Followers

Monday, December 20, 2010

Bermula Sekali Lagi..



Assalamualaikum

Bagi yang tak kenal maz mungkin akan anggap maz blogger yang baru nak masuk dunia blogging, tapi sebenarnya tak. Maz dah masuk dunia blogging sejak beberapa bulan yang lepas. Tapi disebabkan masalah apa entah, blog maz tak dapat dimasuki. Sedih sangat bila baca entry-entry lama. Rindu nak berblogging sentiasa membuak dalam dada. Tangan ni duk gatal nak menaip di atas keybord. Tapi nak buat macam mana kan. Terima sajalah suratan takdir.

Asalnya maz nak berhijrah dari blogspot ke wordpress. Tapi disebabkan wordpress ni banyak sangat seliratnya dan kekangan kewangan pun menjadi punca maz tak dapat nak buat blog guna wordpress maka maz decide untuk guna blogspot saja. Tak pelah, lagipun maz cuma sekadar nak bercerita dan nak berkongsi sesuatu perkara. Sesetengah orang gunakan wordpress sebab ada antaranya memang serius berblogging dan ada juga yang gunakannya untuk berbisnes. Tapi kalau setakat nak bercerita macam maz ni, blogspot pun jadilah kan. 


Bagi blogger yang dah lama, memang diorang semua akan guna wordpress, tapi InsyaAllah maz akan gunakan blogspot saja kot (tak pasti). Tengok la keadaan, ada rezeki maz akan berhijrah, takde rezeki, stay saja di blogspot ni. Lagipun tujuan maz berblogging memang untuk bercerita, untuk berkongsi dan kadangkala untuk meluahkan rasa isi hati ni. 

Menyentuh bab meluahkan rasa hati. Blog ni macam diari pada seseorang. Macam maz juga, walaupun maz ada kekasih dan juga sahabat. Kadangkala apa yang maz nak cerita, maz tak boleh bercerita pada sesiapa. Sebab kadangkala ia tidak mampu diluahkan melalui kata-kata. Hanya jari-jari ini saja yang mampu membicarakannya, keyboard dijadikan sebagai mata pena dan blog ini paparannya. Walaupun blog ni tidak membalas balik apa yang kita katakan, tapi sekurang-kurangnya maz puas sebab maz sudah pun meluahkan apa yang  terbuku di isi hati ini. 

Dah terlampau panjang pulak untuk entry permulaan blog baru maz ni. Ampun dan maaf maz ucapkan andai kata tesentuh dengan luahan maz kali ini. Sehingga berjumpa lagi.

Wassalam

5 comments: