Followers

Thursday, March 5, 2015

Teknologi Hilangkan Sayang

Assalamualaikum

Zaman sekarang ni memang canggih, smartphone la, gadget la, semua tip top. Macam iklan yang kat tv tu, tengah jalan-jalan boleh tetiba jadi tengok wayang bagai. Tu menunjukkan yang zaman sekarang ni tak payah nak pergi ke cc atau pun kena duk rumah online. Guna hp pun boleh. Jangan kata nak tengok wayang, orang yang tengah masak pun boleh tengok resepi guna hp. Senang kata takde hp ni hidup boleh huru hara.

Tapi perasan tak, hidup kita dah mula bergelumang dengan hp, sampaikan kita tak nampak sekeliling kita. Kita tak nampak suami depan mata, kita tak nampak isteri yang setia menanti kita berbicara, kita tak nampak wajah anak-anak yang mengharap kita bermain dengan mereka bila kita balik kerja, mengajar mereka mengaji lepas maghrib, kita tak nampak wajah orang tua kita yang rindu nak bersembang dengan kita setiap kali kita balik kampung. Semua benda kita tak nampak. 

Memang betul hp tu penting pada kita. Kita nak tau maklumat terbaru, wassap wechat fb bagai. Tapi dalam pada kita tak sedar kita semakin hilangkan pandangan kita pada semua yang kita sayang. Kalau dah sampai tengah makan, tangan kanan memegang sudu/garpu tangan kiri duk sibuk slide hp, masa balik kampung, orang tua kita duk setia menanti depan kita nak bersembang dengan kita, sampai ditahankan hati bila dia tengok anaknya ni walaupun cuti tapi masih sibuk lagi. Hati ibu bapa mana yang sanggup nak ganggu anak bila nampak anak sibuk. ‘Takpelah, habis kerja dia nanti sembang la tu dengan kita’ Itu la acap kali hati tua memujuk. Tapi kesudahannya impian nak bersembang dengan anak sendiri lenyap bila anak-anak angkat beg nak balik kerumah sendiri dengan alasan cuti dah habis. Nak di tahan anak tu memang tak boleh. Hati tua tu memujuk lagi ‘takpe nanti lain kali anak balik boleh sembang lagi’ sedangkan dia sendiri tau anak-anak ni memang entah bila lagi baliknya. Ada takde raya nanti la kot anaknya balik. Memang betul balik, tapi apa guna balik kalau hp tu tak lepas dari tangan.

Hp, wassap, wechat, line, fb semua tu tolak la tepi. Bagi perhatian penuh pada siapa keliling kita. Ingat, walau sesaat masa tu terlepas, ia takkan berulang, ia akan kekal jadi sejarah. Dan sejarah tak mungkin boleh berpatah balik. Bila kita berada dengan orang keliling, hargai masa dengan mereka, sembangla sepenuh hati, lupakan hp dan gadget serba canggih tu. 


Waima isteri sendiri sekalipun walaupun isteri tu ada depan mata, tapi berila perhatian penuh pada dia. Dia bukan tunggul kat rumah, dia bukan orang gaji yang cuma masak, kemas rumah dan jaga kebajikan suami. Mereka ada hati ada perasaan, mereka nak bersembang, nak dibelai seperti dulu masa bercinta. Sekurang-kurangnya mereka rasa dihargai. Bila keluar ke mana-mana pegang la tangan isteri, jangan leka dengan hp semata-mata, dulu masa bercinta pegang tangan tak nak lepas, sekarang bila dah kahwin, hp melekat di tangan, isteri nak pegang tangan pun rasa rimas.

Lupakan hp yang canggih tu sekejap. Tolak tepi semua perkara. Tak rugi mana pun kalau tinggalkan semua tu sekejap. Jangan jadikan alasan tengah bincang dengan bisnes partner, tengah deal dengan supplier, tengah follow up dengan client. Memang isteri akan mati suara, akan terus tak bercakap. Manakan tidak, bila isteri berbunyi, dikatakan tak memahami. Jadi buat apa isteri bersuara kalau cuma makan hati. Lebih baik diam dari bersuara Dan jangan kata kenapa rumah yang berpenghuni tu macam rumah kena tinggal. Sunyi sepi, takde gelak ketawa. 

Bukan susah pun. Luangkan masa yang terhad tu kepada yang menyayangi kita. Hargai mereka masa mereka ada. Jangan bila mereka dah takde kat dunia ni baru tercari-cari mereka, terdengar-dengar suara mereka. Masa tu menyesal keluar air mata darah sekalipun dah tak berguna lagi. Dan masa tu akan terdengar suara berbisik ‘Masa diorang ada kau tak hargai, kau buat tak tahu, kau buat tak nampak. Sekarang dah takde baru sibuk nak menangis, buat apa kau nak menangis, kau sendiri yang tak reti nak menghargai orang yang sayangkan kau, lebih baik diorang pergi dari makan hati dengan perangai kau, dan jangan kau menyesal atau meraung, sebab kau sendiri memilih jalan hidup kau’.





5 comments:

  1. Sebab tu ada orang kata 'teknologi mendekatkan orang yang jauh & menjauhkan orang yang dekat". Aduhai.

    ReplyDelete
  2. Ini betul! Saya sokong saya sokong..

    ReplyDelete
  3. Sokong. Depan mata pun buzy dengan gajet masing-masing. Last-last suasana snyi sepi.. krikk krikkk

    ReplyDelete
  4. kann..semua anti sosial..kalau g kedai makan ngn kenkawan..semua khusuk tgk henpong..huhuhu hambar di situ

    ReplyDelete