Followers

Friday, January 28, 2011

Kasih Seorang Ayah

Assalamualaikum..

Dalam blog lama maz, maz pernah ceritakan nilai seorang ibu di mata anak. (Sayangnya blog lama dijangkiti virus, tak boleh nak bukak). Kali ni maz nak bercerita tentang kasih seorang ayah. Maz baru saja blogwalk menyinggah suka suki ke blog orang. Tiba - tiba maz terlihat 1 gambar yang meruntun hati. 



Gambar ni maz ambil dari blog mrnamie. Maz sedih sangat tengok gambar ni. Betapa tinggi nilai kasih seorang ayah. Walaupun masih dalam tahanan, siap dengan kepala berserkup dan entah apa hukuman yang menantinya, dia masih memeluk dan menenangkan anaknya. Entah apa yang diperkatakan. Barangkali dia memujuk supaya anak ini tabah menghadapi dugaan, redha dengan ketentuan. Tinggi kasih seorang ayah tak ternilai dari segalanya. Walaupun nyawanya sendiri dihujung tanduk tapi dia masih mampu menyalur kasih agar anaknya mengerti erti kehidupan sebenar. 

Tapi bagaimana dengan kehidupan di sekeliling kita? Andai kata kita mengalami nasib yang sama, apa yang kita akan buat? Meratap? Meraung? Sedangkan waktu sekarang ni yang masih aman damai, kita berbunuh sesama sendiri. Anak bunuh ayah, ibu bunuh anak, cucu bunuh atuk. Senario inikah yang patutnya berlaku? Di mana fikiran akal yang waras? Berajakan nafsu bersultan amarah sampai tidak kenal erti kemanusiaan. Kita sepatutnya bersyukur, negara kita tidak berperang, tidak dijajah anasir busuk dari luar sana, tapi macam mana cara kita bersyukur? Dengan cara menganiaya antara satu sama lain? 

Memang apabila isu ini diketengahkan, semua orang menafikan. Tapi lihat la sendiri di akhbar. Setiap hari berita pasal berbunuhan berlaku. Nyawa manusia sekarang ni seoalah-olah tak bernilai. Cukup mudah mencabut nyawa orang seperti anak patung. Sedangkan binatang pun saling membantu ketika dalam kesusahan walaupun berlainan jenis. Tak boleh ke kita ambil iktibar dari keadaan sekeliling?


Belajar untuk berfikir sebelum terlambat. Gunakan akal yang waras. Bukan gunakan hati yang penuh hasad dengki. Penuhkan hati dengan sifat menyayangi. Tak salah kalau kita mulakannya dari sekarang. Pepatah Inggeris, better late then never. Rasanya ayat tu cukup mudah untuk difahami kan?

21 comments:

  1. sape2 tgk gambar tu pastinye meruntun hati.. serius, sedeh sgt :(

    ReplyDelete
  2. tinggninya nilai kasih sayang seorang ayah..

    ReplyDelete
  3. gambo tu mmg menyentuh hati...x tau klu ada yg x terkesan dgn gambo tu

    ReplyDelete
  4. huhu..dulu de tengok gak kak..memang sedih... :((

    ReplyDelete
  5. sebaknye. bergenang air mate. :( :(

    ReplyDelete
  6. kesian kan anak dier..
    mesti sedih lihat ayah dier

    ReplyDelete
  7. wah!!! rindu kat baba cacing =(

    ReplyDelete
  8. huhu mmg tersentuh gila tgk gambar tu...huhu

    ReplyDelete
  9. 5 hari lepas, genap setahun ayah Syah pergi meninggalkan Syah buat selamanya..terima kasih dgn entry ini..

    ReplyDelete
  10. huwaaaaa!! :(
    dh la sekarang mudah emo...

    ReplyDelete
  11. teringat kat arwah ayah..huhu..='(

    ReplyDelete
  12. tak tau nak komen apa sebab gambar tu memang sedey. sayang kat ayah!!!

    ReplyDelete
  13. menitis air mata anis baca entry ni...:(
    sedeynya...

    ReplyDelete
  14. mai ai sedih nyer entry kali nie...

    ReplyDelete
  15. sedihnya, dah lah ayah kita dah meninggal :(

    ReplyDelete