Followers

Monday, November 26, 2012

Tau tak adab berniaga?


Kita ni orang melayu, penuh dengan adab dan tatasusila. Tapi makin lama makin hilang adab tu. Kadang-kadang bukan adab yang ditonjolkan. Biadap yang didahulukan. 

Tuesday, November 20, 2012

Hidup Tak Selamanya Mendongak Ke Langit..



Istilah tu dah sebati dalam jiwa semua manusia. Tapi kenapa masih ada yang lupa. Bila dah senang, lupa yang dalam kesusahan, bila dah berada di atas, lupa nak memandang yang di bawah, bila dah kaya, lupa yang miskin. Bukan setakat tu, budi bahasa pun dilupakan sekali.

Tuesday, November 13, 2012

kau ada???????????

Assalamualaikum..


Lama sungguh tak update blog ni. Ampun sangat-sangat. Blog ni kalau boleh bercakap. Merajuk dia.Lama dah tak update. Bukan apa, masa seakan-akan cemburu dengan Maz. Asyik tak menyempat je nak update. Maz sekarang dah bertukar department, dari litigation ke conveyencing. Siapa yang kerja bahagian legal firm akan faham apa yang maz maksudkan. Mana yang tak faham senang cerita dari bahagian saman orang ke bahagian buat loan document. Kerja seharian tak pernah berkurangan. Makin bertambah ada la. seminggu paling kurang 3 kali mesti ot. Balik umah kompom-kompom badan dah out of service. Langsung dah tak daya. Nak buat macam mana. Nak kahwin la katakan. Kerja kena lebih. Ok, stop merapu.

Apa yang Maz nak cerita kat sini adalah berpunca dengan satu ayat "KAU ADA????" Ungkapan tu makin popular sekarang. Tak kira la pada golongan mana. Baik yang kecik umur 7 8 tahun sampai la yang dah berumur. Memang ayat tu simple. Tapi maksudnya memang makan dalam.