Followers

Thursday, October 20, 2011

Orang Tua Itu..

Assalamualaikum..



Pagi itu seperti biasa maz bangun bersiap untuk mencari rezeki. Masa dalam tren, sewaktu tren tiba di Stesen Damai, masuk 2 orang tua yang kemungkinannya suami isteri dalam lingkungan 60-70 tahun. Memakai pakaian lusuh sambil menarik troli berisi makanan yang siap dibungkus untuk dijual. Waktu tu memang tren penuh sesak. Takde langsung kerusi kosong. Jadi orang tua tu hanya mampu berdiri memaut tiang sambil membetulkan troli supaya tak mengenai orang lain.

Sayu hati bila maz tengok kedua-duanya. Terlintas difikiran, orang tua ni takde anak-anak ke? Kenapa anak-anak biarkan orang tua mereka menjaja makanan setiap hari, menghadap debu asap, bersesak-sesak dengan orang ramai? Kenapa tak diendahkan kesihatan mereka? Tambah-tambah pula cuaca tak menentu sekarang ni. Tak risaukah mereka akan kesihatan orang tua mereka sendiri?


Sepatutnya dalam usia macam ni, orang tua ini hanya duduk dirumah bergoyang kaki sambil bermain dengan cucu. Bukannya mengerah keringat mencari sesuap nasi. Mata ni tak dapat lepas dari melihat orang tua tu.




Tren tiba di Pasar Seni, bersusah payah mereka turun dari tren yang sesak sambil menarik troli. Entah kemana langkah mereka pergi. Hanya Allah sahaja yang tahu. Rasa sayu masih berbekas lagi. Semoga Allah memberi mereka kesihatan yang sempurna untuk meneruskan kehidupan ini. Tren pun berlalu pergi….

* sayangi ibu bapa kerana merekalah syurga kita…




#gambar ehsan dari pakcik google

3 comments:

  1. sukar kalau kita pikirkan.. mana anak2 dia? mana?
    itulah tersuratnya kehidupan mereka berdua. mungkin kisah mudanya kita tak ketahui. mungkin jua mereka tiada warisnya.

    perjalanan mereka mungkin sukar tapi mungkan sukar itu membawa bahgia untuk mereka. apa yang kita boleh lakukan?

    doakan mereka sehat, kuat dalam menempuh kehidupan penuh ranjaunya.

    Allah sayang hamba2Nya yang bersabar ;)

    ReplyDelete
  2. kesiannyaa :( hmmm ,
    mana la anak-anak dye kan .
    huhuu .
    hope dye sentiasa dalam perlindungan Allah :)

    ReplyDelete