Followers

Thursday, December 30, 2010

Outstation vs Saman

Assalamualaikum



Baru pakai kereta setahun, saman kereta dah bertimbun-timbun. Actually saman tu bukan semua dari PDRM, majority  dari DBKL sebab tak bayar parking. Kadang-kadang baik hati bayar la juga kan. Kita ni tumpang parking tempat orang, so paham-paham la. Tapi apa yang buatkan maz malas sangat nak bayar parking sebab kadang-kadang even bayar sekalipun, tetap jugak kena saman. Bayar 2 jam untuk 9 jam punya parking, memang la kena saman,hehehe. Ok, stop about that.

Kita Menanggg!!!

Assalamualaikum


Sana sini orang akan bercakap mengenai perlawanan yang baru saja berlangsung tadi dimana ia di akhiri oelh kemenangan. Yang bestnya kemenangan berpihak pada Malaysia.Tahniah diucapkan pada pemain-pemain sekalian. Tapi yang maz betul2 berkenan (bukan terpikat okey) ialah kehebatan penjaga gol kita. Tangan dia macam ada gam. Bola melekat saja. Walaupun ada sekali dua terlepas jugak, tapi mostly bola lekat. Memang terbaik la. Keep it up guys.

Sunday, December 26, 2010

Beza Lec Lelaki Dengan Lec Perempuan

Assalamualaikum





Kerja sebagai program coordinator ni memang mudah, tapi yang membuatkan maz kadang-kadang hilang sabar bila kita menghadap perangai participant yang berbagai-bagai. Kadang-kadang naik darah jugak. Tapi sebab diorang ni client company kan. Nak tak nak kena layan dengan senyuman yang manis walaupun dalam hati menyumpah seranah. Kadangkala diorang ni manja tak bertempat. Bahasa yang paling mudah adalah mengada-ngada. Nak gula-gula lebih la, nak balik awal la, nak ambil anak kat sekolah la, nak itu la nak ini la. Macam-macam perangai. Kadang kala sampai tak terlayan. Standard la kan. Diorang duk pegang slogan customer always right. Ok la, malas nk sambung cerita pasal participant ni. Kalau bercerita pasal diorang memang takkan berkesudahan. Sampai 3 kali jumaat belum tentu habis.

Thursday, December 23, 2010

Dapat Award!!



Assalamualaikum

Haha.. First time dapat award sebenarnya. Terima kasih pada encik Azhun97  untuk award di atas ni. Nak buat benda yang sama (award) then bagi kat orang memang kompom2 la tak reti. Maklum la.. maz budak baru belajar. Kalau salah tolong tunjukkan. Huhuuhuhu...

Tuesday, December 21, 2010

Senyumla senyumlah ah hai cekmekmolek..

Assalamualaikum.. 


Apa yang penting dengan senyuman? Ada apa dengan senyuman? Senyum itu sedekah, betul tak? Walau apa pun situasi, biarla kita hadapinya dengan satu senyuman.. (^_^)

Apa maz merepek ni…hahaha.. macam ni..maz nak pergi beli sarapan dekat area rumah maz, makcik yang meniaga tu bukan saja tak senyum, malah bila maz tanya dia, dia buat tak tahu saja..mahalnya nak senyum.. hati maz jadi rawan..nak beli ke sarapan kat situ..jangan kata nak jawab soalan, senyum pun tak..terdetik kat hati maz..sombong betul makcik ni.. peniaga mana boleh sombong, mana boleh masam muka..paling kurang pun senyumla ..tak salah..insyaAllah rezeki lebih murah..berbanding sekarang..dia duk masam-masam muka..tak mustahil rezeki untuk dia makin sempit, pelanggan pun tak mustahil akan berkurangan. 

Kenangan Di Stesen Minyak

Assalamualaikum

Haha..kalau teringat kan balik kejadian tempoh hari, mahu rasanya gelak berguling-guling. Nak diikutkan. banyak sebenarnya kejadian atau bahasa indahnya kenangan manis ketika berada di petrol station (skema la pulak).Kalau dulunya maz cuma sekadar menumpang kereta orang, pun ada jugak kenangannya. Waktu tu naik kereta seorang kawan kepada sepupu. Kalau dulu setiap petrol station ada attendance untuk isikan minyak kan, so driver just duduk dalam kereta. Then bila dah habis isi, driver cuma perlu membayar harga minyak tersebut. Berbalik kepada cerita tadi, kebetulan minyak kereta dah habis, so pergi la isi minyak. Siap bayar terus, nanti tinggal jalan saja kan. Tengah duduk borak2, tiba-tiba satu tepukan di bonet kereta, so kami assume dah selesai, start enjin, terus jalan, tiba-tiba dengar orang jerit dari belakang. Rupa-rupanya kami tertarik nozzle (pistol minyak) siap dengan paip-paipny sekali. Nasib baik tak tertarik sekali dengan mesin pam minyak tu. Kalau tak, dah satu hal kena pasang balik. Member sorang tu punya la cuak, berkali-kali dia minta maaf pada attendance tadi. Yelah, minta maaf je la yang boleh, nak pasang balik bukan reti pun. Tu satu perkara.

Monday, December 20, 2010

Bermula Sekali Lagi..



Assalamualaikum

Bagi yang tak kenal maz mungkin akan anggap maz blogger yang baru nak masuk dunia blogging, tapi sebenarnya tak. Maz dah masuk dunia blogging sejak beberapa bulan yang lepas. Tapi disebabkan masalah apa entah, blog maz tak dapat dimasuki. Sedih sangat bila baca entry-entry lama. Rindu nak berblogging sentiasa membuak dalam dada. Tangan ni duk gatal nak menaip di atas keybord. Tapi nak buat macam mana kan. Terima sajalah suratan takdir.

Asalnya maz nak berhijrah dari blogspot ke wordpress. Tapi disebabkan wordpress ni banyak sangat seliratnya dan kekangan kewangan pun menjadi punca maz tak dapat nak buat blog guna wordpress maka maz decide untuk guna blogspot saja. Tak pelah, lagipun maz cuma sekadar nak bercerita dan nak berkongsi sesuatu perkara. Sesetengah orang gunakan wordpress sebab ada antaranya memang serius berblogging dan ada juga yang gunakannya untuk berbisnes. Tapi kalau setakat nak bercerita macam maz ni, blogspot pun jadilah kan.