Assalamualaikum..
Perasan tak..kadang kala kita tak sedar yang kita ni berlaku selfish pada orang lain. Kalau tak memberi effect sangat tu takpe la, tapi kalau dah sampai ke tahap menyusahkan orang lain tu macam mana pulak kan. Kan ke tak pasal-pasal boleh jadi gaduh. Kita hidup dalam masyarakat, jangan la pentingkan diri sendiri. Disebabkan nak kemudahan lebih, sanggup buat orang lain sampai tercekik. Orang pun nak hidup aman damai jugak. Bertimbang rasa la sikit.
Selfish...maksudnya ikan diri..ha..elok sangat la kalau itu yang korang translate. Pi kat dinding kasi hantuk kepala sekali. Asal ada perkataan fish je korang ingat ikan. Habis yang butterfly tu takkan le marjerin terbang. Tebiat? Dah tak lama la tu, tinggal 3 kali jumaat je la tu...udah merapu..Selfish ni bermaksud pentingkan diri sendiri. Depa tak peduli hal keliling, apa yang depa tau, depa senang, tak susah, nak dapat apa pun semuanya tak leceh, hal orang lain, perihal orang keliling lantak pi. Jangan kata takde orang macm ni. Adaaaa... bersepah-sepah, jangan kata kat KL je, kat mana ada masyarakat komuniti, kat situ la ada orang yang selfish. Tak kira la orang tu orang tempatan mahupun orang asli. Janji namanya orang.
Letih kalau ada orang jenis macam ni. Langsung tak fikir masyarakat. Janji diri dia lepas je, orang lain dia tak fikir. Tapi korang kena ingat Allah Maha Adil. Apa yang korang buat tu korang akan kena balik. Dunia dah akhir zaman cik kak oiiii.. Tuhan bayar cash dah sekarang. Takde nak tunggu nanti-nanti lagi dah. Lagi satu, takde siapa pun suka perangai selfish ni, makin menyampah ada la, kalau dapat rasa nak tendang-tendang je tulang rusuk dia. Tu pun kalau dapat la, biasanya imaginasi macam tu memang takkan dapat la. Kompom 500%.
Ubah la perangai selfish. Kalau berubah, akan bertambah nilai positif berbanding negatifnya. Orang makin suka, hidup senang, takde lagi kena umpat keji (biasalah orang kita, 'mengketupat tu perkara biasa, tak kira la laki ke perempuan) makin senang la orang nak bekerjasama dengan kita, mana tau esok-esok kalau kita susah dan perlukan pertolongan, ada yang sudi yang hulurkan tangan, betul tak? Bayangkan kalau kita teruskan sikap selfish kita tu, time kita susah, ada orang nak tolong? Jangan haraplah, makin dipadankan muka kita ni adalah. Tak caya try la. Seumur hidup korang menyesal.
Then bila kita buang sikap selfish kita ni, secara tak langsung kita akan lebih berkongsi, tak kira la jenis apa pun, kongsi pertolongan, kongsi pendapat, makanan, dan segala bagai la.
Tapi bukan kongsi suami or isteri ok. Korang kalau fikir ke tahap tu, maz sebat sorang-sorang. Biasa dia yaa...Takde benda lain nak difikir. Hish. (Gaya mak marah). Tapi seperti kata pepatah kalau tak silap "sharing is caring". Pernah dengar kan. 3 perkataan tu je dah melambangkan segala-galanya. Sharing kan lebih baik dari selfish, betul tak? Ha.. malas nak jawab la tu. Tapi tak pe la, bak kata Nabil.
Lu fikir la sendiri.....
lebih baek sell fish dari selfish...hehe
ReplyDeletemalaysia ramai orang selfish
ReplyDeletepemandu selfish
pekerja selfish
pelajar selfish
semua selfish utk kepentingan diri dan kadang2 sanggup jatuhkan orang lain
Tapi ada juga kdg2 terpaksa selfish utk kebaikan..
ReplyDelete^^
masing2 ad akal untuk berfikir...selfish ad mcm2 cara bergantung pada keadaan ...kalau ianya baik maka baik lah jadi nya...kalau ianya jahat maka jahatlah ia
ReplyDeletekebolehan yang manusia ada ialah membetulkan kelemahan manusia lainya sedangkan kelemahan diri sendiri dipertahankan sama seperti manusia lainnya.
ReplyDeleteeh sorry terkomen serius. kehkehkeh. aku pun selfish juga. lalalala
ReplyDeletesalam kenal :)
berkongsi apa jua yang membawa manfaat itu dituntut. almaklum kita (blogger) ni bukan ada degree dalam kaunseling pun tapi sekadar berkongsi nasihat itu kakCT pun alu-alukan.
ReplyDeletezaman sekarang ramai dah yang tak pikir orang lain, pikir diri sendiri je..
ReplyDeleteself fish...
ReplyDeletexkmane la...
tapi org yg sifat selfish nie mana sedar yang dia dah menyusahkan orang lain juga....
ReplyDelete