Followers

Friday, March 13, 2015

Pintu Pagar Kat Rumah..

Assalamualaikum..

Semua rumah sekarang ada pagar. Bila ada pagar of course la ada pintu pagarkan. Kalau tak macam mana nak keluar dari rumah. betul tak?



Berkisar pasal pintu pagar ni. Ada satu malam tu maz menyidai baju kat luar rumah. Bila kita ni bekerja waktu siang, memang semua kerja-kerja rumah cuma sempat buat waktu malam je lakan. Basuh pinggan, basuh baju, lipat baju. Kalau kat kampung dengar bunyi mesin basuh malam-malam buta memang orang pelik la.. hehehe.


Berbalik pada cerita asal, tengah duk leka menyidai, ada satu lelaki cina tinggal depan rumah maz menegur. Dia cakap elok-elok sidai baju malam-malam, kat sini ada orang curi baju. Baju dia pun dah kena rembat 2 helai. Maz pun terperanjat jugak. Baju pun orang nak rembat? Dah takde baju sangat ke sampai nak merembat baju orang. 

Ehsan Pakcik Google

Tapi apa pun maz say thanks jugak la pada lelaki cina tu sebab bagi peringatan. Untung jugak duk kat taman ni sebab jiran-jiran prihatin walaupun jarang menegur.


Tapi bila maz perhatikan balik jenis pintu pagar dia memang jenis yang mudah orang panjat. Toksah kata lelaki, perempuan macam maz pun boleh memanjat pagar tu. Almaklumlah dulu maz ni kaki pajat pokok manggis belakang rumah tu, Boleh tahan la jugak tingginya. Sebab jenis pintu pagar yang takde benda tajam atas dia. Yang jenis rata je bergaris-garis melintang tu. Tak tahu la pada orang lain tapi pada maz memang senang la orang nak panjat. Sebab tu orang sanggup panjat semata-mata nak curi baju.

Pada semua yang ada rumah, maz nasihatkan pilih door gate yang besinya tajam kat atas tu. Bukan apa, salah satu protection jugak sebab orang akan fikir 2 3 kali nak panjat pagar macam tu. Silap panjat tercucuk besi tajam tu. Kan dah banyak kes sebelum ni kan. Semua tu akan jadi iktibar pada kita semua. 



Ngeri kan? Well.. just think about it..


10 comments:

  1. malam2 mmg tak elok sidai baju.. bkn sebab kena rembat dgn org je, tapi benda2 tak baik (like jin) yg org hntr melalui angin pun boleh kena baju tu.. wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. t.kasih atas nasihat. InsyaAllah lepas ni akan dielakkan sidai baju malam. :)

      Delete
  2. uuuuu.. sekarang pintu pagar orang tinggi-tinggi pun boleh kena panjat . :( kalau ada tajam-tajam tuh maybe susah sikit nak panjat kan?

    ReplyDelete
  3. Saya tak berani la kat nak sidai baju malam2. takut nanti lain yang nampak kat luar,..huhuhu seram sejuk pula

    ReplyDelete
  4. Adoi, horror nye pagar tajam-tajam tu. Tercucuk, habislah, terus kiok.
    Tapi betul jugak, sebagai satu protection untuk rumah kita jugak sebenarnya. Bukan fikir 2,3 kali, seploh kali pun tak habis fikir tu :D

    ReplyDelete
  5. Samalah mcm sy..kalau xsempat nk basuh pagi malam lah jawabnya..

    ReplyDelete
  6. Kalau baju hilang tu perkara biasa, kalau pagar rumah tu yang hilang nak kira mcm mana misteri plak tu?

    ReplyDelete
  7. tula mak ada pesan baju yg kecik2 tu pun jgn sidai luar lama2 sebab takut org curi buat yg bukan2...
    mellyareenza.blogspot.com/2015/02/february-giveaway-by-mellya-and-friends.html?m=1

    ReplyDelete
  8. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi www.asianbet77.com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
    - Bonus Mixparlay .
    - Bonus Tangkasnet setiap hari .
    - New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : asianbet77@yahoo.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    http://asianbet77.com/

    ReplyDelete