Assalamualaikum..
Semalam maz dengan kawan-kawan naik Bukit Broga di Semenyih, nak tengok matahari naik. Punyalah ramai orang, kalaunak ikutkan mau beratus-ratus jugak orang yang naik Bukit Broga semalam.
Tapi Alhamdulillah kami dapat tempat duduk yang selesa untuk kami berehat sementara tunggu matahari naik. Hajat kawan sorang tu nak solat subuh atas batu pun tercapai. Mujur antara kami bawa sejadah dan air untuk ambil wudhuk. Jadi takde alasan untuk skip solat subuh. Walau apa yang kita buat dan dimana, jangan tinggal solat.Ingat ya.
Berbalik pada topik tadi. Selepas menikmati keindahan ciptaan Allah, melihat matahari naik perlahan dan snap beberapa gambar, kami meneruskan perjalanan dari puncak Bukit Broga ke puncak Gunung Tok Wan, 3.1 km dari dari puncak Broga. Letih tak letih la mendaki, nak turun balik menggigil kaki. Bila dah turun tu baru terdengar cerita ada budak masuk hospital. Kita doakan dia semoga selamat.
Tu serba sedikit apa aktiviti maz semalam. Tapi bukan tu yang maz nak tekankan. Sebenarnya semalam maz keluar awal pagi. Memang dah plan nak keluar rumah pukul 4 pagi. Tapi tanpa pengetahuan sesiapa. Bukan apa, maz tak nak bagitahu sebab tak nak kakak maz tak bagi. Sebab kadang-kadang kena dengan angin dia, memang dia tak bagi maz pergi. Habis punah segala plan kang. Bangun pagi tu, mandi pun x rupa mandi. Bukak air pun sopan gila, sebab tak nak kakak dengar. Sekali bila dah siap-siap tu, tinggal nak melangkah keluar bilik, tiba-tiba kakak ketuk bilik suruh bukak pintu. Nah Kau!! Terkantoi sudah... "Kau nak kemana dik?" Soalan kakak tu berat gila nak jawab. Nak tak nak terpaksa terus terang. Kakak nampak macam hangin jugak, tapi dia bagi jugak pergi. Maz pelik kenapa tiba-tiba dia bangun pepagi buta gitu. Rupa-rupanya dia nak balik kampung, pak mentua dia sakit. Nasib baik dia bagi pergi..Fuhhh!!! Lega....
Moral of the story kat sini. Nak pergi mana-mana kena bagitahu. Korang soroklah macam mana sekalipun, akan kantoi jugak. Percayalah (berdasarkan pengalaman sendiri). Bukan bermaksud keluarga nak kontrol aktiviti kita, tapi atleast kalau apa-apa terjadi, diorang tahu mana nak cari kita. Boleh tolong kita. Sekarang ni macam-macam dah terjadi, jadi beringatlah sebelum terkena.
Wassalam
salam cik maz
ReplyDeletemmg patut pon bagitau, senang nak cari
kalau jadi apa2... yg penting tak sshkn
hati org yg syg pada kita... (^_^) ~
nanti kang sape yg susah?
ReplyDeletewah.. bestnyer mendaki.. xajak pun yer..
ReplyDeletesalam kenal...nama kita sama la....twin tapi tak serupa...hehe
ReplyDeletesalam..apa yang syok bukit tu.........
ReplyDeletecik maz....kenapa x snap matahari naik....mesti cantik kan...!!!
ReplyDeleteerm..budak tu patah tulang blakang kn??
ReplyDeletenk naik broga tp ujan je..hehe
huhu..tgginye..gayat je..:)
ReplyDeleteaaaaa.... besh besh besh!! saye naek sampai puncak yg ade papan tanda bukit broga tuh.. :)
ReplyDeleteaaa teringin nk panjat broga hill..bkn takot tak larat nk panjat..tp takot tak larat nk bangun jer...4 pagiiii tue.. :P
ReplyDeleteErr..SkY pun naik Broga semalam..entah2 lalu sebelah ape?? ahaha :-p nanti SkY update psl naik broga ni ehehe
ReplyDeletebest nyer.....nak ge jugak lah...kak maz bwk ye...hehe
ReplyDeletehurm.. broga hill.. BL pon belum samapi g tempat ni.. pe2 hal betol la tu.. kena kasi taw especially kat parents.. bukan pasal kena kontrol ka apa ka.. tapi tanda kita hormat mereka.. hehe :D
ReplyDeletehah, lain kali bagitahu dulu ye. hihi. nti kalo jd apa² semua org jgk ssh.
ReplyDeletep/s; nice entry.
cantiknya pemandangan kt bukit tu..
ReplyDeletewow bagus la..time sembahyang korang tetap sembahyang....gud2
ReplyDelete