Assalamualaikum
Rindunya nak update blog, tapi tak sempat-sempat. Bukan tak sempat apanya, tapi sebab balik kampung seminggu. Tu yang tak dapat nak update. Ni pun masih di kampung. Nasib baik kakak maz bawakkan berukband ni, dapat la nak online. Tapi linenye aduhaiiii.. tahap serupa je macam siput berlari. Paham-paham je la tahapnya macam mana.
Tapi lembab-lembab pun still boleh online lagi cuma kadang-kadang no connection langsung, almaklumlah kampung maz ni agak ke dalam sikit, line gprs je sampai, 3G belum ada lagi. Tu yang nak update blog asyik terbantut je. Bila datang idea, tapi dan-dan tu jugak lost connection, perghh dia punye tahap geram tu rasa macam nak hempas-hempas laptop ni. Tapi memang sumpah bangang yang teramat kalau line punya pasal tapi laptop jadi mangsa. Walaupun laptop ni dah 4 5 6 kali format, virus pun pernah berternak kat dalam ni, tapi still bernilai jugak. Abah maz jual lori tau nak belikan maz laptop ni. Tu yang sayang sangat laptop ni, ada sentimental value.
Tang tu yang maz nak cerita ni. Kadangkala tanpa kita sedar kita tak hargai terlepas pandang dengan barang pemberian orang. Bukan semuanya la, maybe sebahagian daripadanya. Tipu la kalau dalam seumur hidup ni kita langsung tak dapat apa-apa contohnya macam hadiah hari jadi ke apa-apa ke mesti ada kan. Walaupun benda tu kita tak guna sangat, tapi jangan la terus abaikan, sekali-sekala gunakan la, atleast orang yang memberi tu terasa dihargai sebab barang pemberian darinya kita gunakan. Bukan terus simpan dan tak guna langsung. Secara tak langsung kita lebih mengeratkan perhubungankan, mana tau kot-kot lepas ni dapat lagi, tak gitu, huhuhuh..
Main point is, hargai walau apa pun yang kita dapat daripada sesiapa sahaja. Jaga elok-elok sebagai mana kita jaga diri sendiri, Percayalah, bila kita tengok balik barang tersebut, kita mesti ingat setiap kenangan yang ada pada barang tu. Dan secara tak langsung kita akan tersenyum.
betol2..kena hargai pemberian orng wlopon bnda itu semang nak didapti kerana orng memberikan itu dengan niat tulus ikhlas untuk memberi..so, kita kne hargai..
ReplyDeletesaya memanglah menghargai pemberian orang tapi barang tu macam tak terjaga and selalu hilang =.=
ReplyDeleteawe suka simpan hadiah atau apa2 yang org bagi...dalam kotak hadiah penuh..awe beli kotak cantik2 dan isi kan..hehe..bila tgk2 bali ada surat pakwe lama lagi..hahah...
ReplyDeletemak abah awe suka simpan gift dpt orang kawin
jangan buang yang lama kalau dapat yang baru.
ReplyDeletetapi surat khabar lama kenalah jual kalau tak nanti tertimpa diri sendiri..hihi