Assalamualaikum..
1 Julai 2014..
Genap setahun mak pergi meninggalkan kami sekeluarga. Selama setahun tu jugak blog ni maz tak update. Dalam setahun tu macam-macam perkara berlaku. Hasrat hati nak kuburkan saje blog ni. Tapi rasa sayang cukup menebal. Lantas hati ni nekad meneruskan apa saje yang telah dimulakan..
Hidup perlu diteruskan. Yang pergi tetap pergi. Yang tinggal hanya kenangan dan pesanan.
Masih terngiang suara mak mengaji, bersembang. Terbayang di mata mak memasak, siram pokok bunga. Kenangan macam tu takkan luput.
Mak apa khabar di sana? Sihat kah mak? Ya Allah.. aku mohon padamu.. jagalah ibuku dengan sempurna sebagai mana dia menjaga kami hingga dewasa.. Amin Ya Rabbal Alamin..
Sepiah Binti Sahalan..Terima kasih Ya Allah kerana meminjamkan kami bonda yang cukup penyayang..
Memorikan segala kenangan disini.. Mungkin ini juga pengubat kerinduan.
ReplyDeleteInsyaAllah, mak baik2 saja. Doa jgn putus.
ReplyDeleteSemoga rohnya ditempatkan diklgn orng beriman.. kita yg masih bernyawa lg nie mesti sentiasa doakan mereka...
ReplyDeleteperitnye kehilangan org tersayang. semoga cik maz tabah dan semoga arwah ibu ditempatkan dikalangan org2 beriman. alfatihah
ReplyDeleteAl-Fatihah ..Semoga beliau ditempatkan bersama-sama org beriman..amin :)
ReplyDeleteal-fatihah,can't imagine if that things happen to me ,be strong cikmaz..
ReplyDelete