Followers

Thursday, December 30, 2010

Outstation vs Saman

Assalamualaikum



Baru pakai kereta setahun, saman kereta dah bertimbun-timbun. Actually saman tu bukan semua dari PDRM, majority  dari DBKL sebab tak bayar parking. Kadang-kadang baik hati bayar la juga kan. Kita ni tumpang parking tempat orang, so paham-paham la. Tapi apa yang buatkan maz malas sangat nak bayar parking sebab kadang-kadang even bayar sekalipun, tetap jugak kena saman. Bayar 2 jam untuk 9 jam punya parking, memang la kena saman,hehehe. Ok, stop about that.


Maz nak cerita sekarang ni pasal outstation. Kerja macam maz ni memang selalu kena outstation and yang paling best setiap kali outstation mesti akan ke Lumut. Kerja maz organize kursus. Client pulak navy, jadi nak tak nak memang kena pergi Lumut sebab pangkalan Navy kat sana. Diorang ni pulak mana nak pergi KL, belanja lebih, claim pulak payah nak dapat. So, kami dengan rela tak rela kena la pergi ke Lumut. 

Kalau dulunya maz tak pernah terfikir akan kena saman sebab maz bukan lalu highway, maz lalu jalan kampung, lalu Sungai Buloh, Sabak Bernam, Kuala Selangor. Mati-mati la ingatkan takkan ada saman. Lagipun bukan laju mana, setakat 100km/hour. Standard la kan. Sekali tu masa nak renew roadtax, teringin la check kat My EG. Terkejut maz, boleh pulak tersangkut saman kat Sabak Bernam. Aduh, tepuk dahi sekejap. Ok la, dah tahu sekarang, kat Sabak Bernam tak boleh bawak laju. So, the next outstation maz betul-betul bawak tak lebih dari 100km/hour. Dengan confidentnya maz rasa yang maz takkan disaman. Balik dari outstation, dapat surat cinta dari Encik PDRM. Hish! Kena saman lagi. Paling bengang bila tengok ayat ‘ melebihi had laju 94km/hour di kawasan 60km’. Ya Allah, bila pulak wujudnya kawasan 60 ni. Aduihhh…

Ok la, moral of the story, kena sentiasa ikut had laju yang ditetapkan. Outstation terbaru ni maz pun ikut la had laju, alert dengan kawasan 60. Ingatkan satu dua tempat saja, rupa-rupanya lebih dari 10 tempat. Bengkok tulang belakang. Bayangkan la, biasanya 2-3 jam dah sampai, ni boleh mencecah 4 jam setengah baru nampak pekan Lumut. Letihnya, Tuhan sajalah yang tahu. Sampai saja kat hotel, siap-siap check in, tampal dettox kat kaki, buummm!! Tidur sampai tak ingat dunia. Parah macam ni, tak nak kena saman kena drive slow tahap siput. Siput kalau boleh gelak, mahu dia gelak berguling-guling tengok maz drive sama lembab macam dia. Nak buat macam mana, nak tak nak, kena drive slow juga kan. Kalau tak, senyum saja la bayar saman. Aduih…sabar saja la. Takde pilihan kan. (T_T)


Wassalam

3 comments:

  1. lain kali bayar parking tau???jgn xbayar...nnti surat saman leh wat buku lak nanri...

    ReplyDelete
  2. tension kan...kite pn pnh kna smn kt kaw 90km/j...pdhal speed 101 mcm tu la...gram je...

    ReplyDelete