Followers

Saturday, December 17, 2011

Kabhi Kushi Kabhi Gham vs Qabil Kushri Qabil Igam


Assalamualaikum..







Lenggang … lenggang..
Lenggang ala lenggang kangkung..

Lenggang … lenggang..
Lenggang ala lenggang kangkung..

Muka garang macam beruang..
Rambut pendek hidungnya kembang…

Ingat lagi tak lagu ni? Fenomena ni dah lama. Cerita pun dah lama.


Yang satu tu cerita Hindustan satu lagi cerita melayu.


 

Kedua-duanya best. Muncul saja cerita Hindustan tu, terus muncul cerita melayu. Tapi langsung  takde persamaan dari segi jalan cerita.



Yang Hindustan tu memang semua orang sedia maklum tentang jalan ceritanya tapi yang cerita melayu tu belum tentu semua orang tengokkan? Termasuk maz la.. cerita tu dah lama dah tapi baru kelmarin dapat tengok, tu pun sebab Astro siarkan semula. Kalau tak sampai kesudah memang tak tengok.

Qabil Kushri Qabil Igam.. bila kita tengok tajuk je, for sure orang cakap ni cerita lawak. Tambahan pulak masa tu iklan promotion filem ni menunjukkan babak yang kelakar. Tapi bila tengok filem ni sepenuhnya, jalan cerita yang agak memeranjatkan. Pada awal cerita je yang kita boleh gelak ketawa, tapi bila sampai pertengahan, berjurai-jurai air mata keluar. Sampai ke habis filem pulak tu sedihnya. Semua kesedihan tu berpunca dari dadah..


Ya..dadah musuh utama Negara. Bila kita tengok cerita ni, disebabkan dadah, sebuah kehidupan yang indah hancur berkecai. Impian yang dibina dari kecil, lenyap sekelip mata, tangisan dan air mata menjadi peneman setia.

Kita boleh lihat apa akibatnya jika kita mengambil dadah. Ia bukan sahaja merosakkan diri sendiri, malahan menghancurkan kehidupan kita dan  kehidupan orang disekeliling kita.


Sanggup kita tengok orang yang disekeliling kita menerima akibatnya disebabkan kelalaian kita? Sanggup kita tengok orang yang kita sayang sepenuh hati menderita? Kalau tak sanggup, kenapa kita sanggup ambil dadah? Saja suka-suka? Saja nak mencuba? Alasan tu yang akan membawa padah. Fikir-fikirkan la..

4 comments:

  1. Mula-mula tengok cite tu dulu ingatkan cite lawak n cite yg ringan2 je. tup2, tragis betul endingnye. huuhuhu.

    ReplyDelete
  2. dua-dua best! tapi kabhi kushie sedeyh nya memang takde cite boleh lawan! ehehe! Shah Rukh Khan hemsem tuu! :p

    ReplyDelete
  3. mase 1st time tgk hindustan nie.. nangis beriye taw! haha..

    ReplyDelete