Followers

Tuesday, December 21, 2010

Kenangan Di Stesen Minyak

Assalamualaikum

Haha..kalau teringat kan balik kejadian tempoh hari, mahu rasanya gelak berguling-guling. Nak diikutkan. banyak sebenarnya kejadian atau bahasa indahnya kenangan manis ketika berada di petrol station (skema la pulak).Kalau dulunya maz cuma sekadar menumpang kereta orang, pun ada jugak kenangannya. Waktu tu naik kereta seorang kawan kepada sepupu. Kalau dulu setiap petrol station ada attendance untuk isikan minyak kan, so driver just duduk dalam kereta. Then bila dah habis isi, driver cuma perlu membayar harga minyak tersebut. Berbalik kepada cerita tadi, kebetulan minyak kereta dah habis, so pergi la isi minyak. Siap bayar terus, nanti tinggal jalan saja kan. Tengah duduk borak2, tiba-tiba satu tepukan di bonet kereta, so kami assume dah selesai, start enjin, terus jalan, tiba-tiba dengar orang jerit dari belakang. Rupa-rupanya kami tertarik nozzle (pistol minyak) siap dengan paip-paipny sekali. Nasib baik tak tertarik sekali dengan mesin pam minyak tu. Kalau tak, dah satu hal kena pasang balik. Member sorang tu punya la cuak, berkali-kali dia minta maaf pada attendance tadi. Yelah, minta maaf je la yang boleh, nak pasang balik bukan reti pun. Tu satu perkara.



Kejadian kedua pulak baru berlaku tempoh hari. Muka memang confident la menyebut, pam 7 RM20. Dah selesai bayar, kad mesra pun dah ambil balik, pergi la berjalan ke kereta, angkat nozzle, masukkan kat tangki minyak. Tapi minyak tak bergerak-gerak. Apahal pulak tak keluar-keluar minyak ni, tarik balik muncung pistol nozzle tu, masukkan balik, tk jugak keluar. Bila tengok kat mesinnye. Alamak... Silap tarik nozzle la. Sebut pam 7, tarik pam 8. Mana nak ada minyak. Alahai, driver kereta belakang yang tengah tunggu turn nak isi minyak dah tergelak-gelak. Hampeh.. mana saya nak menyorok, malunya sayaaaa... Dengan muka selamba+tak bersalah, letak balik pistol nozzle tadi, ambil nozzle yang sebelah lagi dan buat seperti tiada apa yang berlaku sambil memandang ke arah lain. Selesai semua, cepat-ceat start kereta, jalan. Seperti orang tua-tua kata. ' Jangan Pandang Belakang'. Ha.... suka-suki nak tambah 'congkak' eee, tu pak pie kata, ni orang tua-tua kata. Hahahaha..

Kejadian berikutnya merupakan kejadian yang membuatkan maz keseganan yang agak melampau. Baru 2 hari lepas, maz singgah petronas tempat yang sama kejadian kedua berlaku. Check dalam purse tinggal 3 ringgit. Alahai, nak isi minyak apa kalau dalam purse tinggal sedemikian rupa. Pergila joint venture beratur depan mesin ATM tu nak cucuk duit. Maka terkeluarlah dari perut mesin ATM RM100 yang direquest tadi. Direct pergi kat kaunter untuk bayar minyak. Dengan muka confident sambil meletakkan kan duit atas kaunter without memandang ke arah duit tersebut, "Kak, pam 10 RM30". Akak tu tak bergerak walau seinci pun, maz pun ulang balik, mana tau kot-kot akak tu ada masalah telinga kan. "Kak, pam 10 30 ringgiiiittt" tekan sikit suara. Kononnya nak tegas la sebab tengok akak tu duk senyum-senyum pandang muka maz. Maz pun pelik la, kenapa akak ni duk senyum-senyum, bila pandang ke arah duit tu. Oppss, alahai, rasa muka ni jatuh kat tapak kaki berguling-guling. Atas meja tu bukat noted RM50, tapi...SINGGIT,.SAPE NGAJOR KO BELI MINYAK SINGGIT!!! Mak,...anakmu dah termalu mak. Padan lah akak ni duk senyum-senyum kat maz. Baik punya senyum kan. Alkisah. Sambil tersengih-sengih macam kambing termasuk kandang itik, maz pun masukkan balik duit singgit tadi dan keluarkan RM50. Entah bila masa maz masukkan RM50 tu pun tak tahu lah. Tahu-tahu dah tertukar. Alahai, kak diam-diam kak, jangan cerita kat pesbuk. Malu saya kak (T_T). 

Hahaha, moral of the story, sila alert dengan persekitaran dan kelakuan anda di stesen minyak ya. Kalau dah terkantoi seperti kejadian-kejadian di atas, jangan lupa untuk lemparkan senyuman manis serta selamberkan muka anda pada orang sekeliling anda. Kejadian-kejadian dibawah adalah salingan hiburan semata-mata. Enjoy dan selamat ketawa. Sayonara (^_^)


Wassalam



No comments:

Post a Comment