Followers

Tuesday, November 13, 2012

kau ada???????????

Assalamualaikum..


Lama sungguh tak update blog ni. Ampun sangat-sangat. Blog ni kalau boleh bercakap. Merajuk dia.Lama dah tak update. Bukan apa, masa seakan-akan cemburu dengan Maz. Asyik tak menyempat je nak update. Maz sekarang dah bertukar department, dari litigation ke conveyencing. Siapa yang kerja bahagian legal firm akan faham apa yang maz maksudkan. Mana yang tak faham senang cerita dari bahagian saman orang ke bahagian buat loan document. Kerja seharian tak pernah berkurangan. Makin bertambah ada la. seminggu paling kurang 3 kali mesti ot. Balik umah kompom-kompom badan dah out of service. Langsung dah tak daya. Nak buat macam mana. Nak kahwin la katakan. Kerja kena lebih. Ok, stop merapu.

Apa yang Maz nak cerita kat sini adalah berpunca dengan satu ayat "KAU ADA????" Ungkapan tu makin popular sekarang. Tak kira la pada golongan mana. Baik yang kecik umur 7 8 tahun sampai la yang dah berumur. Memang ayat tu simple. Tapi maksudnya memang makan dalam. 


Kau Ada???? Seolah-olah ayat ni buatkan orang yang ucapkan tu mendabik dada. Macam dia sorang je yang ada. Orang lain tak boleh ada. Tak kira la apa-apa sekalipun. Gadget ke, barang kemas ke,  handphone mahal ke, laptop mahal ke, pakwe makwe ke, apa-apa sajalah. 


Memang la bila orang duk cakap ayat tu dengan niat bergurau. Tapi cuba fikir. Kalau orang yang dia cakap tu terasa hati macam mana. Kalau dia setakat senyap, merajuk diam-diam, itu ok lagi, dapat la kiranya ayat kita tu dimaafkan, tapi kalau yang style internet bergerak, terus sampaikan pada orang lain macam mana? Nama kita jugak yang buruk. Orang lain pulak yang pandang kita serong. Ayat yang paling best kita dapat "macam kau sorang je ada. berlagak". Ayat-ayat yang lebih kurang macam ni yang akan kita dapat. Tak ke lagi pedih. Baru kita tau rasanya bila orang mengata pada kita. Baru terbukak sikit mata ni.


Kita ni rambut sama hitam  sekarang rambut dah macam-macam kaler tapi hati lain-lain. Fikir sebelum cakap. Niat bergurau tak membolehkan semua perkara. Walaupun kita dah kenal rapat. Dah tahap baik gila sekalipun. Jangan lupa, hati kita tetap berbeza dan disebabkan hati yang berbeza tu la kita kena jaga pertuturan kita supaya hati itu tak terasa. Nak bergurau boleh, kena ada caranya. Bukan semua benda kita boleh buat bergurau. Cuba fikir, betul tak apa Maz cakap?

1 comment:

  1. salam ukhuwah..nice blog..interesting entry..saya stuju dgn entry awk ni..:-)..

    ReplyDelete