Followers

Wednesday, June 22, 2011

Kuasa Allah..

Assalamualaikum..


Selama ni maz ingatkan puting beliung cuma berlaku di luar negara. Tak kisah la negara apa, tapi yang penting luar negara. Dan selama ni jugaklah maz ingatkan negara kita yang sekecik tapak tangan ni jika dibandingkan dengan negara luar selamat dari bencana yang sebegitu. Habis-habis pun setakat banjir la, tapi rasanya banjir ni pun orang dah lali sebab setiap tahun berlaku banjir. Kiranya boleh la dikatakan ada sesetengah penduduk Malaysia ni akan stanby dan tahu banjir akan berlaku. Seolah-olah perkara biasa untuk mereka.


Tapi bila maz tengok kat youtube, rupa-rupanya puting beliung pun pernah berlaku, malahan setiap penjuru negara ni pernah berlaku puting beliung, baik Kedah, Terengganu, malahan Lahad Datu pun pernah terkena. Allahuakhbar, kuasa Allah, siapa boleh menahan. Maz tak tipu, boleh tengok sendiri video-video ni. Bukan maksud maz upload video ni untuk menakutkan sesiapa, jauh menyimpang tu, apa yang maz nak sampaikan di sini agar ingatlah bahawa Allah Maha Berkuasa, Dia mampu merubah segalanya. Dia mampu menurunkan bencana tanpa disangka. Maka beringatlah sesama kita. Bila bencana telah berlaku, jangan sesekali salahkan Dia. Allah Maha Mengetahui.


Lahad Datu Sabah





Pulau Pinang





Perlis





Kedah




Port Dickson






Johor 





Terengganu



Bila tengok semua video ni, rasa ngeri sangat-sangat. Belum campur tsunami lagi. Bumi kita dah tua, dunia semakin sampai ke penghujungnya, beringatlah sebelum terlambat...

15 comments:

  1. kuasa Allah tiada tandingannya..hidup di dunia sementara,akhirat yg utama..

    ReplyDelete
  2. xsangka byk gak rupanya blaku kat negara ni..

    ReplyDelete
  3. apakala Allah berkata jadi, maka jadilah. setiap sesuatu pasti ada pengajarannya.

    wallahua'alam

    ReplyDelete
  4. Kuasa allah, semuanya boleh berlaku...segala bencana alam berlaku diseluruh tapak tanah dunia ini.

    ReplyDelete
  5. semoga Allah melindungi kita semua daripada bencana alam ;) InsyaAllah


    ps : visit my blog n comment if u like ;)

    ReplyDelete
  6. perghh..terengganu pn ada kene ke..
    tuhan nak manusia beringat..semoga ni menjadi ingatan kite bersama..

    ReplyDelete
  7. hmmmm... baru2 nih di Mersing..

    Lebih peringatan utk hamba2-Nya
    namun manusia masih lg leka
    dgn duniawi..

    ReplyDelete
  8. subhanaALLAH

    trima ksih

    p/s : aen follow maz

    ReplyDelete
  9. ya Allah ,sesungguhnya semua kuasa datang dariNya . moga mati kita mati dalam iman .amin ,

    ReplyDelete
  10. SubhanaAllah . Tanda2 kiamat kecil . Allah menyedarkan hamba-hamba-Nya yg trlampau asyik dgn keseronokkan dunia . Moga kta mndpt iktibar d sblik bencana alam yg berlaku. Waallahua'lam .^^

    ReplyDelete
  11. dunia di pengakhiran..tp kita x ingt,dan bt2 lpe.klu kita yg islam pun lalai,apa lg kafir..

    ReplyDelete