Followers

Wednesday, May 4, 2011

Budak-Budak Sekarang..

Assalamualaikum..


Ingat tak lagi permainan galah panjang? Ada sesetengah tempat diorang panggil belon acah. Maybe tempat lain-lain, tu yang nama pun lain-lain kan. Tapi corak permainan sama je. Permainan teng teng korang tahu tak? Tempat maz dulu ada 3 jenis teng-teng, ada teng teng kapal terbang, ada teng teng gula batu, ada teng-teng entah apekename lagi, lupa dah. Teng teng ni banyak kena melompat. Semput tak semput la. Tapi budak-budak kan, apa kisah penat ke tak. Apa lagi ye...oh ye,..gasing, guli, gelang getah, korang main tak semua tu dulu-dulu? Ni biasanya mainan budak lelaki la. Budak perempuan biasanya main masak-masak. Hehehe..


Macam mana dengan congkak ayam? Korang ingat tak? Kalau tanya budak-budak sekarang, kompom diorang cakap ayam tu main congkak. Boleh jadi kan. Permainan apa lagi ye? Ha....batu seremban.. Ingat lagi tak? Permainannya lambung batu, then cepat-cepat ambik batu lain yang ada kat lantai, then sambut balik batu yang dilambung td. Seronok kan? Belum campur lagi permainan ceper ataupun tutup botol. Huiii..nak cakap pun tak terungkap betapa rindunya semua permainan tu. Hidup di kampung. Membesar dengan permainan tu semua. Kalau la ada geng lagi yang boleh ajak main permainan semua ni, kan best.


Tapi jauh beza dengan permainan budak sekarang. Budak-budak sekarang dah tak kenal apa tu galah panjang. congkak ayam, batu seremban. Yang diorang tau, counter strike la, angry bird la, dan semua game dalam komputer. 


Permainan tradisional dulu-dulu langsung diorang tak tahu. Tak tahu la nak cakap samada diorang ni rugi ke untung. Mungkin pada kita, budak-budak sekarang ni rugi sebab tak merasai keseronokan permainan dulu-dulu. Tak keluar peluh sangat. Tak macam kita dulu, asal balik rumah je, dah rupe belacan, dengan peluh, dengan kotor, tak campur mana yang jatuh dalam lumpur lagi. Betul tak? 

Tapi ada baiknya jugak diorang ni didedahkan dengan kemudahan IT, al maklum lah, zaman sekarang ni zaman IT. Semua perkara kena gunakan teknologi. Lebih memudahkan. Cuma kena pantau jugak la sejauh mana kegunaan diorang ni sebab IT, internet segala bagai ni macam astro, macam-macam ada, takut membawa pengaruh yang buruk pada budak-budak. Tak pasal-pasal diorang terpengaruh. Budak la katakan, otak diorang ni fresh, apa yang dilihat akan mudah diingat. Tu yang kita betul-betul takutkan. 

Lama kelamaan permainan tradisional ni semua terus pupus ditelan zaman. Dah takde lagi congkak ayam, belon acah, batu seremban. Semua tu dah jadi sejarah. Budak-budak sekarang pun mana hairan sangat semua permainan tu kan. Main game kat komputer lagi best. Agaknya tu la yang diorang fikirkan. Hermm..entahlah. Betul orang bijak pandai cakap, benda yang paling jauh adalah masa silam, macam mana sekalipun kita nak putarkan masa balik, memang takkan dapat. Semua akan lupus ditelan zaman. Termasuk semua permainan kita-kita dulu.



14 comments:

  1. hahaha!!

    best!
    sokong sangat3x!!

    ReplyDelete
  2. saye main je gasing.. terbaek... mmg suke permain dulu2.. lebih real n pratikal..huhuh

    terbaru dari chempaka: Sekecil-kecil Pengorbanan Ibu Bapa

    ReplyDelete
  3. nseb bek saya pernah alami permainan tradisional tuh..aaa..men guli,saya la raja hasut budak2 men guli2 heheh..sampai ada yang x makan breakfast heheh..:)..sekarang dah jarang orang nak men guli huhuh...

    salam perkenalan..:)..follow u..#446

    ReplyDelete
  4. game paling terbaekkkk...game2 skrg ni mmg xleh celen lar...bersyukur sgt dilahirkan pd zaman 70an merasa men sumer2 tu

    ReplyDelete
  5. salam kunjungan....postingan yang lumayan perlu pengamatan bahasa...mengingat saya dari indonesia

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.. nsib baik sy sempat main lagi permainan dulu2. kanak2 zman skarng dah maju. pegang mouse jer. hehe :D

    ReplyDelete
  7. bestnya entry cik maz..terkenang kembali zaman dahulu....best la kalau cik maz imbas kembali cerita2 zaman lampau..yang dah x ada atau sangat kurang didengar dan dilihat sekarang....best! buat lagi cik maz entry macam ni..two thumbs up!

    ReplyDelete
  8. hee.dulu lisa suke men belon aca.:)

    ReplyDelete
  9. haha..saya suka main masak2..hehe

    ReplyDelete
  10. maka akan cepatlah dan bertambahlah budak2 yang rabun di usia muda...betul kan?asyik mengadap komputer je...

    ReplyDelete
  11. kesian budak2 zaman skang ni...dah tak kenal permainan kita dulu2....

    ReplyDelete
  12. hai.. nice blog.. beautiful picture.. i love it..

    if you have time come to visit my blog http://shidee08.blogspot.com/
    do not forget to follow me..

    thank you..
    hehee..=)

    ReplyDelete
  13. kisah suka ding dang masa dulu2...selalu p beli kat kedai belakang

    ReplyDelete
  14. saya suka yg dimainkann upin ipin itu,, di tempat saya dipanggil "cakbur".

    ReplyDelete