Followers

Tuesday, May 12, 2015

Salah Ke Tengok Kartun?

Assalamualaikum

"Apa la dah besar panjang pun masih tengok kartun". 




Selalu ayat sinis macam tu yang kita dengar ada sesetengah orang dewasa pun join tengok movie kartun macam ni. Salah ke? Tang mana salah? Bagi orang yang berfikiran pendek memang benda tu nampak salah, tak kena dengan umur, tak padan dengan perangai. Tu la mentaliti orang yang kononnye 'matured'. Hah! matured la sangat. Kalau orang yang konon faham maksud sebenar matured ni, diorang sendiri akan join sekaki tengok kartun-kartun macam ni.


Memang pada pandangan orang kartun-kartun macam ni hanya sesuai untuk budak-budak. Tapi ada ke penggiat filem animasi ni letak statement 'filem ini hanya sesuai untuk tontonan kanak-kanak sahaja.' Takdekan? Diorang letak untuk tontonan umum. Maksudnya, makbapak, tok nenek, pakcik makcik, tukang masak, pakcik drebar, tukang kebun pun boleh tengok.

Diorang duk cakap macam-macam budak tengok kartun. Yang tengok macam budak-budak tu diorang. Sebab diorang tak faham apa moral value dalam setiap cerita tu. Boleh dikatakan semua  animation movie ni menerapkan nilai kasih sayang antara ibubapa, kawan-kawan, kesetiaan. Benda-benda tu yang buatkan filem ni lebih bagus dari filem yang entah apa-apa.

So jangan cakap "Apa la dah besar panjang pun masih tengok kartun" sebab dah besar panjang la kena tengok filem kartun macam ni baru boleh nampak apa yang ada kat sekeliling kita. Simpan sikit ego dewasa tu. Terima hakikat, kadangkala kartun-kartun macam ni yang ajar kita apa itu kasih sayang.

Wasalam

4 comments:

  1. bagi saya org yg cakap tengok kartun ni budak-budak, dorang mungkin terlalu ego mcm yg disebut dalam entri ataupun dorang tkpenah tgk kartun!! sbb....kalau dorang tgk sekali mesti nak tgk lagi kan!! hehe :P

    but kartun pun ada kategori best, kategori kurg best dan ada kartun merepek sgt so bg saya, org yg matured/lebih dewasa ni lebih suka kartun yg best which means banyak moral value boleh dpt dan storyline menarik dan tak merepek. hehe just my opinion :))))

    ReplyDelete
  2. Tak salahh, sy pon still ttengok kartun even dah 23, Spongebob, animation movie mcm How i train my dragon nih, best kot, sapa cakap tak matured, org yg ckp tu lah tak matured sbb tak berpikiran terbuka

    kalau tak xkan lah movie Frozen tu popular sangat2, depends jugak storyline bak kata org komen kat atas nih :)

    ReplyDelete
  3. salah ke? age is just a number lah.. why care... fifie mmg lebih ske tgk cite kartun relax tenang comey.. no reason for not watching cartoon.. kat rumah ke kat wayang ke mmg pilih kartun 1st choice...

    ReplyDelete
  4. Tak salah. Sy pun selalu tgk kartun dekat wayang. hehehhee

    ZH Blogger

    ReplyDelete