Followers

Sunday, January 16, 2011

Pantau Aktiviti Anak Anda..

Assalamualaikum


Sebelum ni maz pernah post tentang kanak-kanak yang bermain basikal kat jalan raya. ( Bagi follower maz yang ikut maz dari blog yang lama,diorang akan tahu entry yang mana satu ). Kali ni maz nak bercerita tentang permainan anak-anak di rumah. Memang anak-anak ni bila diorang duduk rumah, keselamatan mereka lebih terjamin. Tapi bukan bermaksud kita boleh biarkan mereka bermain sendiri. Kena jugak pantau apa yang mereka main, apa yang mereka gunakan untuk bermain.


Friday, January 14, 2011

Keluarga Bahagia..

Assalamualaikum
Semalam pergi McD sekejap. Kakak & family ajak sebab anak buah tak nak makan nasi. Asalnya diorang nak mkan KFC. Tiba-tiba tukar fikiran nak makan McD. Masa nak u-turn tu ternampak la ada 1 produksi tengah shooting. Entah cerita apa tak tahulah, yang pastinya nampak la pelakon dia. Heroin Saka Jentayu Zarina Zainordin. Comey kecik-kecik jer orangnya.

Thursday, January 13, 2011

Contest pertama di Mrnamie.com



Teringin jugak nak ada hosting & domain sendiri. Tapi kalau nak beli memang tak berapa nak mampu la lebih-lebih lagi maz bukan nak serius sangat dalam blogging, ada lagi keperluan lain yang lebih penting.Lagipun maz berblogging hanya sekadar suka-suka isi masa lapang, tambah kawan, kongsi ilmu dan kongsi cerita gosip. Tapi kalau ada yang free macam ni, x salah mencuba kan. man tau kot-kot rezeki ada kat sini. Ok..nak tag siapa ek..haa.... nurafizza, eny & encik kisah 69

Tuesday, January 11, 2011

Sila Alert...Vrrooommm Kedebaboommm!!!

Assalamualaikum..



Bunyi je gempak. Tapi sebenarnya ada perkara yang maz nak cerita pagi ni. Maz baru balik dari Wangsa Maju. Tengah lalu elok kan depan pintu masuk Jusco Wangsa Maju tiba-tiba ada 1 vios silver lesen P meluru masuk pintu jusco tu. Untung sempat break. Dah la tak angkat tangan say sory ke minta ampun maaf ke. Dia buat deek je. Sekali tengok betul-betul rupanya chinese lady tu tengah bergayut kat hp. Hello nyonya, agak-agak la drive nak berhp pun. alertla dengan kereta orang lain. Kalau berlanggar tadi memang sahsah salah ko. Dah la pakai hp tengah drive. Untung-untung je dapat 4 5 rat kalau maz langgar tadi. Dah memang salah dia kan. 

Monday, January 10, 2011

Lucky Giveaway by Cik Dya



maz di tag... hahaha..ditag oleh cik lara ..sebenarnye x pernah pun join ape2 contest n dapat give away what soever.. kiranya dalam dunia blog ni maz masih bodoh2 bebal lagi..ni tiba-tiba dapat  tag gini dan give away nya dari cikdya ..reti x teri kena buat la jugak kan.. aper nak cerita ekk..alah tag orang terus jer la kan...next time kena belajar lagi dalam dunia blogging ni..so sekarang ni maz nak tag...

Cik nurafizza

Cik Eyra

Cik Ayong

Saturday, January 8, 2011

Macam Pahat Dengan Penukul

 Assalamualaikum..


Takde istilah lain yang boleh digambarkan lagi. Satu tu jer la yang sesuai. Payah diketuk baru gerak. Gerak sendiri tak boleh ke? Hangin maz tau. 2 bulan tak dapat tengok siaran tv sebab astro problem. Balik-balik insert wrong card. Dah tu je kad yang ada. Insert wrong card apanya. Call astro dengan beratus-ratus kali  tapi siaran tu tak dapat jugak. Bila maz kata nak cakap sendiri dengan CO, baru menggelepar nak buat kerja. Baru ni nak pasang balik siaran. Kenapa tak dari 2 bulan dulu? Kena ugut baru nak selesai masalah ke? Macam mana Malaysia nak maju kalau segelintir orang bersikap macam ni. Siaran ni berbayar, kalau tak berbayar, maz tak kisah. 

Wednesday, January 5, 2011

Minyak Naik Lagi???

Assalamualaikum..


Aduihh.. nak mengeluh sekejap.. minyak naik lagi. Keje naik ajer, bila masanya nak turun. Lemah betul bila dengar minyak naik. Terasa jugak la bebanannya. Pakai kereta susah, tak pakai susah. Takkan nak pergi kerja naik basikal, sihat memang sihat, tapi sampai office badan berlengas. Sumpah tak nak masuk office macam tu. Lain la kalau kat Jepun, name nak berpeluh memang payah ler. Depa duk pakai baju hak tebal 4 inci lagi ada. Kalau kat Malaysia, toksah cakap, untung orang masih lagi nak berbaju.