Followers

Tuesday, May 29, 2012

Mulianya Hatimu Teman…






Siapa suka kucing angkat tangan…..haha, macam nampak je nak angkat tangan...  Maz suka. Suka sangat-sangat.. Sebab kucing ni haiwan yang comel dan manja. Tak kisah la kucing parsi ke siam ke, kucing tempatan ke, sama je comelnya. Tambah-tambah yang dibela elok. Bak kata Exist makin terserlah ayumu.. Betul tak?

Sebenarnya maz bukan nak cerita pasal kucing sangat. Tapi cerita maz ni ada juga berkaitan dengan kucing. Maz nak bercerita tentang orang-orang yang maz rasa berhati mulia sangat. Pada maz la.



Cerita yang pertama tentang kawan pada kawan maz. Meera namanya. Orangnya manis, lembut je. Maz pernah jumpa dia sekali ke, waktu tu kami keluar bertiga, kami pergi tengok wayang sama-sama. Then lepas tengok wayang tu, kami minum di gerai berhampiran. Sementara menunggu order kami sampai, kami bersembang bermacam-macam perkara. Tiba-tiba datang seekor kucing ni menggesel-gesel pada kaki maz. Maz tunduk usap kepala kucing ni, comel sangat, dalam hati say sorry pada kucing sebab takde makanan atas meja, jadi tak dapat nak beri kucing tu apa-apa makanan. Kucing ni menggesel-gesel pulak pada kaki Meera. Maz tengok Meera sama jugak macam maz. Sukakan kucing. Dia usap-usap kucing tu. Tiba-tiba Meera keluarkan sesuatu dari handbagnya then beri pada kucing tu. Bila maz perhati betul-betul, rupa-rupanya ia makanan kucing paket kecil. Maz terkedu. Maz kagum dengan Meera. Tak sangka sampai macam tu sekali dia sayangkan kucing-kucing ni. Kalau sesetengah orang mana nak beli makanan kucing dan letakkan dalam handbag, tapi tak pada Meera. Dia tak kisah pun bau tu, janji dapat beri kucing-kucing jalanan makan. Betul, maz memang kagum sangat pada Meera..



Maz tinggalkan kisah Meera kat situ. Ada lagi cerita tentang kemuliaan hati insan pada nasib kucing-kucing ni. Ada seorang kawan maz pernah bercerita pada maz tentang teman lelakinya yang ada kucing. Biar maz sebut nama teman lelakinya ni sebagai Rul. Senang sikit nak cerita. Kucing ni mengalami masalah untuk melahirkan anak. Anaknya tersekat dalam perut. Masalahnya kucing ni keluar berhari-hari tak balik rumah. Rul tahu kucing ni tak boleh beranak. Puas la dia menunggu kat rumah. Nak hantar kucing ni pergi klinik. Lepas beberapa hari baru kucing ni balik. Rul tak tunggu lama terus hantar pergi klinik. Doctor cakap anak kucing dalam perut tu dah mati. Nak keluarkannya menelan kos RM800++. Rul tak stanby duit sebanyak tu. Nak tak nak terpaksa cari klinik lain. Alhamdulillah doanya dimakbulkan, dia dapat cari klinik lain yang lebih murah. Kucing ni dibedah untuk keluarkan anak yang dah mati. Kucing ni selamat. Tapi lepas beberapa minggu kucing tu mati sebab mungkin nanah dalam perutnya dah merebak seluruh badan. Takpela, dah sampai masanya, yang penting dia dah cuba diselamatkan sehabis baik. Besar pahalanya tu.


Another story, setiap pagi maz akan parking di Putra Wangsa Maju untuk pergi ke tempat kerja. Kalau dulu ada seorang penjual sandwich meniaga kat situ yang rajin bagi kucing-kucing jalanan ni makan. Baik sungguh hati dia. Lepas beberapa ketika maz dah tak nampak lagi penjual tu. Entah mana perginya dia. Maz terfikir macam mana kucing-kucing ni makan. Kesian, mesti kelaparan. Tapi ada satu hari tu maz ternampak seorang kakak ni turun je dari kereta terus kena serbu dangan kucing-kucing ni. Rupa-rupanya kakak ni sering bagi makan pada kucing-kucing ni. Maz terpegun sekejap kat situ. Mulianya hati kakak ni. Semoga Allah merahmati kehidupannya.

Maaf la entry kali ni terpanjang sikit. Syok sangat menaip. Rasa kagum masih berbekas lagi pada insan-insan ni. Besar pahala mereka. Maz sayang kucing. Tapi maz tak pernah terfikir untuk buat apa yang mereka di atas ni buat. Rasa segan melimpah-limpah pada mereka.  Betapa mulia hati mereka ni. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

10 comments:

  1. sy pun suka kucin..comel btul tringat kt kucin2 sy yg dh xde... :(
    ni ada 1 kisah tentng anjing, mesti nangis klu bace nih:
    http://www.takmungkinbenar.com/2012/04/hachiko-anjing-legenda-jepun-yang-setia.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. x sanggup nk bace..nt nangis sendiri...

      Delete
  2. suka kucing...tp skrg agak trauma sikit dgn kucing...hehe

    ReplyDelete
  3. terkesan dgn kisah rul tu.mmm takdir kucing tu mati, kesian kan.sedey jer bace... :( ape pun ade jugak hamba yg baik hati kat binatang kan.harap2 ramai lg la yg baik hati tu mcm tu..kalau sama2 manusia baik lagi best kan? :P

    ReplyDelete
  4. sy juga suka kucing..come too my blog n see my cat..hehehe

    ReplyDelete
  5. me love cat very muchies too ^^

    ReplyDelete
  6. saya..saya...suka gila kucing ... cute , manja , comel ... kalu saya tido ,, mesti dia akan menyibuk tido sekali dgn saya atas bantal ...

    ReplyDelete
  7. saya suka kucing jugak..memang kagum sangat dengan orang camtu~ :)

    saya cuba nak ikut, tp mmg banyak dugaan..huhu~

    ReplyDelete