Followers

Tuesday, October 18, 2011

Abah..

Assalamualaikum..


Sebelum ni entry maz banyak berkenaan dengan ibu, untuk ayah belum ada lagi. Kali ni maz nak bercerita tentang ayah. Tak kisah la apa panggilan kita padanya, ayah, daddy, papa, abah, ataupun walid, sama saja maksudnya.Ayah amat penting dalam hidup kita, sama pentingnya dengan ibu. Tanpa ayah, kita takde kat dunia ni.

Maz panggil ayah maz sebagai abah. Mostly orang jawa memang macam tu kot. Panggilan abah tu terasa lebih mesra. Abah maz jenis orang yang kuat bekerja. Walaupun umur dah menjangkau setengah abad, tapi istilah pencen tu memang takde makna bagi abah. Selagi boleh kerja, akan terus kerja. Tu la perangai abah yang memang tak boleh diubah dari dulu. Walaupun sekarang ni kaki abah sakit, still bekerja. Anak-anak larang pun abah tetap degil. Tapi betul jugak abah cakap, bosan duduk saja kat rumah, anak-anak jauh, cucu-cucu jauh, takde apa nak dibuat, kalau bekerja, sekurang-kurangnya terisi jugak masa harian abah.

Abah ni kalau orang tak kenal dia, akan cakap dia garang. Raut wajahnya memang nampak jenis yang garang, tapi hati dia baik, penyayang dan jenis yang tak boleh dengar anak-anak dalam kesusahan. Walau macam mana sempit, macam mana susah abah waktu tu, anak-anak akan didahulukan. Sayang abah pada anak-anak memang abah tak tunjuk. Tapi anak-anak nampak kasih sayang tu dari mata abah. Mata abah tak pernah menipu. Sayang abah pada anak-anak tak pernah putus. Masih macam dulu dan akan sentiasa berterusan macam tu.

Pengorbanan abah mengerah keringat membesarkan anak-anak, memberi pendidikan sampai anak-anak berjaya cukup besar sampaikan tak terbalas budi abah. Takde apa-apa atau sesiapa pun yang boleh gantikan tempat abah kat dunia ni. Hilang abah umpama hilang nyawa sendiri. InsyaAllah, kalau ada rezeki dan diizinkan Allah, anak-anak abah akan hantar abah dan mak pergi Mekah. Anak-anak abah sayang abah…

6 comments:

  1. eee comel la dak yg tgh tu..
    maz.. wat aku rindu kat abah aku gak.. hehe

    ReplyDelete
  2. jom kongsi cerita abah... (^_^)

    ReplyDelete
  3. selalunya orang banyak bercerita tentang pengorbanan ibu, tapi jangan lupa jasa & pengorbanan seorang ayah..hargailah ayah kita selagi dia masih ada.. :)

    ReplyDelete
  4. hehe..best!
    daddy sa pendiam. garang. cuma bercakap bila ada benda penting ja. Byk sebenarnya cerita pasal daddy sa..
    tp paling penting, daddy sa hensem mcm Dato' Jalaluddin Hassan. Tue sbb daddy sa dapat jadi model masa muda2 dulu. Ini mummy sa yg kasitau.
    Duiinaaa.. rindu ma daddy sa *kesatairmata*

    ReplyDelete
  5. betul tu..tiba-tiba jadi rindu kat abah.. =)

    ReplyDelete