Followers

Wednesday, May 4, 2011

Fakta Atau Auta ? Part 2

Assalamualaikum..




Sebelum ni maz ada postkan mengenai fakta atau auta part 1 (klik sini) . Kali ni maz nak postkan untuk part 2 pulak.

1)
Amalan meletakkan gambar organ-organ yang rosak akibat merokok pada kotak rokok seperti yang dilakukan oleh negara kita sekarang telah dpraktikkan oleh negara Kanada sejak 2001.

2)
Apabila Perang Dunia Kedua berakhir, penduduk Jerman terkejut keran didapati jumlah kapal terbang tentera negara itu melebihi daripada jumlah yang mereka miliki sebelum peperangan tercetus.



3)
Kesemua bulan dalam sistem solar kita dinamakan sempena mitos Greek dan Roman, kecuali bulan-bulan disekeliling planet Uranus yang dinamakan mengikut watak-watak dalam drama Shakespeare.

4)
Semua abjad utama dalam dunia ini telah dikembangkan daripada satu abjad yang dicipta 3,600 tahun dahulu di Timur Tengah. Ia dikenali sebagai Abjad Semitik Utara.

5)
Aligator boleh hidup lebih dari 100 tahun.

6)
Hampir tiada pengecualian, lembu-lembu diperah susunya di sebelah kanan. Sebabnya ialah sejak perusahaan tenusu bermula, kebanyakkan penternak menggunakan tangan kanan untuk memerah susu. Satu lagi alasan adalah lebih mudah untuk orang yang menggunakan tangan kanan itu menjalankan kerja memerah dari  sebelah sebelah kanan juga.

7)
Sungguhpun nama "Argentina" bermakna 'Bumi Perak' (argent = perak), sebenarnya terdapat sedikit sahaja perak di negara di negara tersebut. Ia berlaku akibat kesilapan para penjajah yang menyangkakan mereka melihat banyak perak di Argentina.

8)
Sungguhpun para penjelajah membawa pulang ubi kentang dari Dunia Baru pada awal tahun 1500, orang Eropah takut untuk memakannya kerana bimbang akan dijangkiti penyakit kusta. Kepercayaan karut ini berakhir apabila Louis XVI (Raja Perancis 177492), yang sedang  mencari sumber makanan murah untuk diberikan kepada pembantu-pembantunya yang kelaparan, telah menghidangkan kentang untuk mereka. Sejak itu orang ramai yakin makan ubi kentang itu selamat.

9)
Pada zaman kemuncak kegemilangan kota Greek di bawah pemerintahan Sparta sekita tahun 400 Sebelum Masihi, kota itu mempunyai 500,000 orang hamba. Angka itu sangat menakutkan kerana itu penduduk kota Greek hanyala sekitar 25,000 orang sahaja.

10)
Ada persamaan cara kematian 3 nama terkenal iaitu Attila The Hun (penakluk Eropah pada tahun 406-453), Felix Faure ( Presiden Perancis yang memerintah sekit5ar tahun 1841-1899) dan Pope Leo VIII, (Paderi Roman Katolik dari tahun 963-965). Ketiga-tiga mereka mati ketika mengadakan hubungan kelamin.

10 comments:

  1. aligator hidup lame uuu...=)

    ReplyDelete
  2. Aligator hidup lama kerana ia pemakan bangkai. Siapa mahu hidup lama boleh berkongsi tips itu...

    ReplyDelete
  3. klo macam saya kidal boleh la perah susu sebelah kiri kan ? hehehe

    ReplyDelete
  4. erkk..makan bangkai mungkin awet muda cam aligator :D

    ReplyDelete
  5. klu negeri Perak asalnya bnyak perak ker agak2nya

    ReplyDelete
  6. nice info cik mas :)

    syieda follow .. :)

    ReplyDelete
  7. lamanye aligator hidup...buaya darat hidup bape lama plak? hehe..

    ReplyDelete
  8. mcm mana bole ada 500,000 hamba ek ? 2x ganda dr pnduduk asal tu .. musykil ni .

    ReplyDelete