Followers

Saturday, March 31, 2012

Melangkah Ke Fasa Baru..

Assalamualaikum..





Rasanya lama dah tak update apa-apa kat blog ni. Sejak shoutmix non available macam semangat untuk terus menulis hilang sekejap. Tengok blog orang lain je. Tapi bila fikir balik, sebenarnya banyak cerita yang tak terluah, yang tak terkeluar,  duk terpendam je dalam hati. Sepanjang tak menulis ni macam-macam perkara yang berlaku, banyak benda yang nak dikongsikan sebenarnya.





Pertamanya sekali, maz baru memasuki fasa baru, bukan berkahwin, Cuma baru saja bertunang. Majlis kecil-kecilan je, yelah, kami sama-sama orang kampung, tak reti nak buat majlis yang grand-grand hehehe nanti masa majlis kahwin nanti baru buat yang grand kot, insyaAllah kalau ada rezeki lebih. Alhamdulillah hubungan maz dengan sayang maz bertahan sampai sekarang dan keluarga merestui hubungan kami. Semoga Allah mengekalkan hubungan kami hingga ke akhir hayat kami. Amin…

Bila dah menjadi tunangan orang ni, ramai orang kata sekarang ni tengah darah manis. Maz mula-mula dengar je, macam acuh tak acuh je, sekali dah terkena, baru maz tau, betul-betul penangan darah manis ni, mana taknya, malam tu je dah ada tragedy yang tak berapa nak ngeri.. Contact lens pecah dalam mata. Ingatkan habuk mana yang masuk dalam mata ni besar semacam. Rupanya contact lens pecah. Habis sebotol eye more nak keluarkan cebisan contact lens tu. Payah jugak nak keluarkan. Sekali pecah 4, tak ke naya. 3 cebisan dah keluar dah. Nak keluarkan cebisan yang last tu pulak tak lepas. Eye more dah habis, nak buat macam mana, nak tak nak terpaksa tidur dengan cebisan contact lens dalam mata. Esok paginya pergi tilik betul-betul kat cermin, baru nampak mana contact lens tu, terus tarik keluar. Naya sungguh.




Tu yang pertama, yang kedua pulak sikit lagi nak kena langgar dengan lori, tapi memang salah lori tu, maz berjalan dekat zebra cross tu dan kat situ mana boleh drive laju. Yang lori tu pulak lajunya macam nak kejar apa entah. Sikit lagi nak kena. Tapi lori tu memang kurang ajar, bukan nak say sorry ke apa ke, blah gitu je. (Sumpah ko kang tau la nasib ko lori). Bila maz tanya kawan maz, memang orang darah manis ni memang selalu nak kena langgar ke. Diorang gelakkan maz. Diorang cakap maz merepek. Bukan merepek, tanya je, tak salahkan tanya????
Macam tu la sedikit sebanyak cerita sepanjang tempoh maz berdiam diri. Banyak lagi yang maz nak cerita. Akan datang nant la ye. Tunggu…. Hehhehe… Sampai sini je. Wassalam…­(^_^)

7 comments:

  1. uish bahaya tu cik maz..anyway tahniah dh btunang ye :)

    ReplyDelete
  2. untung lah.. :) tahniah dear..

    ReplyDelete
  3. macih ikan patin n izfanora...(^_^)

    ReplyDelete
  4. tahniah.

    Yang benar,

    kakCT

    (macam tulis cinta dolu2 lak...hihihi)

    ReplyDelete
  5. oooo dh smpai fasa baru tu?patut la manis benor takut semut hurung yer..hehe
    ape pun tahniah yerr...nti kndurik jgn lupe jemput smua polowers :)

    termasuk sy lerrr.... :p

    ReplyDelete
  6. peewwwwiiitttttt!!!!! awek mano ni jang!! hahaha..

    ReplyDelete