Followers

Saturday, May 5, 2012

Jaga-Jaga....


Assalamualaikum..



Handphone sekarang mahal-mahalkan. Dan setiap orang memang nak sangat ada handphone yang serba canggih. Bak kata orang, nak yang bergaya saja. Harga kalau tak cecah beribu memang tak sah. Paling busuk pun RM900++. Harga yang boleh dikatakan sama harga dengan gaji sebulan. Maklum la, zaman dah maju kan. Takkan nak pakai handphone cikai-cikai. Apa barang pakai handphone cikai kan. Tak up to date la.

Saturday, April 7, 2012

Silau lahh!!!

Assalamualaikum..




Setiap undang-undang yang dibuat ada sebabnya. Bukan sekadar suka-suka nak letakkan undang-undang merata-rata sampaikan takde logic akal kenapa undang-undang tu dibuat. Undang-undang ni dibuat untuk keselamatan semua jugak. Tambah-tambah undang-undang kat jalan raya. Bukan main banyak peraturan dan undang-undang kat jalan raya yang perlu kita patuhi. Semua tu untuk keselamatan kita jugak.

Tuesday, April 3, 2012

Aduuhhh...

Assalamualaikum….

Kejap ye, nak makan panadol kejap. Pening yang amat. Aduuhhhh…


Ok dah, sambung balik cerita. Opss… start pun belum, apa yang nak di sambung. Hehehe… Ok fokus..

Saturday, March 31, 2012

Melangkah Ke Fasa Baru..

Assalamualaikum..





Rasanya lama dah tak update apa-apa kat blog ni. Sejak shoutmix non available macam semangat untuk terus menulis hilang sekejap. Tengok blog orang lain je. Tapi bila fikir balik, sebenarnya banyak cerita yang tak terluah, yang tak terkeluar,  duk terpendam je dalam hati. Sepanjang tak menulis ni macam-macam perkara yang berlaku, banyak benda yang nak dikongsikan sebenarnya.


Saturday, December 17, 2011

Kabhi Kushi Kabhi Gham vs Qabil Kushri Qabil Igam


Assalamualaikum..







Lenggang … lenggang..
Lenggang ala lenggang kangkung..

Lenggang … lenggang..
Lenggang ala lenggang kangkung..

Muka garang macam beruang..
Rambut pendek hidungnya kembang…

Ingat lagi tak lagu ni? Fenomena ni dah lama. Cerita pun dah lama.


Yang satu tu cerita Hindustan satu lagi cerita melayu.


 

Kedua-duanya best. Muncul saja cerita Hindustan tu, terus muncul cerita melayu. Tapi langsung  takde persamaan dari segi jalan cerita.

Saturday, November 12, 2011

Tengokla Siri I'm Alive & I Shouldn't Be Alive....

Assalamualaikum…


Dua-dua siri tu memang best. Tapi bukan maz saja nak promosi free kedua-dua siri tu. Apa yang maz nak tekankan di sini adalah moral bagi keduanya. Sama saja iaitu jangan mudah putus asa. Selagi ada nafas, selagi tu teruskan perjuangan untuk hidup. Tak percaya? Tengok dulu kedua-dua siri tu.

Thursday, October 20, 2011

Orang Tua Itu..

Assalamualaikum..



Pagi itu seperti biasa maz bangun bersiap untuk mencari rezeki. Masa dalam tren, sewaktu tren tiba di Stesen Damai, masuk 2 orang tua yang kemungkinannya suami isteri dalam lingkungan 60-70 tahun. Memakai pakaian lusuh sambil menarik troli berisi makanan yang siap dibungkus untuk dijual. Waktu tu memang tren penuh sesak. Takde langsung kerusi kosong. Jadi orang tua tu hanya mampu berdiri memaut tiang sambil membetulkan troli supaya tak mengenai orang lain.