Kita ni orang melayu, penuh dengan adab dan tatasusila. Tapi makin lama makin hilang adab tu. Kadang-kadang bukan adab yang ditonjolkan. Biadap yang didahulukan.
Baru-baru ni maz pergi ke sebuah kedai menjual pakaian. Maz dok belek satu persatu pakaian kat situ. Memang tujuan asal pun nak membeli. Bukan cuma window shopping kosong. Setakat belek-belek., tanya harga, terus blah. Tak..memang maz nak membeli.
Lepas puas dok belek-belek baju tu, maz pilih mana yang berkenan di hati. Terus maz bagi pada pekerja kedai kat situ. Dia boleh tanya maz. "yang ni ke?" Maz jawab "yelah" .. Then dia terus gelak-gelak. Maz pun tak paham kenapa dia gelak. Maz cuba bertanya, apa yang tak kena dengan baju tu. Tak nak pulak dia jawab. Maz mula panas hati. Ikutkan rasa marah ni, nak je blah dari situ. Tapi apa pointnye. Kalau maz buat macam tu, maz pun sama dikategori biadap macam pekerja kedai tu.
Sampai kesudah dia gelakkan maz tanpa maz tahu apa yang tak kena dengan baju tu. Look! tu bukan cara berniaga ok! Memang betul-betul biadap. Gelakkan customer. Mana dia belajar layan customer macam tu pun tak tahu la. Maz pun berniaga. Walaupun setakat menolong kawan kat pasar malam. Tu kategori meniaga jugakkan. Bila kita berniaga, hati orang pertama yang kita kena jaga adalag customer. Bila kita rasa pilihan customer tu tak kena gaya. Atau tak sesuai, beritahu dengan cara toleransi, dan bagi cadangan mana yang lebih sesuai. Bukan dengan cara gelakkan customer. Tu KURANG AJAR namanya.
Come on la.. Benda-benda macam tu tak perlu di ajar. Once dah tau job korang macam mana, adab-adab tu automatik dah set dalam minda korang. Kalau dah benda simple macam tu nak kena ajar jugak, baik tak payah meniaga.
oooohhh...rukun negara yang ke 5 pon sia gagal.
ReplyDeletetak patut betul macam tu..ape lah. kalau nesa pun x nak dah datang..
ReplyDelete