Assalamualaikum..
Maz tersentak bila maz terbaca satu benda ni. Blogger yang guna wordpress cuma pandang sebelah mata je pada blogspot. Maz nak tanya korang semua, hina sangat ke blogspot sampai korang cakap macam tu? Salah ke kitorang berblogging guna blogspot? Asalkan nak berblogging je syarat utama mesti beli hosting dengan domain la ye? Macam tu ke maksud korang? Macam mana pulak orang yang tak berkemampuan. Maz tak nak ambik contoh orang lain, maz ambik contoh diri sendiri kenapa maz memilih blogspot berbanding wordpress.
Maz pilih blogspot sebab niat asal maz bukan nak buat duit. Tapi lebih kepada bercerita, lebih kepada berkongi pengalaman dan lebih kepada berkongsi pendapat. Jadi kalau setakat nak bercerita, kenapa mesti melabur untuk beli hosting dengan domain, pada maz tak berkepentingan nak dapatkan semua tu. Kalau ada rezeki orang klik iklan kat blogspot tu pun boleh jadi side income jugak walaupun sikit. Tapi tu semua bukan paksaan. Tak kisah la pasal semua tu yang penting boleh bercerita. Sebab kadangkala tak semua cerita kita boleh luahkan dengan cara bercakap dengan orang lain, silap-silap diorang kata kita ni annoying. Lebih baik bercerita dalam blog, atleast kita boleh luahkan apa saja yang kita rasa. Berbaloi ke nak laburkan duit untuk beli hosting & domain kalau setakat berblogging untuk bercerita.
Tambahan pulak pada maz blogspot lebih mudah dari wordpress. Kenapa maz cakap macam tu? Sebab maz pernah membantu seseorang yang penting dalam hidup maz untuk update blog dia. Cukup susah, tambahan memang maz tak biasa. Nak adjust pun susah, nak buat tu buat ni susah. Jadi macam fedup. Kita nak bercerita, tapi kalau benda-benda remeh tu yang menyusahkan kita untuk berblogging, minta maaf, tu bukan pilihan maz. Elok-elok ada idea nak update blog, bila mood hilang disebabkan hal remeh temeh tu, silap hari bulan dengan idea-idea sekali hilang.
Lagi satu yang buatkan maz rasa berat untuk beli hosting & domain ni adalah disebabkan harga yang mahal. Harga antara RM80-RM100. Pada maz jumlah tu cukup tinggi bagi orang yang macam maz. Maz bukan jenis orang yang berkemampuan, tambah-tambah bila ada kereta. Keperluan adalah lebih kepada kereta. Jadi untuk membeli benda-benda tu dengan harga yang macam tu rasa tak berbaloi. Lebih baik isi minyak kereta. Boleh jugak pergi ke mana-mana incase kalau memerlukan kita untuk bergerak ke suatu tempat. Lebih-lebih lagi zaman tengah gawat macam ni. Dah ada benda free kenapa memilih untuk yang berbayar kalau tujuannya sama. Tu pendapat maz.
Ada je blogger terkenal yang mempunyai follower berbelas-belas ribu gunakan blogspot. Bukan takde. Contohnya zackzukhairi, cik epal, irine nadia marcello dan ramai lagi. Diorang tak kisah pun guna blogspot. Apa yang penting content dalam blog tu n cara penyampaian yang menarik. Jadi kenapa korang nak kisah blog wordpress ke blogspot.
Setiap apa pilihan orang jangan la perlekehkan. Jangan menghina. Tu hak masing-masing. Korang buat statement macam tu, korang ingt orang lain tak terasa ke? Orang lain pun ada perasaan, tau marah jugak. Hormat sikit. Kalau ye pun korang blogger otai, jangan ingat korang boleh buat statement sesuka hati. Lagi sekali maz nak tanya korang. Hina sangat ke blogspot?
Setuju..sayang duit rasanya..cukuplah takat blogspot pun..:)orang lain, ikut diorang lah..tepuk dada tanya poket..kan.. kan..
ReplyDeleteeheh biar la mereka..janji sndiri happy..menaip dengan pnuh smangat!!
ReplyDeletebiarkan saja maz. lama-lama bila tergigit lidah mereka berhentilah mengata.
ReplyDeletekakct pun lebih suka blogspot. lebih friendly user.
otai pun ada yang mulut bau petai jugak ke? sepatutnya mereka beri tunjuk ajar jangan jadi kurang ajar.
macam2
entah..kaklong tak pasti pulak ada WP yg menghina bolg...
ReplyDeletetapi kalau ada laaa..memang hidung tinggi!
hehehe sokong cik maz.! 100% sokong...dah ader benda free kenapa nak susah2 beli domain dan hosting membazir ja!....lantak la orang nak kata apa...! janji kita x kacau depa...contoh terbaik cik epal la...blogspot ja kot...follower belas2 ribu...!
ReplyDeletesabar yer cik maz.....
ReplyDeletexkisah la blogspot ke..ape ke..jnji apemotif kte berblog...
kt luar sana tu ramai kot y guna blogspot cm nonie jgk :)
Assalamualaikum...
ReplyDeletexde salahnya guna mana2 platform utk berblogging. setiap org ada pendapat masing2 berkenaan kelebihan dan kekurangan sesebuah platform blog tu..terpulang pd masing2 utk pilih yg mana dirasakan sesuai dan memenuhi citarasa.
cuma jgn la sampai bergaduh atau menghina pihak lain...
happy blogging :-)
regards,
BLADE EDGE
terpulang pd masing2laa tu tp kwn masih suke blogspot lg setakat ni....huhu.
ReplyDeleteYeah!! sy sokong cik maz!!
ReplyDeletewordpress pun ada yang free, tapi betul,memang susah bila guna wordpress, saya dah cuba tapi macam tak sesuai je ngan saya, jadi balik semula ke blogspot.
ReplyDeletehttp://dan-teslamarin.blogspot.com
http://teslamarin.wordpress.com
blogspot pn ok.asalkn ada ilmu yg dpt kita smpaikn and rmai gak yg bace blog instead of wrdpress :) biarkn org itu. http://www.geekintherainbow.blogspot.com/
ReplyDeletehurm..
ReplyDeletelagi senang jak guna blogspot rasanya.
adew gak yang nak ngutuk blogsopt yew...eh tah lah~
ReplyDeleteJT blogging guna blogspot. tp sblm guna blogspot pnh blog guna wordpress..dan, mmg amat ketara. wordpress mmg lagi senang, mudah. lebih lagi dlm sistem komen dia yg sangat best. tp mcm maz kata, kalo blog utk sekadar tulis2, luahkan perasaan je. mmg tak berbaloi pon guna hosting. baik guna free je. masing2 ada pro dan kontra tersendiri..=)
ReplyDeleteblogspot the best .. kan kan
ReplyDelete