Assalamualaikum..
Apa yang penting dengan senyuman? Ada apa dengan senyuman? Senyum itu sedekah, betul tak? Walau apa pun situasi, biarla kita hadapinya dengan satu senyuman.. (^_^)
Apa maz merepek ni…hahaha.. macam ni..maz nak pergi beli sarapan dekat area rumah maz, makcik yang meniaga tu bukan saja tak senyum, malah bila maz tanya dia, dia buat tak tahu saja..mahalnya nak senyum.. hati maz jadi rawan..nak beli ke sarapan kat situ..jangan kata nak jawab soalan, senyum pun tak..terdetik kat hati maz..sombong betul makcik ni.. peniaga mana boleh sombong, mana boleh masam muka..paling kurang pun senyumla ..tak salah..insyaAllah rezeki lebih murah..berbanding sekarang..dia duk masam-masam muka..tak mustahil rezeki untuk dia makin sempit, pelanggan pun tak mustahil akan berkurangan.
Tak salah kita lemparkan senyuman. Banyak perkara positif yang akan kita perolehi, tambah bagi orang yang meniaga, walau makanan yang dijual tak sesedap mana, tapi dengan senyuman ramah, ikhlas, tak mustahil pelanggan akan bertambah. At the same time boleh tambah kawan. Rezeki pun lebih murah, ha…kan banyak perkara yang positif. Walau kita hadapi masalah, tak semestinya kita kena masam, tak semestinya kita kena tunjuk pada air muka kita yang kita hadapi masalah, tak semestinya kita kena buat muka cencurut. Elok-elok penyelasaian boleh dapat, tapi disebabkan muka kita duk masam jer, penyelesaian tu langsung hilang. Sampai kesudah masalah kita takkan selesai.
Nak tahu tak apa petua awet muda..tak lain tak bukan senyuman yang ikhlas.. selain awet muda, boleh buat muka kita berseri, dan hidup kita juga akan bertambah ceria. Jadi kenapa perlu masam, kambing pun tahu senyum, lagikan manusia, betul tak? Smile.. 1.. 2..klik (^_^)
No comments:
Post a Comment