Followers

Friday, September 9, 2011

Handbag Lagi????

Assalamualaikum..


Kalau sebelum ni Maz ada cerita pasal terlupa barang-barang yang tertinggal dalam handbag; klik sini, kali ni Maz nak cerita pasal handbag yang jernih. Mesti lepas ni aku kena hentam, tak sudah-sudah duk complain pasal handbag. Takkk..Bukan tu maksud Maz, Maz buat pendedahan ni untuk kita kongsi bersama. Ok, shall we start it??

Tuesday, August 23, 2011

Alamak!!! Lupaaaaa!!!

Alamakkkkk!!!!




Assalamualaikum..

Pernah tak korang alami situasi macam ni...Korang dah sampai kat office then baru korang sedar kad access korang tertinggal dalam  beg yang lain. Mesti panik gila kan. Macam mana nak keluar masuk office kalau takde kad tu kan. 

Tu salah satu antara masalah yang kita mungkin akan hadapi bila kita kerap bertukar handbag. Actually bukan  tertuju pada ladies je, guys pun kena ambil berat perkara ni sebab korang pun boleh alami perkara yang sama cuma buat masa ni biar la maz tekankan pada wanita.

Sunday, August 21, 2011

Grafiti..Seni @ Vandalisme..

Assalamualaikum..

Sesiapa yang pernah naik LRT Putra dari arah Setiawangsa menuju ke KLCC ada perasan tak sepanjang-panjang tepi parit  errr..longkang besar kot.. ada grafiti. Dari arah KL Sentral menuju ke Masjid Jamek pun ada. Seriusly kalau dipandang dari segi seni, memang kita akan cakap kreatif betul tangan yang buat ni. Tapi ada tak kita fikir, benda ni sebenarnya seni ke vandalisme??

Saturday, August 13, 2011

Blog Makin Berhabuk..

Ya Allah banyaknya habuk kat blog ni....kejap ye nak bersihkan....

Assalamualaikum..

Lama betul tak update blog. Tak sempat sungguh nak update. Sejak mula kerja baru ni nama nak online sampai 3 4 jam memang tak la kan. Lebih baik tidur . Ceiit, kuang asam punya bahasa. Maz dah mula kerja baru, sekarang ni boleh la dikatakan memasuki fasa kehidupan yang baru. Bagi yang berfikir terlampau jauh, maz nak cut kan ye. Belummmm..maz belum kahwin lagi. Sebelum ni seperti yang sedia maklum maz bekerja dengan akak maz. Tapi sejak dari bulan 6 hari tu maz dah mula dengan kerja baru kat Bangsar. Company legal firm. Sebab musabab maz tukar kerja biar la maz saje yang tahu. 

Wednesday, June 22, 2011

Kuasa Allah..

Assalamualaikum..


Selama ni maz ingatkan puting beliung cuma berlaku di luar negara. Tak kisah la negara apa, tapi yang penting luar negara. Dan selama ni jugaklah maz ingatkan negara kita yang sekecik tapak tangan ni jika dibandingkan dengan negara luar selamat dari bencana yang sebegitu. Habis-habis pun setakat banjir la, tapi rasanya banjir ni pun orang dah lali sebab setiap tahun berlaku banjir. Kiranya boleh la dikatakan ada sesetengah penduduk Malaysia ni akan stanby dan tahu banjir akan berlaku. Seolah-olah perkara biasa untuk mereka.


Friday, June 17, 2011

Aku Benci Belonnnn!!!!!

Assalamualaikum


Poommm!!! Panggg!!! Pommm!! Opocot kau meletup!! Benci benci benciii!!! Maz benci belon. Kalau meletup, boleh gugur jantung. Bunyi dah macam mercun bola. Kalau budak-budak yang main logik le jugak, ni kadang-kadang orang tua pun join venture. Tak terkejut ke dengar bunyi meletup macam tu, kalau orang sakit jantung kan ke membahayakan. Biasanya budak-budak la yang seronok bila sambut birthday dan setiap birthday party diorang mesti kena ada belon. Aduiihh, dah jadi macam adat la pulak mesti kena ada belon. Kalau takde tak lengkap majlis. Tapi nanti kalau future children maz, memang tak la maz nak bagi diorang main belon. Maz pisko diorang sikit . ' Nak mummy mati cepat ke?'. Agak-agak lepas tu diorang nak main belon lagi tak ?

Friday, June 10, 2011

Hargai Pemberian Orang..

Assalamualaikum

Rindunya nak update blog, tapi tak sempat-sempat. Bukan tak sempat apanya, tapi sebab balik kampung seminggu. Tu yang tak dapat nak update. Ni pun masih di kampung. Nasib baik kakak maz bawakkan berukband ni, dapat la nak online. Tapi linenye aduhaiiii.. tahap serupa je macam siput berlari. Paham-paham je la tahapnya macam mana.