Assalamualaikum..
Maz minta maaf lama tak update. Perlukan ruang untuk bernafas, perlukan ruang untuk bangkit kembali menjalani hidup..
Mak yang paling maz sayangi pergi menghadap Ilahi. Punca dan kenapa, biarla ia menjadi tanda tanya. Walau cakap apa sekalipun, yang pergi tetap akan pergi. Tidak akan kembali lagi untuk selamanya. Hanya kenangan dan doa yang mampu memberi nafas kala ini.
Maz akan balik kampung. Takkan kembali kerja di KL. Walaupun mak dah pergi, maz masih ada tanggungjaab. Nun di kampung abah menanti kepulangan maz untuk sama-sama temankan dia mengharungi hari tua tanpa mak. Minggu depan adalah minggu terakhir maz di KL. Selamat tinggal KL. Walaupun berat. Maz tetap akan pergi. Banyak kenangan manis di KL, banyak pengajaran yang maz kutip satu persatu sebagai panduan hidup. Apa pun Allah telah menoktahkan hidup maz di KL setakat ini saja.
Mampu atau tak hidup dalam kenangan mak di kampung itu belum pasti. Kuat atau tak untuk hadapi semua itu pun belum tahu. Apa yang maz tahu sekarang maz perlu jaga abah. Maz tak sempat nak jaga mak. Allah bagi peluang untuk jaga abah.
Kemungkinan blog ni pun akan berkubur. InsyaAllah andai kata maz diberi kesempatan maz akan update lagi blog ni. Tapi mungkin tak sekerap dulu. Mungkin sebulan sekali, mungkin setahun sekali. Wallahualam.
Di sini maz nak minta maaf andai apa yang maz coretkan dalam laman blog ni mengguris hati mana-mana pihak. Kalau diizinkan Allah, kita akan bertemu lagi.
Assalamualaikum..
Takziah
ReplyDelete