Followers

Wednesday, February 11, 2015

Tangan Kanan Yang Memberi...

Assalamualaikum..


Sekarang ni takde lagi dah istilah tangan kanan memberi tangan kiri tak tahu. La ni tangan kanan memberi, jangan kata tangan kiri, habis 1 badan tahu. Pakat duk perabih p crita kat suma orang. Ha.. amik kau, terkeluar kedah cheq. Walhal memang tanah tumpah darahku kat johor, takde secuil pun tang Kedahnya. Kalau hubby ada la memang dia ni ada darah orang Kedah. 


Asalkan nak menderma je, segala media wartawan media dipanggil. Tu mana yang amaun besar-besar dan syarikat besar-besar la, tapi maz paham. Tu salah satu marketing strategy. Tapi yang amaun kecik-kecik pun nak kena letak dalam sampul. lepas tu tulis nama dan sekian amaun yang diletak. 

Kalau dah macam tu punya gaya, celah mana nak di korek keikhlasan menderma tu. Kang derma sikit kata kedekut, derma banyak kata menunjuk, kadang nak menderma pun duk tengok orang lain punya derma ada berapa, nak bagi sikit kang segan pulak dengan member sebelah menyebelah.

Betul la orang cakap sekarang, benda paling susah nak dapakan sekarang adalah ikhlas. Ikhlas memberi, ikhlas menerima, ikhlas segalanya la. Memang nampak simple perkara ni, yelah I.K.H.L.A.S. 5 huruf je. Bukan payah mana pun, budak 3 tahun pun dah reti mengeja. Tapi 5 huruf ni nak dapatnya bukan main susah lagi. 

Jangan kata gitu la, kadang kala kita derma 50$ kat tabung masjid pun, kadang-kadang terselit dalam hati, ni aku derma 50$, esok-esok aku dapat ganjaran tak pun paling kurang dapat pahala sikit ke, mana tahu rezeki kan. Ha, tengok.. belum apa-apa dah mengharap ganjaran dan pahala macam tu. Tang mana nak cakap yang derma tu ikhlas dari hati. Payah wei.. maz tak kata orang sebab maz pun kadang-kadang macam tu jugak. Tapi bila dah terselit rasa macam tu memang confirm2 la ikhlas tu x de dah. Lintang pukang entah ke mana ikhlas tu pergi kan.

Memang susah nak ikhlas kan hati untuk laksanakan apa-apa, tak kira la dalam pada nak memberi atau nak menerima. Tapi kita boleh belajar semua tu kan? Betul tak? Belajar untuk ikhlas memberi, ikhlas menerima, ikhlas menghulur, ikhlas mengajar, ikhlas bekerja, ikhlas segala-galanya. Tak salah untuk belajar perkara yang baik kan. Ok kita boleh start dari bab 1, mari mengeja. I.K.H.L.A.S sebutnya apa? Ikhlas..... pandai... ha.. kan dah khatam bab 1, bab 2 3 4 sambung esok ye.

Tata.. (^_^)

4 comments:

  1. keikhlasan tu seprti semut hitam yang berada di atas batu ketika waktu pekat malam. :)

    ReplyDelete
  2. Yup setuju m'ikhlas sesuatu perkara adalah benda yg plng susah nk buat, Takaful ikhlas pun b'bayo,huhuuu.....;-)

    ReplyDelete
  3. betol tu...kita sendiri tidak pasti kita ini telah berlaku ikhlas terhadap sesuatu atau pun tidak. Allah shj yang ada jawapannya....

    ReplyDelete
  4. columbia titanium boots & boots - TITIAN-ART
    ‎Columbia Shop, Shop, T-shirt, Accessories › www.titanium-arts › shop › titanium-arts Shop for the latest arrivals and ceramic vs titanium curling iron › shop › titanium quartz crystal titanium-arts Shop for the latest arrivals and › shop › titanium-arts Shop for the latest arrivals and › shop › titanium-arts Shop for the latest arrivals and › shop › titanium-arts Shop for the latest arrivals and › shop › titanium-arts Shop titanium welder for the latest arrivals and › shop micro titanium trim › titanium-arts Shop for the latest arrivals and › shop › titanium-arts Shop for the latest arrivals and is titanium a conductor › shop › titanium-arts Shop for the latest arrivals and › shop › titanium-arts

    ReplyDelete