Followers

Sunday, December 23, 2012

Apa Salahnya?

Assalamualaikum..



Sekarang tengah cuti sekolah kan, seronok tengok budak-budak bermain. Teringat zaman masa sekolah dulu, cuti pertengahan tahun tak seronok sangat sebab cikgu bagi kita kerja sekolah menimbun, cikgu takut anak murid main terlebih sampai lupa pelajaran. Cuti akhir tahun yang syok, main la sepuas-puasnya. Tak kisah apa pun. Pepagi buta dah keluar, tengah hari balik sebab nak makan, lepas tu sambung main lagi, senja baru balik. Tengok-tengok je mak menunggu depan pintu rumah dengan penyapu, dah meghrib tak reti-reti nak balik. Hahaha...kadang-kadang bila teringat kisah dulu-dulu, boleh senyum sorang-sorang

Tu antara kisah-kisah dulu. Tapi bukan tu yang maz nak cerita sangat. Ada satu perkara yang betul-betul menyentuh hati maz berkaitan dengan aktiviti budak-budak zaman sekarang.

Ada satu hari tu maz balik kerja, maz turun kat area PJ sebab tunang maz nak bawak pergi rumah kakaknya. On the way nak pergi rumah tu, maz berhenti dekat petronas sekejap. Maz ternampak ada sepasang anjing ni, maz teka mungkin seekor jantan, seekor lagi betina. Nampak happy je anjing ni. Jalan sama-sama, then bila seekor berhenti sekejap, yang seekor lagi turut berhenti menunggu pasangannya. Sambil menunggu, ekornya di goyang-goyangkan. Maz tak tahu psikologi haiwan, tapi ada la tengok Discovery Channel, tau la sikit serba sedikit psikologi anjing ni, time bila dia marah, bila dia sakit dan bila dia happy.


Sambung balik, maz leka tengok anjing-anjing tu. Pasangan bahagia ni berhenti dekat kaki lima persimpangan jalan untuk berehat. Tiba-tiba datang 2 orang budak lelaki Melayu dalam lingkungan 10 tahun, terus baling batu pada anjing-anjing ni. Mencicit anjing-anjing tu lari entah ke mana. Tak cukup dengan tu, budak-budak tadi terus mengejar anjing-anjing ni. Maz terpaku sekejap. Apa salah anjing tu? Cuma duduk berehat. Tak kacau sesiapa pun. Ye, betul, anjing tu memang anjing liar, tapi bukan anjing tu mengacau sesiapa. Jadi kenapa nak baling batu padanya? 


Maz tahu anjing tu haram untuk disentuh. Kita sebagai umat Islam memang tak boleh menyentuh walau sedikit pun anggota badan anjing ni. Kalau terkena jugak, perlu disamak. Tapi tu bukan point untuk membolehkan kita buat apa-apa saja pada anjing tu sesuka hati termasuk membaling batu padanya. Apa salahnya? Dia pun makhluk ciptaan Allah. Dia tak minta untuk dilahirkan sebagai anjing yang dibenci manusia. Kenapa benda senang macam tu pun manusia tak boleh fikir, takde hati dan perasaan. Bayangkan kalau tiba-tiba ditakdirkan kita ni dijadikan anjing yang dibenci manusia. Apa rasanya?  

2 comments:

  1. Syok time cuti sekolah masa kecik dulu :)

    -> ❤ TechKini.com

    ReplyDelete
  2. mungkin mereka telah terbiasa melihat aksi daripada mereka yg lebih tua...dan tiada siapa yg sudi cerita sebenarnya.

    didikan dan memberitahu perkara tg betol itu wajar.

    ReplyDelete