Followers

Sunday, December 26, 2010

Beza Lec Lelaki Dengan Lec Perempuan

Assalamualaikum





Kerja sebagai program coordinator ni memang mudah, tapi yang membuatkan maz kadang-kadang hilang sabar bila kita menghadap perangai participant yang berbagai-bagai. Kadang-kadang naik darah jugak. Tapi sebab diorang ni client company kan. Nak tak nak kena layan dengan senyuman yang manis walaupun dalam hati menyumpah seranah. Kadangkala diorang ni manja tak bertempat. Bahasa yang paling mudah adalah mengada-ngada. Nak gula-gula lebih la, nak balik awal la, nak ambil anak kat sekolah la, nak itu la nak ini la. Macam-macam perangai. Kadang kala sampai tak terlayan. Standard la kan. Diorang duk pegang slogan customer always right. Ok la, malas nk sambung cerita pasal participant ni. Kalau bercerita pasal diorang memang takkan berkesudahan. Sampai 3 kali jumaat belum tentu habis.


Maz nak ceritakan pasal pengalaman maz menjaga kursus dimana lecture yang mengajarnya adalah perempuan. Bukan nak memburukkan mana-mana pihak, sekadar berkongsi cerita. Tak lebih dari tu. Setiap pihak ada kelebihan dan ada juga kekurangan. Kalau yang perempuan ni biasanya cara mengajar dia lebih terperinci sikit, slow sikit dan tak kelam kabut. Tapi diorang ni manja sikit la, kertas majong ni walaupun kita dah sediakan, nak kita juga yang edarkan, gula-gula pun nak kita sentiasa refill sentiasa, kita takde saja, mula la kata kita ni tak manage well, tapi paling best bila kita ni jadi driver full time, lagi letih. Kejap-kejap nanti, "maz, saya nak pergi kedai kejap", "maz saya nak pergi bank", "maz saya nak pergi cc", "maz ,saya nak tu, maz saya nak ni".. Tapi yang bagusnya diorang ni penyabar, tunggu maz sampai maz habis kemas, tunggu saja la sambil tengok saya kemas. Then nak keluar dari base pun maz jugak yang ambilkan IC. Diorang tolong tengok saja. Tu yang bagusnya. Sebab diorang sabar menunggu. Tak merungut walaupun kena tunggu lama, tak kisah jalan mana maz lalu walaupun jauh. Sebab diorang memang tak kisah, penyabar dan sanggup menunggu.

Kalau yang lelaki pulak lain ceritanya, mereka sentiasa nak cepat. Mengajar secara ringkas janji semua participantnya paham, diorang ni lagi suka mengajar dan tunjukkan sesuatu cara lebih ringkas. Maz tengah kemas, sanggup tolong kemas sekali sebab nak cepat balik. Kumpulkan sampah gula-gula, kumpul botol air mineral, ambilkan ic kat postguard base. Tu yang bagusnya, tapi nanti dia merungut, lalu jalan jauh la, kenapa tak lalu shortcut la, nak parking paling dekat dengan pintu masuk hotel la,nak parking redup la. Pening jugak kalau dengar diorang membebel. Kalah orang perempuan. Sabar saja la , kita yang jemput diorang mengajar kan. Kang nanti diorang tak nak mengajar nanti, kita juga yang susah nanti.

Walau apa pun, yang penting respond participant memberangsangkan dan mencapai objektif yang ditetapkan. So tak kira macam mana kerenah lecture ni nak tak nak maz sebagai pembantu merangkap translator, merangkap tukang kemas, merangkap tukang angkat barang dan lastly merangkap driver, kena bersabar dan melayan mereka umpama puteri dan putera raja sambil tersenyum bahagia walaupun dalam hati _____ (paham-paham sendiri). Nak buat macam mana, dah tugas kan. Kena buat dengan ikhlas. Betul tak,? Nanti dapat gaji tak berkat kalau tak redha kan? Apa lagi, senyumla (^_^)

Wassalam 

11 comments:

  1. banyak x banyak la..tp dah name pun tugas kan..kena buat juga la

    ReplyDelete
  2. pew...pnjng nya enrty..mcm sma pnjng nya ngn jalan penyelesaian math kt ats 2...hak3

    ReplyDelete
  3. ye ke..hehehe..bile jari dah berketuk kat keyboard ni..payah nak berenti

    ReplyDelete
  4. betul, apa yang aku ingt pesan cikgu aku, buat kerja dengan ikhlas... pasti semuanya akan ok, hehee

    ReplyDelete
  5. tul2...jadi mulakan semua tugas dengan senyuman..(^_^)

    ReplyDelete
  6. lec lelaki lg best. demand xmelampau2..
    btw, saye singgah n follo cik maz

    ReplyDelete
  7. huhuhu susah jugak yea jadi lec nih kene sentiase banyak bersabar ek hihi

    ReplyDelete
  8. husniah : lec lelaki memang x demand..tp dorg punye membebel pun leh tahan jugak..mekacih follow maz

    mappiau : lec mengajar..memang kena banyak bersabar..tapi coordinator program lagi kena banyak bersabar...hehhe

    ReplyDelete
  9. tp kn kat tempat sy blaja lec laki sng nk phm

    ReplyDelete
  10. klu lec pompuan yg ajar tu sdp mata memandang maka semangat la kaum lelaki nk blajar...hakhak...

    ReplyDelete