Followers

Friday, May 27, 2011

Hidup Anak Perantau..

Assalamualaikum..


Yay yay..esok balik kampung. Setelah sekian lama tak balik. Chewah nak kata lama sangat tu tak la, ada la jugak sebulan 2, hari tu plan dah elok dah nak balik, sekali tak jadi, tapi bukan sebab apa pun, sebab parent maz nak datang sini, so tak jadi la balik kampung. Walaupun tujuan asal dah tercapai, nak jumpa family, tapi suasana kampung dan bandar tu yang membezakan. Hati ni rasa tak puas kalau tak dapat balik. Percayalah, siapa yang jadi perantau, memang akan rasa perkara yang sama, rindu yang sama, hati yang sama, perasaan yang sama. Betul tak?

Thursday, May 26, 2011

1st time..

Assalamualaikum..


Perghhh...1st time in my life lari dari roadbloack. Aduuhhhh..terasa gila kejap. Tu la, gatal keluar malam-malam, amik sedas .Pak polisi dah terpacak depan mata. Nasib  baik ada simpang depan tu, sempat drift kejap, untung takde kereta dari depan, kalau tak penaya je. kalau dah berdentum jangan tanya kenapa.. Tak sempat tanya kot. Hahahaaaccchuuumm...

Wednesday, May 25, 2011

Follower Ku.. Sayang-Sayangku...Huhuhu

Assalamualaikum..
Maz.....Behave...Ok Ok.. Saja je bagi gempak tajuk. Huhuhu.. Sebenarnya tak sangka sangat yang follower maz dah separuh dari 1000, nak bagi ayat lagi sedap. So far sekarang ni dah 552 ( ya ampun, maz x reti nak screen shot, x sempat-sempat nak belajar). Tapi maz agak terkilan sebab lately asyik tak sempat je nak BW, asal update je lepas sehari 2 baru sempat BW. Siapa-siapa yang meaz terlepas pandang untuk follow balik, maz minta maaf sangat-sangat, bukan tak nak follow, tapi kekangan masa tu yang menghalang, tapi maz try trace jugak follower maz, ada yang maz jumpa blognya, ada yang tak sebab tak appear, yang appear just blog yang that person follow. Maz minta maaf sangat-sangat kepada siapa yang dah follow maz, tapi maz tak follow balik. Masalah tak dapat di elak. Ampun ye pak, buk...hehehe...

Thursday, May 19, 2011

Kejapnya Masa Berlalu..

Assalamualaikum..


Haaacchhuuummm..Alhamdulillah..minta maaf ye..entry ni maz post masa tengah demam. Siapa-siapa yang terjangkit demam maz ni..ya ampun pak...saya enggak bersalah... Hehehe..Tengah demam-demam macam tak tahu la kenapa, gatal pulak tangan ni nak mengupdate. Tengah ada idea la katakan. Walaupun otak sikit lagi nak mereng, wayar dalam kepala ni sikit lagi nak short. Kalau tangguh-tangguh nanti takut hilang idea segala bagai, langsung blurr kan. Penyudahnya termenung ngadap laptop ni.

Entry maz kali ni saja-saja nak mengajak reader semua mengenang masa silam. Rasanya sekejap je masa berlalu kan. Terasa-rasa macam baru semalam masuk tadika, hari ni kalau nak menikah rasanya dah boleh dah. Gatal!!

Perginya Dia...

Assalamualaikum..


Maz rasa entry antara terpendek yang maz postkan. Perginya salah seorang blogger yang pada maz cukup best. Blog arwah adalah antara blog yang paling best maz rasakan. Setiap kali maz online, blog arwah yang maz tuju, sebab maz tahu, blog ni mesti ada cerita  baru. Kalau tak pun mesti ada  gambar yang pelik-pelik. Seronok view blog arwah. Lepas ni dah takde lagi semua tu. Walaupun maz tak kenal siapa sebenarnya arwah, tapi pemergian beliau dirasai. Dengar khabar arwah mengalami jangkitan paru-paru dan asma.Cerita sebenarnya, sila klik sini Lepas ni hanya blognya sahaja yang tinggal sebagai kenangan arwah. Alfatihah. 






Thursday, May 12, 2011

Tak Matang Ke?

Assalamualaikum


Maz suka tengok kartun, maz suka tengok filem fantasi, maz akui maz jenis yang suka berimaginasi, tapi bukan bermaksud maz tak matang, jauh sekali macam budak-budak. Tapi kenapa mentaliti orang yang kononnya 'dewasa' selalu duk condemn kata tengok kartun macam budak-budak. Salah ke orang yang tak berapa nak 'dewasa' macam maz ni tengok kartun? 

Maz memang suka tengok kartun, filem fantasi macam Magika, Harry Potter, Lemony Snicket The Unfortunate Event. 

Wednesday, May 11, 2011

Kata - Kata Hikmah..

Assalamualaikum


Sebelum ni maz postkan entry fakta auta part 1(sila klik), part 2(sila klik) dan part 3(sila klik) kan. Kalau terlepas, sila klik pada part-part pilihan anda ye. Kali ni maz postkan tentang kata-kata hikmah dari luar negara. Kata-kata hikmah ni tak lain tak bukan maz dapat dari majalah kesayangan maz. Mastika la, apa lagi kan. Hehehe. Jangan kata maz copy paste ye, maz taip sendiri tau, copy info je. Tak salah kan?? Sekadar berkongsi...