Assalamualaikum..
Sebenarnya tanpa kita sedar banyak benda boleh berlaku dalam lift dan banyak jugak habit yang buatkan orang lain yang berada dalam lift rimas dengan kita. Lift ni kegunaan awam, jadi jangan la sampai orang rasa macam nak tendang korang keluar. Apa yang maz perasan kat sini lift ni semakin disalah gunakan dikalangan kita.
First yang maz perasan, budak-budak sekarang menjadikan lift ni macam white board kat sekolah. Duk conteng sana sini dengan perkataan yang tak sepatutnya diucapkan. Mana yang letak no telefon la, mana yang duk maki mencaci orang la. Tak ke benda tu merimaskan mata. Dah elok-elok lift tu bersih, cantik, dicontengnya dengan perkataan yang bukan-bukan. Dibuatnya kalau budak kecik tanya pada mak ayah diorang " mama mama b*****t tu apa?" tak ke haru mak ayah diorang nak jawab. Kalau just bertanya ok lagi, kalau diorang terikut pulak, duk mencarut bahasa-bahasa gitu, elok ke?
Tu satu hal. Ada lagi.. Kadang kala bila kita masuk lift, ada sesetengah orang ni habit dia suka sangat duk dekat-dekat dengan button nak tekan. Kalau boleh dia mencium button tu. Kan ke dah menyusahkan orang lain nak menekan button. Kalau orang tersentuh badan dia tahu pulak marah. Yang p duk dekat-dekat dengan button tu siapa suruh. Fikir la sikit, orang lain pun nak tekan button tu jugak, bukan awak sorang. Kalau ye pun ramai orang & dah takde ruang lagi, pandang-pandang la ke belakang, mana tahu kot-kot ada yang nak mintak tolong tekan kan button, atleast korang dapat pahala tolong orang. Jangan terus melekat kat button tu, kang orang menjerit kat korang, korang jugak yang segan.
Lagi satu habit paling maz tak gemar kalau ada orang buat. Duk main-main dengan button kecemasan. Button tu kegunaannya bila ada kecemasan, lift stuck ke, apa-apa ke, bukan untuk dibuat main-main. Lift ni bukan playground. Let say kalau korang main-mainkan button kecemasan tu, mula-mula pak guard mesti akan periksa masalah, dan bila diorang tengok korang duk main-main, boleh jadi lepas ni kalau ada kes yang betul-betul kecemasan, korang ingat pak guard nak peduli? Diorang dah set mind, ah..ni budak main-main, tak pasal-pasal ada yang meninggal dalam lift tu kang. Semua tu salah siapa? Fikir sikit, korang dah besar, bukan budak kecik yang perlu dimarah sentiasa.
Tu belum campur yang bau hancing dalam lift lagi. Agaknya tak sempat ke tandas, dalam lift pun jadi lah kan. Yang merokok pun satu hal. Dia nak bagi orang satu lift tu kena kanser paru-paru agaknya. Jangan kata stop setakat iu saje. Kejadian jenayah dalam lift pun boleh berlaku. Mana yang mencuri, mana yang merompak. Nauzubillah, minta dijauhkan semua perkara dasyat tu.
Yang couple-couple ni pun satu hal, ni maz malas nak sebut, paham-paham sendiri la. Lift ni kegunaan awam. Jaga la dia, pelihara la dia elok-elok. Kang kalau rosak, korang jugak yang susah. Bila rosak pandai korang merungut, tapi bila elok, tak reti nak jaga. Fikir-fikirkanlah.
Wassalam
xkn lif smpai pecah cmtue kak
ReplyDeletegambar tu sebagai hiasan..
ReplyDeletebtol2..
ReplyDeleteyg suke duk dkt ngan button..
haish2 xfhm tol..
emm ada lift kat wangsa maju.. siap tulis mencarot lagi.. ya ALLAh.. folo cikmaz
ReplyDeleteade satu lagi nk tambah..kan ade sesetengah lift kan button dia sensitif gara2 sampai nk cium button tu duk depan sgt abis badan tersentuh semua floor dh lagi satu keje lift tu berhenti setiap floor kan lambat kalau orang nk cepattt
ReplyDeletechinatsu : dorg duk nak lekat dgn button tu ..mcm mn org lain nak tekan .
ReplyDeletebun : keje org terlebih pndi la tu..tq..maz follow balik
iris : tu pun 1 hal jugak..kadang2 budak2 kecik pun degil..p tekan semua button..hangin tul..tq for the point dear..
tu la. samer la kat flat yang sy stay nih.. kekadang ada gak yang buat mcm rumah sendiri, buang segala yang leh dibuang kat situ tanpa rasa bersalah. huhu
ReplyDeletebetol tue awk..
ReplyDeletermai antara kite yg sering menyalahgunakan lift..
anyway pollow ur blog ek..nice to read..
hehehe..lift tu ape eh...gurau dalame xnaik lift the3
ReplyDeletesebbaik la aku tak perlu berhadapan dgn lif setiap hari....
ReplyDeleteayoyoo gerunnyer tengokk lift terburai macam tuhhh...boleh fobia naik lift hoo kalo terkena macam tuhh..
ReplyDeleteperghh! klu bau hancing tuh mmg xley blah ahh!
ReplyDeletehahaha kali kaw2 punya cik maz bagi...yang kisah 69 x leh tahan dah conteng dekat lift dengan perkataan ;dilarang menconteng;....
ReplyDeletehabih dia tulis kat lift nak buat apa...?bengong