Followers

Tuesday, March 22, 2011

Fakta Atau Auta??? Part 1

Assalamualaikum



Maz suka sangat baca buku mastika. Dalam buku mastika ni ada macam-macam info. Kadang-kadang sampai benda tu kita tak terfikir. Bak kata orang, tak terjangkau dek akal. Nak tau apa info-info nye?



Info 1 :

Ibrahim Hassan atau Ibrahim Pendek merupakan pelakon Malaysia pertama berlakon di dalam filem Hollywood. Filem lakonannya bertajuk The Spiral Roads dan penggambarannya dijalankan di Universal International, Hollywood. 


Info 2 :

Satu-satunya makanan yang takkan busuk adalah madu.


Info 3 :

Kulit di telapak tangan dan kaki memiliki ketebalan lebih kurang empat milimeter dan kulit kaki merupakan kulit yang paling tebal dari seluruh kulit di tubuh manusia.


Info 4 :

Lempeng dan tempeleng. 2 perkataan berbeza maksud namun bunyi sebutannya hampir sama. Apa hubungkait antara kedua-dua perkataan ini?. Mudah saja. Orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng semasa lapar.


Info 5 :

Gunung berapi yang berusia 300 tahun masih disahkan aktif dan boleh meletup. Bagaimana pula agaknya dengan api elektrik di rumah kita? Agak-agaknya masih boleh aktifkan setelah 3 bulan bil tidak dibayar? Fikir la sendiri.


Info 6 :

Perkataan 'paparazzi' yang menggambarkan jurugambar lahir pada tahun 1960. Perkataan itu diambil sempena watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Fredico Fellini pada tahun tersebut.


Info 7 :

Jika anda cuba untuk mengira jumlah keseluruhan bintang yang ada di langit dengan kadar satu bintang satu saat, anda memerlukan masa 3,000 tahun untuk mengira kesemuanya.


Info 8 :

6061. 7005 merupakan nombor yang dilekatkan pada badan basikal, sebenarnya menggambarkan komposisi campuran aluminium dengan lain-lain bahan logam. Komposisi ini akan menghasilkan badan basikal yang lebih ringan dan kuat.


Info 9 :

Hidung labah-labah terletak pada kakinya. Keistimewaan ini membolehkannya mengesan bau musuh, pemangsa atau pasangannya.


Info 10 :

Disebabkan kandungan silikon yang banyak, kaca mempunyai kelebihan takat lebur yang sangat tinggi iaitu 1,710 darjah Celsius.


Info 11 :

Ahli psikologi eria yang juga pakar runding wangian, Avery Gilbert berkata, bau adalah molekul yang cukup ringan untuk terapung diudara.


Info 12 :

Gajah hanya tidur 2 jam sehari, tetapi gorila dan kucing 14 jam manakala tiram boleh menukar jantinanya.


Info 13 :

Tenggiling adalah bintanag yang malas. haiwan ini menggunakan 80% hayatnya semata-mata untuk tidur.


Info 14 :

Landak akan terapung kalau dicampak ke dalam air manakala buaya pula tidak boleh mengundur.


Info 15 :

Hamster hanyamengelipkan ebelah mata sahaja pada suatu ketika dan jika kita sembur racun kearah semut, serangga itu mesti akan tumbang ke sebelah kiri.


Info 16:

Seekor lembu betina boleh mengeluarkan lebih kurang 200,000 gelas susu semasa hayatnya.

8 comments:

  1. wah..banyakk juga info ye..lama dah tak baca Mastika..Dulu2 selalu gak:)

    ReplyDelete
  2. maz memang suka bace mastika..kdg2 info yg diberi tu..kite x terpikirkan pun...pengetahuan am la kirenye tu

    ReplyDelete
  3. ohoho..baru teringat ada buku mastika..dah lama x baca..

    ReplyDelete
  4. info 15...comel. nnt kakct nak checklah bila spray semut. kalau boleh xnak bunuh tapi kekadang tu tak tahan memana ada merayap & mengetip.

    ReplyDelete
  5. best best... tapi jangan percaya sume kat mastika tu, kaji dulu baru percaya.. sebab banyak fakta datang dari eropah dan kebanyakan mereka tu pemfitnah dan pembohong.. contohnya macam 11 sept 01, dan makhluk asing.. thats all fake!

    ReplyDelete
  6. roslinda : same (^_^)

    syukri : meh kite bace mastika same2

    ct payong : boleh jugak wat eksperimen

    xanaster : ader sesetengah cerita dalam mastika tu kita bace boleh..tp jgn terlalu percaye n taksub...neway ..mekasih (^_^)

    ReplyDelete
  7. wow nice info! 69 suka baca2 fakta macam nie besh boleh tambah pengetahuan

    Video Pelajar Kena Buli Menang Dalam Pergaduhan "

    ReplyDelete