Followers

Sunday, January 16, 2011

Pantau Aktiviti Anak Anda..

Assalamualaikum


Sebelum ni maz pernah post tentang kanak-kanak yang bermain basikal kat jalan raya. ( Bagi follower maz yang ikut maz dari blog yang lama,diorang akan tahu entry yang mana satu ). Kali ni maz nak bercerita tentang permainan anak-anak di rumah. Memang anak-anak ni bila diorang duduk rumah, keselamatan mereka lebih terjamin. Tapi bukan bermaksud kita boleh biarkan mereka bermain sendiri. Kena jugak pantau apa yang mereka main, apa yang mereka gunakan untuk bermain.



Maz pernah terlihat satu babak cerita di mana anak-anak dibiarkan bermain sendirian. Ayah dan ibu tak bersama bermain. Ibu tengah masak, ayah tengah basuh kereta diluar rumah. Tiba-tiba anak yang sulong berlari pada ayahnya mengatakan adiknya pengsan secara tiba-tiba dan keluar darah dari hidungnya. Ibu dan ayahnya tu kelam kabut menghantar anak yang bongsu pergi ke hospital. Doktor mengesahkan terdapat kecedaraan dalaman pada anak bongsu dan tak dapat diselamatkan. Ibu dan ayah ni pelik, macam mana boleh ada kecederaan dalaman yang teruk sedangkan mereka bermain dalam rumah. Apabila mereka bertanya pada anak sulong, baru lah anak sulong ni mengaku yang mereka bermain ala-ala gusti WWE.

Sebab tu maz kata, kena pantau setiap pergerakan anak-anak. Walaupun dalam rumah. Macam-macam boleh berlaku. Lebih-lebih lagi kalau anak-anak ni pernah tengok filem aksi, jadi mereka ingin mencuba. Naluri kanak-kanak, semua benda dia nak try kan. Tak tahu benda tu bahaya ke tak. Jadi sebagai ibu bapa, kena alert and sentiasa pantau apa yang anak-anak buat. Bak kata orang, menyesal kemudian tak guna.

Wassalam



6 comments:

  1. Menakutkan. Kena ambil note ni. Tu pun kalau dah kahwin dalam masa 10 tahun akan datang.

    ReplyDelete
  2. bahaya btol...yg dalaman yg bahaya sbb x nampak..

    ReplyDelete
  3. 2la psl. ~ ishk3.. ibu bapa kna mainkn peranan penting nie..

    ReplyDelete
  4. Haha! Saya penah tombstone sebijik kat adik saya dulu masa kecik2 ala ala undertaker WWF tuh. mmg pengaruh tv. tak pk adik sakit ke tak. nasib bek tak patah pala dier.

    ReplyDelete
  5. salam, sekarang merupakan zaman yang tidak selamat bagi anak2 jika tidak dipantau....

    ReplyDelete
  6. Nice Entry..thanks ya for information =_=..Banyak betul gud info disini..Jangan anggap rumah itu selmat jika tiada pengawasan..huhuh =_= <--adik sepupu saya pernah telkat kepalanya di pintu gril.. huhu.. neway .ha..SkY fOllow blog ni ya..visit Story pOndOk KeciL untuk ketahui rahsa terkini =_=

    ReplyDelete