Followers

Tuesday, November 20, 2012

Hidup Tak Selamanya Mendongak Ke Langit..



Istilah tu dah sebati dalam jiwa semua manusia. Tapi kenapa masih ada yang lupa. Bila dah senang, lupa yang dalam kesusahan, bila dah berada di atas, lupa nak memandang yang di bawah, bila dah kaya, lupa yang miskin. Bukan setakat tu, budi bahasa pun dilupakan sekali.



Ingat tak Tun Mahathir pernah bercakap 'Melayu Mudah Lupa'..Tapi bila orang melayu dengar ayat tu, pandai pulak melenting. Tak boleh terima, nak bidas balik. Nak tegakkan benang yang basah. Nak tegaskan yang melayu takkan pernah lupa. Takkan lupa asal usul,. Takkan lupa adat resam. Takkan lupa adab melayu. Takkan lupa budi bicara. Tapi hakikatnya? 

Maz sedih, sebab maz pun melayu. Dan nak ikutkan hati sebenarnya maz pun tak nak mengiakan apa yang Tun Mahathir cakap tu. Tapi tak boleh sebab maz sendiri pernah alami situasi yang sama. Menghadap kerenah client yang bongkak, ego, sombong tak bertempat dan kebanyakkan yang bongkak dan ego ni adalah orang 'Melayu' kita sendiri. Kerja bahagian legal firm ni tambah-tambah bahagian conveyencing betul-betul buatkan maz cukup bersabar. Nak menghadap kerenah bos yang semua kerja nak perfect, nak cepat, nak menghadap lagi kerenah client yang sombong berlagak tak bertempat. Kadang-kadang buatkan maz betul-betul meluat. Orang kata adab melayu ni takkan hilang di dunia. Lemah lembut, berbudi pekerti. Tapi apa yang maz nampak sekarang, jauh panggang dari api. Bila duit dah banyak dalam tangan, hidung pun mula mencanak ke langit. Bercakap pun pakai lepas, tak fikir orang keliling, tak fikir yang dihadapan mereka juga manusia yang ada hati dan perasaan. 


Sampai bila nak mendongak ke langit? Berkepuk mana pun duit kita, kereta mewah mana pun yang kita naiki, baju mahal mana sekalipun yang kita pakai, walau setinggi mana pangkat kita, kita kena ingat, yang kita bawak masuk kubur bukan duit berkepuk-kepuk, tapi amalan kita, sedekah kita. Kereta mewah kita pun takkan ikut kita pergi ke alam sana, bahkan yang membawa kita ke destinasi terakhir kita.. kereta jenazah..itula kenderaan mewah kita. Baju yang mahal-mahal tu takkan menyalut tubuh kita lagi, yang ada hanya kain kapan dan kita takkan lagi digelar Tan Sri, Datuk, Datin...yang tinggal hanya satu gelaran..

Ingat la..kita takkan selamanya mendongak ke langit.. 

1 comment:

  1. true, Melayu mudah lupa, siap bangga dengan apa yang ada sekarang ni, semua nak perjuangkan hak je, tak sedar sape yang bagi hak tersebut, memang betul2 mudah lupa... nice sharing (^___^)

    ReplyDelete