Followers

Monday, November 26, 2012

Tau tak adab berniaga?


Kita ni orang melayu, penuh dengan adab dan tatasusila. Tapi makin lama makin hilang adab tu. Kadang-kadang bukan adab yang ditonjolkan. Biadap yang didahulukan. 

Tuesday, November 20, 2012

Hidup Tak Selamanya Mendongak Ke Langit..



Istilah tu dah sebati dalam jiwa semua manusia. Tapi kenapa masih ada yang lupa. Bila dah senang, lupa yang dalam kesusahan, bila dah berada di atas, lupa nak memandang yang di bawah, bila dah kaya, lupa yang miskin. Bukan setakat tu, budi bahasa pun dilupakan sekali.

Tuesday, November 13, 2012

kau ada???????????

Assalamualaikum..


Lama sungguh tak update blog ni. Ampun sangat-sangat. Blog ni kalau boleh bercakap. Merajuk dia.Lama dah tak update. Bukan apa, masa seakan-akan cemburu dengan Maz. Asyik tak menyempat je nak update. Maz sekarang dah bertukar department, dari litigation ke conveyencing. Siapa yang kerja bahagian legal firm akan faham apa yang maz maksudkan. Mana yang tak faham senang cerita dari bahagian saman orang ke bahagian buat loan document. Kerja seharian tak pernah berkurangan. Makin bertambah ada la. seminggu paling kurang 3 kali mesti ot. Balik umah kompom-kompom badan dah out of service. Langsung dah tak daya. Nak buat macam mana. Nak kahwin la katakan. Kerja kena lebih. Ok, stop merapu.

Apa yang Maz nak cerita kat sini adalah berpunca dengan satu ayat "KAU ADA????" Ungkapan tu makin popular sekarang. Tak kira la pada golongan mana. Baik yang kecik umur 7 8 tahun sampai la yang dah berumur. Memang ayat tu simple. Tapi maksudnya memang makan dalam. 

Thursday, May 31, 2012

Pelapis Negara...




Anak-anak muda adalah pelapis Negara kita yang akan mencorakkan Negara di masa hadapan. Tapi kita yang dipertanggungjawabkan untuk membentuk mereka. Baik acuannya, elok la bentuknya. Buruk acuannya, buruk juga la hasilnya.

Tuesday, May 29, 2012

Mulianya Hatimu Teman…






Siapa suka kucing angkat tangan…..haha, macam nampak je nak angkat tangan...  Maz suka. Suka sangat-sangat.. Sebab kucing ni haiwan yang comel dan manja. Tak kisah la kucing parsi ke siam ke, kucing tempatan ke, sama je comelnya. Tambah-tambah yang dibela elok. Bak kata Exist makin terserlah ayumu.. Betul tak?

Sebenarnya maz bukan nak cerita pasal kucing sangat. Tapi cerita maz ni ada juga berkaitan dengan kucing. Maz nak bercerita tentang orang-orang yang maz rasa berhati mulia sangat. Pada maz la.

Friday, May 18, 2012

Malas Malas Malas!!!

Assalamualaikum



Hahah..Entry kali ni maz tujukan pada orang yang dah bekerja. Yang still study tu kalau terkena tempias-tempiasnya, ampun maaf dipinta ya.


Percaya tak kalau maz cakap setiap orang yang bekerja tak kira la dari Isnin sampai Jumaat , ada hari yang memang dia malas sungguh-sungguh nak kerja. Tak percaya? Betul, maz tak tipu. Nak tau hari apa?

Wednesday, May 9, 2012

Manusia Semakin Kejam..

Assalamualaikum..



Baru-baru ni kita dikejutkan lagi dengan video bayi didera. Tangisan bayi tu cukup-cukup meruntun hati sesiapa yang melihat video tu. Takde ke sifat kasih sayang dalam diri tu. Bayi tu kecil lagi. Masih lagi merangkak. Dipukul, ditendang dicubit malah ditampar bertalu-talu. Tak kesian ke bayi tu. Kita sebagai orang dewasa sepatutnya melindungi, menyayangi bukan jadikan bayi tu punching beg sampai nak sepak terajang. Mana pergi nilai kemanusiaan ? Klik sini untuk lihat video.