Followers

Wednesday, May 4, 2011

Fakta Atau Auta ? Part 3

Assalamualaikum


Banyak sebenarnya fakta yang diperolehi dari mastika ni sebenarnya. Bagi yang terlepas kat sini maz sediakan linknya :

Part 1(klik sini)
Part 2 (klik sini)


Untuk yang ketiga pulak, maz mulakan dengan ;


1)
Zirafah membersihkan telinganya menggunakan lidahnya sepanjang 50cm, badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia, kuda liar tidur secara berdiri, obor-obor mengandungi 95% air dan kanggaru boleh melompat sejauh 9 meter sekali lompatan. Kanggaru sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi kerana ekornya itu bertindak sebagai topang.

2)
Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka). Sementara itu, di Virginia Barat, Amerika Syarikat pula terdapat sebuah tempat bernama 666.



3)
Tomato dan timun adalah buah-buahan bukan sayuran.

4)
Seekor lembu kentut sebanyak 200 kali lebih banyak berbanding manusia.

5)
Ikan jerung kebal terhadap penyakit barah manakal jika seekor katak membuka mulutnya terlalu lama, ia akan mati lemas.

6)
Udang karang mengambil maza selama tujuh tahun untuk mencapai berat 500 gram.

7)
Ketawa mampu mengeluarkan udara di dalam paru-paru dengan kelajuan 60mph. Seseorang yang sering ketawa juga memiliki risiko penyakit jantung 40% lebih rendah dibandingkan dengan orang yang murung.

8)
Salji juga turun di permukaan atmosfera planet Marikh. Tetapi belum sempat sampai ke bumi, ia telah mengewap.

9)
Planet Marikh melengkapkan satu pusingan orbitnya mengelilingi matahari mengambil masa selama 687 hari.

10)
Planet Marikh kelihatan berwarna merah kerana di dalamnya terdapat besi yang berkarat tertanam. Sebab itu jika dilihat ia berwarna merah.

4 comments: