Followers

Tuesday, February 26, 2013

Bahaya Lah Kak Oiiii!!!

Assalamualaikum..


Lama dah tak update blog ni. Makan masa beberapa bulan la jugak. Kekangan masa betul-betul menguji kesabaran maz. Akhirnya terpaksa melupakan sekejap dunia blogging yang jadi dunia ke 2 maz. (Tangan di bahu mata ke atas kaki terjongket)

Sepanjang masa ni sebenarnya macam-macam yang jadi. Maz nak sangat kongsikan pada semua. Tapi bila masa tu rasa tak mencukupi, rasanya, masa yang terluang tu maz jadikan masa untuk berehat dan kembalikan kecerdasan bersama 100plus. Iklan


Alhamdulillah, rezeki yang Allah bagi tak pernah terputus atau terkurang. Maz ditawarkan kerja dalam kerajaan. Orang kata rezeki nak kahwin. Entah la, maz no komen, rezeki nak kahwin ke apa ke, pada maz sama je sebab datangnya tetap dari Dia. Nanti-nanti la maz sambung cerita tu. Maz ada cerita lain sebenarnya.


Apa yang maz nak cerita sekarang ni berkaitan dengan keselamatan kita di stesen minyak. Kita semua tahu peraturan di stesen minyak kan. Nak dijadikan cerita, ada satu hari tu maz pergi kampung tunang maz disebabkan perkara tertentu dan semasa nak balik ke KL semula, maz perasan yang minyak tingal 1 bar. Automatik otak direct mengarahkan kaki memijak pedal minyak dan tangan memulas stereng pergi menuju ke stesen minyak berdekatan.

Sesampainya kat di stesen minyak tu, kebetulan ada akak attendant minyak, so maz just bagi jer berapa duit untuk minyak tu, yang lain akak tu yang buatkan. Tiba-tiba maz perasan dia cakap sorang-sorang. Eh, akak ni betul tak betul ni? Bile tengok betul-betul baru maz perasan, rupanya akak ni bercakap guna handphone. Elok jer handphone tu dia selit kat tepi pipi dia.


Semua orang tahu PERATURAN utama di stesen minyak. Mustahil akak ni tak tahu. Dia sepatutnya lebih tahu sebab dia bekerja kat situ. Tak perlu diingat lagi dah. Tapi????


BAHAYA LA KAK OIIIII!!!!.. Kang meletup stesen tu dengan aku aku sekali meletup!! Fikir la sikit. Ni melibatkan nyawa pengguna. Kang apa-apa jadi, siapa nak jawab? Orang lain pun ada handphone, tapi beragak la kalau nak guna pun. Sendiri mau ingat la...

2 comments:

  1. tak tak baca punya olang...aiyakkkk

    ReplyDelete
  2. huhu selalu tengok org cmtu. nak tegur tak berani. hana apa lagi cepat2 tinggalkan stesyen minyak tu.heheh takut

    ReplyDelete