Followers

Friday, February 25, 2011

High Heeled...Cantik Tapi.....

Assalamualaikum


High heeled...memang cantik. Sekarang ni wanita-wanita korporat memang sentiasa pakai high heeled ni. Jangan kata wanita korporat, budak IPT, budak sekolah menengah, silap-silap budak sekolah rendah pun pakai. Macam-macam jenis, colour dan style yang ada sekarang ni. Sebut saja la jenama apa, Vinci, Verns macam-macam lah, payah nak sebut semua, mau tergeliat lidah. Baru kata pasal jenama belum lagi cakap pasal tingginya berapa, tutup penuh ke, petak ke tajam ke, bak kata tok wan, macam-macam adaaaa.

Tapi ada apa sebenarnya dengan high heeled? Kenapa wanita sekarang duk terkejar-kejar nak pakai high heeled macam ni?

Thursday, February 24, 2011

Perkahwinan..Bersediakah Kita Menghadapinya?

Assalamualaikum

Lama betul rasanya tinggalkan blog ni. Nasib baik takde sarang labah-labah. Kalau ada, entah macam mana nak bersihkan. Pejam celik pejam celik mau dekat sebulan lebih jugak la tak post apa-apa. Tak sempat. Lagipun takde internet kat kampung. Jangan kata blog, fb pun dah lama x jengah. Bila buka fb, notification berlambak-lambak. Rasa tak larat nak baca semua. 

Lupa nak cerita kenapa blog ni dah lama tak diupdate. Sebenarnya abang maz baru saja diijabkabul dengan puteri pilihan dia. Orang Temerloh gitu. Alhamdulillah semoga perkahwinan mereka dirahmati Allah dan berkekalan hingga ke anak cucu cicit piut segala bagai gitu la. 


Dalam masa yang sama ada jugak kawan yang hantar wedding card, tapi tak sempat nak pergi sebab nak uruskan majlis sambut menantu kat rumah pulak. Meriah jugak la majlis, ramai orang datang. Seronok tengok. Tapi paling-paling best sebab bff2 kesayangan maz sudi datang dari jauh. Bayangkan la 6 orang naik kereta Myvi 3 jam dari KL ke Segamat. Rasa terima kasih yang tak terhingga pada diorang semua. 



Friday, January 28, 2011

Erti Sebuah Kehidupan..

Assalamualaikum


Balik dari kerja tadi, macam-macam senario gelagat manusia singgah di mata. Dalam perjalanan yang pendek tu, bermacam-macam kerenah dipamerkan oleh insan sekeliling. Kelihatan seorang bapa membawa bakul berisi nasi lemak di kiri kanan tangannya, menjaja dari sebuah kedai ke sebuah kedai mencari sesuap nasi cukup meruntun hati, cekal seorang bapa mencari rezeki halal demi keluarga tercinta memberi pengajaran kepada maz tentang semangat juang dalam hidup demi mencapai sebuah kebahagiaan. Tanpa segan silu si bapa bertanya dari seorang ke seorang samada mahu membeli nasi lemak yang dijual, bila orang itu menggeleng, si bapa masih lagi mampu tersenyum. Mungkin di fikirannya, tidak mengapalah, bukan rezeki aku hari ini. Namun si bapa tidak berputus asa, berpindah ke tempat lain menjaja nasi lemak dengan harapan ada yang membeli. Senario tu maz tinggalkan di situ.

Kasih Seorang Ayah

Assalamualaikum..

Dalam blog lama maz, maz pernah ceritakan nilai seorang ibu di mata anak. (Sayangnya blog lama dijangkiti virus, tak boleh nak bukak). Kali ni maz nak bercerita tentang kasih seorang ayah. Maz baru saja blogwalk menyinggah suka suki ke blog orang. Tiba - tiba maz terlihat 1 gambar yang meruntun hati. 

Tuesday, January 25, 2011

Habit Dalam Lift Yang Perlu Dielakkan

Assalamualaikum..


Sebenarnya tanpa kita sedar banyak benda boleh berlaku dalam lift dan banyak jugak habit yang buatkan orang lain yang berada dalam lift rimas dengan kita. Lift ni kegunaan awam, jadi jangan la sampai orang rasa macam nak tendang korang keluar. Apa yang maz perasan kat sini lift ni semakin disalah gunakan dikalangan kita.

Friday, January 21, 2011

Haaaa....Kan Dah Kantoi!!!

Assalamualaikum..


Semalam maz dengan kawan-kawan naik Bukit Broga di Semenyih, nak tengok matahari naik. Punyalah ramai orang, kalaunak ikutkan mau beratus-ratus jugak orang yang naik Bukit Broga semalam. 

Tuesday, January 18, 2011

Aku Dah Mula Boring

Assalamualaikum


Serius, maz dah mula boring. Boring yang amat sangat. Cukup-cukuplah bagi honeymoon kat maz. Bagi la maz kerja. Rindu gila zaman busy tak cukup tangan nak siapkan quotation segala bagai. La ni memang ada, tapi tersangat la kurang. Memang la kerja bila deal dengan gov, lepas bulan 3 baru busy sebab depa belum masuk budget lagi. Selagi depa x masuk budget, selagi tu la kitorang tak dapat job, dan selagi tu la maz melangut. Nak update blog takde idea. Balik-balik tambah koleksi resepi n petua. Mau biol otak kejap. Youtube tu dah beratus-ratus kali masuk, BW kat blog orang, baca, mana yang lawak gelak, mana yang sedih, duk diam, takkan nak nangis tiba-tiba kat opis kot. Tapi serius, otak dah penat nak buat benda yang sama. I need something new.