Followers

Monday, February 16, 2015

Belajar Dulu Dan Sekarang..

Assalamualaikum

Cerita ni sebenarnya dari minggu lepas lagi nak share. Tapi tak berkesempatan. Macam-macam aral yang melintang depan mata. Kerja menimbun, balik rumah nak kena selesai kerja rumah pulak. Then naik kl dengan family. Haduihh.. Tak menyempat. La ni baru dapat nak menaip.



Begini ceritanya, dah macam kisah dongeng pulak rasanya. minggu lepas ada la sorang senior kat office tu duk pertikai budak sekarang ni belajar sikit-sikit mintak mak bapak duit sedangkan ada yang dapat biasiswa ada yang dapat pinjaman. Sampai keras urat tekak tu la dia membebel pasal tu. Dia cakap dulu dia belajar tak menyusahkan mak bapak dia langsung. Semua pakai duit sendiri. Kena pandai jimat la.. bla bla bla.. Naik menyampah dengar dia bersyarah pasal tu. Memang la zaman dia boleh jimat. Zaman dulu study barang-barang semua murah lagi nak compare dengan zaman sekarang yang memang orang semua tahu barang-barang takkan turun harga, makin naik lagi adalah.

Bukan budak sekarang tak nak berjimat. Jangan kata budak sekarang, zaman maz pun dah mula terasa barang-barang mahal ya ampun. Bayangkan la 1 assignment tak lari RM30, dengan printing, cari bahan kat cc, makanya dalam 1 sem tu berapa banyak assignment kena buat. Tambah-tambah mana yang menyewa luar. Kena bayar sewa rumah lagi. Makan minum lagi. Siapa kata pinjaman or biasiswa tu cukup? Takkan cukup. Melainkan kalau duduk asrama tu bolehla save sikit sebab pegi kuliah jalan kaki je, tak payah nk sewa rumah. Tapi asrama kebanyakkan untuk junior, yang lain memang awal-awal kena tendang keluar, ikut nasib kalau ada jawatan dalam asrama boleh la dapat duduk, kalau tak memang payah.


Tu orang cakap, jangan nak bertekak urat compare study dulu dengan sekarang. Jauh berbeza, Jauh sangat. Kita ikut peredaran zaman. Tak boleh nak cakap dulu belajar boleh jimat la, macam ni la, macam tu, whatsoever la. Kita kena paham. Zaman sekarang dah maju kedepan yang memang menjanjikan belanja yang tinggi untuk semua perkara. Kena paham sendiri la. Dia pun ada anak kecik, akan datang anak tu pun akan belajar kat u, masa tu tak payah la cakap dengan anak, ibu dulu boleh jimat belajar, tak susahkan keluarga. Kesian kat anak tu.Cuba la paham keadaan ye para ibu bapa sekalian, zaman kita dulu barang murah. Zaman anak-anak kita akan datang tak tahulah macam mana anak-anak kita nak mengadap nanti.

Selamat malam .. (^_^)


4 comments:

  1. menyampah kot dgr orang asyik cakap "zaman saya dulu... orang2 lama mcm kita dulu....."

    zaman dah berubah, mana boleh buat things exactly the same :3

    ReplyDelete
  2. Selalu sangat dengar orang compare "dulu tak macam ni. Dulu macam tu"

    Hai lah, mana boleh compare benda yang tak sama? Susah nak pahamkan orang lain kan?

    ReplyDelete
  3. Zaman dah berubah. Cara pembelajaran dan mengajaran pun dah berubah.

    ReplyDelete
  4. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi www.asianbet77.com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
    - Bonus Mixparlay .
    - Bonus Tangkasnet setiap hari .
    - New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : asianbet77@yahoo.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    http://asianbet77.com/

    ReplyDelete