Followers

Monday, January 19, 2015

Alkisah.....Ini Rupanya Kegunaannya..

Assalamualaikum

Hahahaha..bila teringat balik rasa macam .. alahai anak omak.... Selama ni tak tau pun kegunaan dia. Ingatkan saja-saja buat hiasan. Hahahaha..


Flashback..


Minggu lepas balik ke palong sekejap. Husband naik ke kl hantar barang. So dia drop maz kat rumah mertua kat palong. Kebetulan kakak ipar pun ada, and masa tu pun dah merancang nak buat bbq kat rumah. Nak dijadikan cerita maz nak la buat manis buat minum-minum nanti sambil-sambil mengunyah ayam bbq tu. Duk selongkar kat dapur tak jumpa suquick. Mak mertua kata buat air lemon saje la. Ok la, air lemon pun lemon la. Dha terfikir dah nak perah guna tangan je. Ala macam zaman-zaman tradisional nak buat kek dulu kan limau duk main perah gitu je kan. 

Tup tup mak mertua bagi sagat pisang ni. Ha..perah guna ni.

tq acik google

OooooooOOoooooo... muncung panjang mulut maz. Sumpah selama ni tak pernah terfikir apa gunanya benda bulat kat sagat pisang ni. Ingatkan memang saje-saje letak buat hiasan. Tak pernah terlintas yang bentuknya memang sama dengan yang ni.  


Ok.. siapa kate maz kampung maz bagi penumbuk  jepun. 



Hahahahah... ok fine.. maz mengaku tak semua benda kat dapur tu maz tau kegunaannya. Bila dah pakai baru tau.. ooo macam ni rupanya...ooo macam tu rupanya... dan dan la mulut terus melopong oooo... Ok, maz tau kena banyak lagi tuntut ilmu. Lebih-lebih lagi tang dapur. Sebab dapur tu kita yang jadi chef. Kalau dah chef pun tak tau pakai barang kat dapur, chef apa namanya kan.... Hahahahaha....

8 comments:

  1. Hahaha xD Mak aih. Dahsyatnya XDDD Macamana boleh jadi cigitu :3 Even saya pun tau kegunaannya *poyo aje

    ReplyDelete
  2. Lebih suka kalau perah guna tangan je dripada guna benda tu. Rasa macam susah je. Eventhough mak kata mudah..

    ReplyDelete
  3. tadi buat maggie tomyam, jumpa lemon
    ingat nak perah je, sekali lemon dah busuk, aiyo

    ReplyDelete
  4. tahu pakai benda tuh.. tapi rasa malas sangat nak cari benda tuh.. ahaha..
    kalau dah ada depan mata takpe..

    kalau nak perah ape2.. pakai tangan je.. mwahahaha..

    ReplyDelete
  5. la nie macam2 jenis orang buat...
    kreatif orang la nie... hehe

    ReplyDelete
  6. ha ha ha funny juga nie tengok picture tuh

    ReplyDelete
  7. Ok, sama. 1st time juga baru tahu kegunaan yg bulat kat sagat pisang tu :p

    ReplyDelete
  8. hehehe.. sy tahu sbb masa 2013 , semasa buat experiment biology ada budak bawak alat tu

    ReplyDelete