Followers

Saturday, November 12, 2011

Tengokla Siri I'm Alive & I Shouldn't Be Alive....

Assalamualaikum…


Dua-dua siri tu memang best. Tapi bukan maz saja nak promosi free kedua-dua siri tu. Apa yang maz nak tekankan di sini adalah moral bagi keduanya. Sama saja iaitu jangan mudah putus asa. Selagi ada nafas, selagi tu teruskan perjuangan untuk hidup. Tak percaya? Tengok dulu kedua-dua siri tu.


Kedua-dua siri ni memaparkan kisah benar yang terjadi kepada mereka. Bila kita tengok situasi yang mereka alami, apa yang kita jangkakan adalah mereka akan mati. Tapi tak. Mereka masih hidup hingga sekarang ni. Situasinya bukan jenis yang biasa-biasa. Ada yang terdampar di gurun kontang tanpa air dan makanan, ada yang terdampar dilautan luas, ada yang dihempap batu besar di dalam hutan tebal, ada yang dihurung ribuan lebah, ada yang diserang beruang di kaki gunung dan macam-macam lagi. Kalau nak diikutkan logik akal, mereka mesti tewas dengan semua tu. Tapi mereka tidak mengalah, tidak berputus asa. Selagi ada nafas, mereka teruskan perjuangan untuk hidup. Selagi badan boleh bergerak, mereka tidak akan duduk diam menanti maut. 



Memang semua cerita tu dari barat, kesahihannya kita tak dapat pastikan. Tapi cuba fikir dari segi positif dan cari moral of the story. Sifat tak putus asa dan tak mudah mengalah mereka yang membuatkan mereka berjuang untuk menyambung nafas hingga ke hari ini dan mereka berjaya. Mereka masih hidup. Walaupun mereka terpaksa mengorbankan sesuatu perkara termasuk anggota badan sendiri. Tapi yang penting pada mereka ialah mereka masih hidup. Semua tu yang menjadi inspirasi kepada maz. Kalau mereka boleh harungi dugaan yang begitu hebat, kenapa tak kita?

Kita sesama manusia, takde beza kudrat, takde beza kekuatan, sama saja. Tapi apa yang membezakan kita ialah sifat tidak putus asa. Itu yang menjadi kekuatan mereka nak harungi semua dugaan tu dan masih hidup untuk menceritakan pengalaman getir mereka. Kalau kita hadapi dugaan yang sama, mampukah kita harunginya?

3 comments: