalau sekadar nak pergi kedai runcit bawah rumah.  Baik ambik je tudung bawal tu, tak pun tudung sarung lycra ke entah apekename dia, pakai, jalan. Easy, ringkas, mudah. Macam gambar kat bawah ni.


Sampai la satu masa tu maz tolong kawan berniaga tudung. Macam-macam shawl yang maz jumpa. Corak yang pelik-pelik pun ader jugak. Yang kawan ni memang la dia pakai shawl. Dia la yang duk provoke maz, pakai la shawl ni, cantik la lawa la, senang la. Punya la dia pujuk kaw-kaw. Termakan dek pujukan tu, maz beli la satu, kaler purple, konon nak try kat rumah. Dah bawak balik tu try ler kat umah. Lilit punya lilit, sikit lagi nak tercekik. Aduihh. Simpan terus dalam almari. #majuk.

Member tanya, dah pakai belum. Selamber maz jawab, dah, tak mo tercekik. Dia tunjuk pulak style baru yang tak tercekik. Balik rumah je maz ambik balik shawl yang dah dihumban masuk almari, try balik.. Ha..boleh pun bernafas. Lega. Snap 2 3 pix,then simpan balik tudung tu. Takkan nak pakai terus. Dah malam kot, dah nak tido dah pun, tebiat nak tido pakai shawl?

Esoknya maz tunjuk kat sayang maz, mana tau kot-kot dia tak suka or ada pendapat lain. Alhamdulillah dia suka, ayat paling tak boleh blah tu ada ke dia cakap, ha...nampak sikit muka orang. Agak selame ni muka aku ni muka beruk ker??

Kuang asam. Ada jugak yang makan kerusi sat gi kang.


Tapi ok la, atleast orang keliling maz boleh terima imej baru maz. Tak salah kalau cuba yang baru selagi apa yang kita cuba tu tak menyeksakan dan yang penting menutup aurat. Betul tak?


P/s : Lepas ni memang tiap-tiap minggu le aku beli shawl ni. Adess.. (-_-")

Note : Mintak tolong korang pilih which one yang better. Pakai shawl or tudung bawal.

6 comments:

  1. betul tu...kadang kala kte nie tkot menerima ape org akan kate pada kte..padahal org x kate pon..cuma perasaan kte je..janji kte buat ape yg elok..

    ReplyDelete
  2. mana gambar maz pakai shawllll ahhaha nak tgk! mesti comel

    ReplyDelete
  3. mana2 pon takpa, janji tutup kepala tu..hehe

    ReplyDelete
  4. imej baru...Pakai shawl lagi ok kot

    ReplyDelete