Followers

Tuesday, April 26, 2011

Tekanan Perasaan..

Assalamualaikum..


Baru kejap tadi maz dengar suara orang perempuan menyanyi sambil menjerit-jerit di sebuah kondo dalam KL ni. Ni bukan cerita hantu ke polong ke puntianak harum sundal malam ke. Ni berkaitan dengan masalah mental perempuan tu. Huhu.. Kasarnya bahasa maz hari ni. Ok-ok, maz minta maaf. Entah apa masalah yang dihadapi perempuan tu sampai menjerit-jerit tengah-tengah malam buta ni. Bukan perlahan, terlalu kuat. Sampaikan boleh dengar hingga beratus-ratus meter. Tensyen tak dapat masuk akademi fantasia kot. Tu yang menjerit macam orang gila. Boleh jadi jugak disebabkan tekanan perasaan. Betul tak?

Bercakap soal tekanan perasaan. Sebenarnya banyak faktor yang boleh jadikan kita tak siuman, tertekan, sakit jiwa, jiwa kacau dan seangkatan dengannya. Masalah cinta, keluarga, kewangan, attitude, macam-macam lagi la yang buatkan tekanan perasaan tu tambah menjadi. Lebih teruk lagi bila kita tak dapat handle sesuatu masalah tu. Akibatnya, dengan rela hati kita boleh check in kat Hospital Bahagia. (paham-paham je la..ooppsss)

Memang betul masalah yang dihadapi oleh setiap orang dalam dunia ni amat berbeza. Kadang kala tak terjangkau dek akal fikiran. Kadang kala sampai buntu tahap gaban macam mana nak cari jalan penyelesaian. Daripada situ wujud tekanan perasaan. Bila dah wujud tekanan perasaan melampau, mula la datang perangai gila masing-masing. Menjerit, meraung, paling teruk , bunuh diri. Ingat ye cik kak cik abang. Jangan la kita bunuh diri. Besar dosanya. Tak cium bau syurga, dan paling teruk, direct terus masuk neraka. Kita ni bukan hidup dalam dunia kartun, mati hari ni, esok hidup balik. Kita hidup dalam dunia nyata, sekali kita buat. Tak boleh nak reverse balik dah. Hidup kita ni bukan macam Porsche boleh buat u-turn kalau tersalah pilih. Ia akan terus ke hadapan je macam highway. Sebab tu orang bijak pandai ada cakap. Perkara yang paling jauh daripada kita adalah masa silam. Walau apa cara sekalipun kita buat. Kita takkan dapat balik masa yang dah lepas. Ok, nak stop merapu.

Sebenarnya banyak cara kita untuk hilangkan tekanan perasaan. Maybe bukan dan-dan tu jugak kita hilang. Tapi ia akan berkurangan mengikut waktu. Setiap masa dia akan kurang sedikit demi sedikit. Lama-lama dia akan hilang terus kan. Bagi orang Islam, banyak cara yang kita boleh buat. Ni pun maz dapat daripada sini. (klik sini) Antaranya :



1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan p! ekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur’an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada seper! tiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut ag! ! ar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa! bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri
“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

Ada jugak cara lain .Yang ni maz ambil dari sini (klik sini) .Tak salah jugak kalau kita cuba cara ni :

Teknik Melegakan Stress 


Walaupun tidak dapat menyelesaikan keseluruhan stress anda, teknik berikut mampu mengurangkan kekusutan fikiran dan melegakan ketegangan anda.

1. Rehat seketika antara waktu kerja boleh melegakan ketegangan emosi, kekusutan fikiran dan ketegangan fizikal.

2. Merangka jadual kerja seharian anda. Berikan keutamaan kepada yang paling penting.Selesaikan satu persatu.

3. Bersikap realistik. Jangan bebankan diri anda jka tidak mampu melakukan sesuatu pekerjaan. Atau, lakukan secara beransur-ansur tetapi tetap.

4. Banyakkan pergaulan, jangan abaikan teman-teman atau keluarga sendiri semata-mata kerana terikat dengan jadual kerja yang ketat. Mereka adalah pembantu kita di dalam kesusahan.

5. Kerap bersenam dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang boleh mengurangkan ketegangan. Ia juga mampu menyenyakkan tidur dan mengelakkan kerisauan yang tidak menentu.

6. Luahkan masalah anda kepada orang lain seperti pasangan anda, keluarga dan teman-teman yang mungkin boleh membantu. Hasilnya anda akan berasa lega.

7. Bercuti sambil berehat untuk merehatkan fikiran anda. Tidak perlu melancong ke luar negara, dalam negara sendiri sudah mencukupi.

8. Jangan memendam rasa. Kesilapan lepas dijadikan pengajaran bukannya dikesali untuk sepanjang hayat. Ingat, semua orang melakukan kesilapan dan kita tidak terkecuali.

9. Jumpa doktor atau pakar jika masalah tidak juga dapat diatasi; jangan segan berjumpa doktor atau pakar untuk mendapatkan khidmat kaunseling.



Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

Ok rasanya dah banyak maz kongsikan tips untuk hilangkan tekanan perasaan ni kan. Kalau mana yang rasa boleh ambil, ambil la. Sharing is caring right ? Jumpa lagi next entry :)

Wassalam..


10 comments:

  1. entry yg sgt berguna..bnyk tips. thnks..:)

    ReplyDelete
  2. Info menarik mmg byk iktibar boleh dimbil dari entri cik maz ni...terima kasih

    ReplyDelete
  3. bagus entry ni. elle pun tiap kali tertekan elle selalu cakap kat diri sendiri ini dugaan dari Allah.

    ReplyDelete
  4. bawak dia pergi karaoke la cik Maz.. :)

    ReplyDelete
  5. ok sila abaikan komen diatas...

    ReplyDelete
  6. tips yg sangat berguna =)

    Allah menduga kita kerana DIA tahu kita mampu melawannya .

    ReplyDelete
  7. boleh dikatakan cara islam amat berhemah dalam menangani masalah kusut fikiran..berwuduk,solat,mengaji,zikir..semua tu merujuk balik kepada asal kita yang diciptakan untuk beribadah kepada Allah yang mencipta manusia

    ReplyDelete
  8. informative entry...

    tapi kan.. pada kite.. cara yg paling baik untuk mengurangkan stress dan menenangkan diri kalau ade masalah besar.. memang baca quran.. hati rase tenang la kalau bace quran..

    :)

    ReplyDelete
  9. tq ..
    dia memng mngalami tekanan perasaan ~~

    ReplyDelete
  10. al-quran adalah penawar segala tekanan perasaan..betui x cik maz?...:)

    ReplyDelete