Followers

Friday, May 27, 2011

Hidup Anak Perantau..

Assalamualaikum..


Yay yay..esok balik kampung. Setelah sekian lama tak balik. Chewah nak kata lama sangat tu tak la, ada la jugak sebulan 2, hari tu plan dah elok dah nak balik, sekali tak jadi, tapi bukan sebab apa pun, sebab parent maz nak datang sini, so tak jadi la balik kampung. Walaupun tujuan asal dah tercapai, nak jumpa family, tapi suasana kampung dan bandar tu yang membezakan. Hati ni rasa tak puas kalau tak dapat balik. Percayalah, siapa yang jadi perantau, memang akan rasa perkara yang sama, rindu yang sama, hati yang sama, perasaan yang sama. Betul tak?

Thursday, May 26, 2011

1st time..

Assalamualaikum..


Perghhh...1st time in my life lari dari roadbloack. Aduuhhhh..terasa gila kejap. Tu la, gatal keluar malam-malam, amik sedas .Pak polisi dah terpacak depan mata. Nasib  baik ada simpang depan tu, sempat drift kejap, untung takde kereta dari depan, kalau tak penaya je. kalau dah berdentum jangan tanya kenapa.. Tak sempat tanya kot. Hahahaaaccchuuumm...

Wednesday, May 25, 2011

Follower Ku.. Sayang-Sayangku...Huhuhu

Assalamualaikum..
Maz.....Behave...Ok Ok.. Saja je bagi gempak tajuk. Huhuhu.. Sebenarnya tak sangka sangat yang follower maz dah separuh dari 1000, nak bagi ayat lagi sedap. So far sekarang ni dah 552 ( ya ampun, maz x reti nak screen shot, x sempat-sempat nak belajar). Tapi maz agak terkilan sebab lately asyik tak sempat je nak BW, asal update je lepas sehari 2 baru sempat BW. Siapa-siapa yang meaz terlepas pandang untuk follow balik, maz minta maaf sangat-sangat, bukan tak nak follow, tapi kekangan masa tu yang menghalang, tapi maz try trace jugak follower maz, ada yang maz jumpa blognya, ada yang tak sebab tak appear, yang appear just blog yang that person follow. Maz minta maaf sangat-sangat kepada siapa yang dah follow maz, tapi maz tak follow balik. Masalah tak dapat di elak. Ampun ye pak, buk...hehehe...

Thursday, May 19, 2011

Kejapnya Masa Berlalu..

Assalamualaikum..


Haaacchhuuummm..Alhamdulillah..minta maaf ye..entry ni maz post masa tengah demam. Siapa-siapa yang terjangkit demam maz ni..ya ampun pak...saya enggak bersalah... Hehehe..Tengah demam-demam macam tak tahu la kenapa, gatal pulak tangan ni nak mengupdate. Tengah ada idea la katakan. Walaupun otak sikit lagi nak mereng, wayar dalam kepala ni sikit lagi nak short. Kalau tangguh-tangguh nanti takut hilang idea segala bagai, langsung blurr kan. Penyudahnya termenung ngadap laptop ni.

Entry maz kali ni saja-saja nak mengajak reader semua mengenang masa silam. Rasanya sekejap je masa berlalu kan. Terasa-rasa macam baru semalam masuk tadika, hari ni kalau nak menikah rasanya dah boleh dah. Gatal!!

Perginya Dia...

Assalamualaikum..


Maz rasa entry antara terpendek yang maz postkan. Perginya salah seorang blogger yang pada maz cukup best. Blog arwah adalah antara blog yang paling best maz rasakan. Setiap kali maz online, blog arwah yang maz tuju, sebab maz tahu, blog ni mesti ada cerita  baru. Kalau tak pun mesti ada  gambar yang pelik-pelik. Seronok view blog arwah. Lepas ni dah takde lagi semua tu. Walaupun maz tak kenal siapa sebenarnya arwah, tapi pemergian beliau dirasai. Dengar khabar arwah mengalami jangkitan paru-paru dan asma.Cerita sebenarnya, sila klik sini Lepas ni hanya blognya sahaja yang tinggal sebagai kenangan arwah. Alfatihah. 






Thursday, May 12, 2011

Tak Matang Ke?

Assalamualaikum


Maz suka tengok kartun, maz suka tengok filem fantasi, maz akui maz jenis yang suka berimaginasi, tapi bukan bermaksud maz tak matang, jauh sekali macam budak-budak. Tapi kenapa mentaliti orang yang kononnya 'dewasa' selalu duk condemn kata tengok kartun macam budak-budak. Salah ke orang yang tak berapa nak 'dewasa' macam maz ni tengok kartun? 

Maz memang suka tengok kartun, filem fantasi macam Magika, Harry Potter, Lemony Snicket The Unfortunate Event. 

Wednesday, May 11, 2011

Kata - Kata Hikmah..

Assalamualaikum


Sebelum ni maz postkan entry fakta auta part 1(sila klik), part 2(sila klik) dan part 3(sila klik) kan. Kalau terlepas, sila klik pada part-part pilihan anda ye. Kali ni maz postkan tentang kata-kata hikmah dari luar negara. Kata-kata hikmah ni tak lain tak bukan maz dapat dari majalah kesayangan maz. Mastika la, apa lagi kan. Hehehe. Jangan kata maz copy paste ye, maz taip sendiri tau, copy info je. Tak salah kan?? Sekadar berkongsi...

Saturday, May 7, 2011

Jangan La Terlalu Selfish

Assalamualaikum..


Perasan tak..kadang kala kita tak sedar yang kita ni berlaku selfish pada orang lain. Kalau tak memberi effect sangat tu takpe la, tapi kalau dah sampai ke tahap menyusahkan orang lain tu macam mana pulak kan. Kan ke tak pasal-pasal boleh jadi gaduh. Kita hidup dalam masyarakat, jangan la pentingkan diri sendiri. Disebabkan nak kemudahan lebih, sanggup buat orang lain sampai tercekik. Orang pun nak hidup aman damai jugak. Bertimbang rasa la sikit.

Wednesday, May 4, 2011

Fakta Atau Auta ? Part 3

Assalamualaikum


Banyak sebenarnya fakta yang diperolehi dari mastika ni sebenarnya. Bagi yang terlepas kat sini maz sediakan linknya :

Part 1(klik sini)
Part 2 (klik sini)


Untuk yang ketiga pulak, maz mulakan dengan ;


1)
Zirafah membersihkan telinganya menggunakan lidahnya sepanjang 50cm, badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia, kuda liar tidur secara berdiri, obor-obor mengandungi 95% air dan kanggaru boleh melompat sejauh 9 meter sekali lompatan. Kanggaru sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi kerana ekornya itu bertindak sebagai topang.

2)
Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka). Sementara itu, di Virginia Barat, Amerika Syarikat pula terdapat sebuah tempat bernama 666.

Fakta Atau Auta ? Part 2

Assalamualaikum..




Sebelum ni maz ada postkan mengenai fakta atau auta part 1 (klik sini) . Kali ni maz nak postkan untuk part 2 pulak.

1)
Amalan meletakkan gambar organ-organ yang rosak akibat merokok pada kotak rokok seperti yang dilakukan oleh negara kita sekarang telah dpraktikkan oleh negara Kanada sejak 2001.

2)
Apabila Perang Dunia Kedua berakhir, penduduk Jerman terkejut keran didapati jumlah kapal terbang tentera negara itu melebihi daripada jumlah yang mereka miliki sebelum peperangan tercetus.


Budak-Budak Sekarang..

Assalamualaikum..


Ingat tak lagi permainan galah panjang? Ada sesetengah tempat diorang panggil belon acah. Maybe tempat lain-lain, tu yang nama pun lain-lain kan. Tapi corak permainan sama je. Permainan teng teng korang tahu tak? Tempat maz dulu ada 3 jenis teng-teng, ada teng teng kapal terbang, ada teng teng gula batu, ada teng-teng entah apekename lagi, lupa dah. Teng teng ni banyak kena melompat. Semput tak semput la. Tapi budak-budak kan, apa kisah penat ke tak. Apa lagi ye...oh ye,..gasing, guli, gelang getah, korang main tak semua tu dulu-dulu? Ni biasanya mainan budak lelaki la. Budak perempuan biasanya main masak-masak. Hehehe..


Macam mana dengan congkak ayam? Korang ingat tak? Kalau tanya budak-budak sekarang, kompom diorang cakap ayam tu main congkak. Boleh jadi kan. Permainan apa lagi ye? Ha....batu seremban.. Ingat lagi tak? Permainannya lambung batu, then cepat-cepat ambik batu lain yang ada kat lantai, then sambut balik batu yang dilambung td. Seronok kan? Belum campur lagi permainan ceper ataupun tutup botol. Huiii..nak cakap pun tak terungkap betapa rindunya semua permainan tu. Hidup di kampung. Membesar dengan permainan tu semua. Kalau la ada geng lagi yang boleh ajak main permainan semua ni, kan best.